"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, February 03, 2010

Disebalik Kenaikan Harga Gula

Reactions: 
Salam semua,

Apabila bercakap soal AP,apa yang terbayang dalam kepala hotak kita adalah AP untuk kereta. Di Malaysia ini pemonopoli AP paling utama adalah kumpulan NAZA iaitu antara kroni bagi pihak Kerajaan Malaysia. Perkara ini telah menaikkan kemurkaan TDM di mana beribu-ibu AP dikeluarkan kepada NAZA tetapi anak kesayangan beliau hanyalah mendapat 97 AP(kereta Porsche).

Namun adakah kita sedar atau tidak bahawa AP ini bukan sahaja wujud dalam industri automobil tetapi juga industri lain terutama yang berkaitan makanan. Antara indsutri yang terlibat adalah seperti Tepung Gandum (saya difahamkan hanya ada kilang pengeluaran Tepung Gandum kat Malaysia ini), Beras dan Gula.

Saya tidak mempunyai begitu banyak maklumat mengenai tepung gandum di Malaysia ini dan terpaksa saya tinggalkan di sini. Mengenai beras pula, semenjak BERNAS ditubukan dan dikorporatkan, saham-saham syarikat ini dimonopoli oleh juga sang kroni yang rapat dengan TDM iaitu Syed Mukhtar Al-Bukhary melalui syarikatnya iaitu Tradewinds.

Sebahagian di'public'kan dan telah dikuasai oleh satu firma pelaburan dari Hong Kong. Satu lagi fakta yang tidak boleh dinafikan adalah pengimportan beras terutamanya dari Siam sebenarnya telah dimonopoli oleh BERNAS. Kalau kita pergi mana-mana Hypermarket, kita akan jumpa banyak jenama beras tetapi hampir 90% semuanya adalah anak Syarikat Bernas.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kita melihat kenaikan harga beras yang mendadak di pasaran dunia dan tempatan, namun reda sedikit selepas itu, tetapi harga beras masih lagi pada tahap semasa kenaikan mendadak tersebut. Baru-baru ini, Syarikat Tradewinds telah menyatakan minat untuk menguasai saham dalam BERNAS daripada firma HONG KONG terbabit, dan dengan bantuan Kerajaan mereka telah berjaya.

Akhir tahun 2009 kita dihadiahkan oleh Kerajaan dengan kenaikan harga gula, namun isu ini telah berjaya ditutup dengan pantasnya oleh isu nama ALLAH. Sepertimana yang telah saya sebutkan tadi, gula juga tidak terlepas daripada AP. Mengikut data yang dikeluarkan Kerajaan, sebahagian bahan mentah gula terpaksa diimport. Pemainnya adalah hampir sama dengan pemain utama Beras.

AP untuk mengimport bahan mentah tersebut telah dikuasai oleh dua syarikat sahaja iaitu melalui syarikat Robert Kuok dan Syed Mukhtar, cuma quota Robert Kuok lebih tinggi kerana beliau pemain lebih lama. Penghujung tahun 2009 Robert Kuok telah menyatakan hasrat untuk melepaskan syarikat yang telah mem'billionaire' beliau iaitu syarikat berkaitan gula.

Di Malaysia hanya terdapat 4 buah kilang pengeluaran gula (sama dengan gandum) dan sebahagian besar saham syarikat tersebut dikuasai oleh Robert Kuok. Apabila beliau menyatakan hasrat untuk melepaskan bisnes tersebut dua pihak yang berminat menguasainya iaitu Felda dan Syed Mukhtar.

Ini bermakna apabila Robert Kuok meninggalkan bisnes ini 100% kuota pengimportan bahan mentah gula akan dikuasai oleh Syed Mukhtar. Pada pendapat saya inilah antara perkara yang memungkinkan keputusan kerajaan untuk menaikkan harga gula sebanyak hampir 14%.

Daripada isu ini kita melihatkan amalan monopoli oleh sistem kerajaan Malaysia walhal US selaku Raja Kapitalis totok memerangi dua kaedah perniagaan iaitu monopoli dan konspirasi penetapan harga. Tengok apa yang berlaku kepada gergasi konglomerat mereka seperti Standard Oil, AT & T dan Microsoft di mana syarikat tersebut telah dipecahkan kerana mengamalkan monopoli. Antara syarikat terbaru yang akan menjadi sasaran atas dasar monopoli adalah INTEL.

Sekian.

Sebatang kara

14 comments:

Awang Dogol said...

Ok la tu tu....kalau naikpun bukan banyak sangat...setakat sekupang dua kupang naik...takkan kemut kot.

Sekarang ni orang tak pandang la setakat sekupang, dua kupang naik.

So, jangan buat kepoh la wahai blogers2 PR. Hampa tu dah la kemut lepas tu BANGANG pulak nak racun rakyat.

Anonymous said...

Sapa kata sekupang 2 kupang orang tak pandang...????

Memang hang standard Melayu UMNO lah.....

Kalau nak bagi sedekah aku tak kisah takat RM10 hatta RM50 sekalipon...

Tapi kalau sekadar meniaga menipu Melayu macam nih aku memang berkira lah....

Aku bangga Melayu jadi kaya...tapi kalau kaya dengan menipu aku bangkang sangat2 lah.....

Tak kira lah hang UMNO ka PAS ka...

Ketua Polis said...

bukannya senang nak cerdik kan org umno gabang ni...ketua bahagian pu takat lulusan pmr...kahkahkah kan dah kantoi

Anonymous said...

Info artikel ni jauh tersasar.

Syed Mokhtar BERSAMA dgn Kuok di dalam Tradewinds. Sekarang Kuok sudah menjual keseluruhan pegangannya dlm Tradewinds dan beberapa kepentingan lain KEPADA syarikat kumpulan Felda.

Felda adalah yg memonopoli gula bukannya Syed Mokhtar. Syed Mokhtar masih lagi pemegang kepentingan besar dlm Bernas melalui Tradewinds dan syarikat beliau yg lain.

Penulis artikel ni sepatutnya membuat research sebelum menulis sebegini yg hanya menimbulkan fitnah.

Sebatang kara said...

Sekarang nih teraju utama Tradewinds adalah Syed Mokhtar. kalo hangpa pi tanya sesapa pun pasal tradewinds nama yang mula-mula munculnya Syed Mokhtar la. Bila Kuok 'give-up' bisnes gula dia, yang akan ambil alih nanti syarikat felda ngan Syed Mokhtar. AP pengimportan bahan mentah gula seterusnya akan dimonopoli oleh Syed Mokhtar. Semua maklumat nih saya dapat daripada mainstream paper tapi saya tak ingat dah paper mana.

Memanglah 20 sen tak banyak, tapi terjemah kat percentage lebih kurang 14%.

Anonymous said...

Tradewinds dulu dipegang Syed Mokhtar dan Kuok sebagai pemegang saham utama. Diorang ni macam adik beradik sebab kawan dari kecik.

Kuok dah jual saham Tradewinds dia dan juga dlm kilang gula yg bukan Tradewinds punya kepada Felda.

Sekarang ni Syed Mokhtar cuma pemain kecik je dlm Tradewinds dan dalam industri gula.

Felda yg sekarang ni big boss gula; sesiapa pegang Felda, dia yg pegang gula.

Sebatang kara said...

Sekarang ni Syed Mokhtar cuma pemain kecik je dlm Tradewinds dan dalam industri gula.


Seperti yang saya habaq sebelum nih, pemain utama dalam tradewinds adalah Syed Mukhtar dan pemegang utama AP bahan mentah gula pulak Kuok dan Syed Mukhtar. Apabila kuok tinggal AP bisnes gula nih, AP dia mesti disapu oleh Syed Mokhtar punya.

Lagi pulak bisnes gula yang ditinggalkan oleh Kuok akan di bahagilah antara Felda dan Syed Mukhtar.

Awang Dogol said...

Bang woiiiiii...

Naik sekupang-dua kupang tu pun hampa bising?

Sekupang apa ada la ni....kalau beli coklat sebijik je dapat. So macam dah tak da makna.

Yang ada makna nya ialah si BANGANG blogers PR ni aje....ha...ha...ha..

Sekupang pun kudukut kaaaaaa????

Sebatang kara said...

Kepada Awang Dogol.

Kadar inflasi negara - sekitar 4-6%

Harga gula naik - ~14%

Kadar kenaikan gaji - ???

Masalahnya perkara ini telah dijadikan modal oleh peniaga untuk menaikkan harga barang sesuka hati. Perkara beginilah yang boleh menaikkan kadar inflasi apabila harga barangan asas dinaikkan.

Katakan Awang Dogol kerja kat Maybank (Bank terbesar Malaysia), setiap akaun Awang Dogol amik sekupang. Kalau keseluruhan akaun sekali Katakanlah 2 juta akaun bukankan RM200 ribu. Inilah yang dinamakan merompak dalam senyap.

Anonymous said...

alahai...
1Naik sekupang dua!pakat hingak!!!
2.Yang aku hairan:
-tukaq hphone sebulan sekali!!!Pantang ada model baghuu!!
-astro penuh dibumbung ghumah!!!
-asai proton lancar model baru!!!pakat beratoq panjang nak beli!!!
3.Rokok harga naik pun pakat beghebut beli!!!Tak hingak pun!!!
4.Boleh main dam besaq memanjanggg!!

Anonymous said...

haiahhhh isu lapuk la puak pakatan reban ni..mmg la smua kna naik mna ade makin lama makin trun harga....
ikut perkembangan semasa laaa dol..
korang igat kalau puak pakatan reban perintah smua brg trun ker..masuk toilet pon kena bayar juga,,kalau nk free tanam tebu sendiri pas tu bwt gula sendiri..tu pon kena modal jugak nk beli mesin smua bodoh puak pakatan ni.

Awang Dogol said...

Woiiii blogers PR yang BANGANG

Aku bukan suruh hang 'sum"kan apa yang penduduk M;sia belanjakan. Aku suruh hang kira utk hang aje. Apa....hang nak belanja utk hang..hang kena kira apa yang rakyat Msia belanja ka? Kalau cam ni..apapun hang tak boleh makan...apapun hang tak boleh beli. hang mana ada duit banyak cam tu. Apasal terlebih BANGANGnya hampa ni?

Nak beli barang harga sekupang...sebelum bayaq kira dulu berapa jumlah penduduk malaysia. kalau penduduk malaysia 1000 orang maka 1000 x RM0.10 = RM 100/-

Kah...kah...kah...betoi-betoi BANGANG.

Anonymous said...

MEMANG ORG BN DARI DULU KINI N SELAMANYA BANGANG ..MAKAN DUIT RAKYAT...X sedar diri kena tipu..yelah asyik duk bawah tempurung umno...je dapat sikit subsidi kononya dah bagus..kalau bagus xdelah matawang kita dan singapura jauh bezanya....

Anonymous said...

biase la dieorg..ape yg kerajaan buat semue salah.... dieorg nye ketue yg di sanjung ade ke penah buat sesuatu tuk malaysia...??lom ade lagi setakat ni....