"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, February 04, 2010

UMNO TERUS SAKIT KERANA MASIH DUDUK DI BAWAH TEMPURUNG PENINGALAN MAHATHIR

Kes Liwat II Anwar Ibrahim hanya membuktikan kepada kita satu perkara: UMNO tidak mampu untuk keluar dari tempurung yang Mahathir telah tinggalkan..

Pencacai-pencacai dalam UMNO sekarang ini adalah penerus kepada warisan Dr Mahathir di dalam menjahanamkan negara. Warisan Mahathir juga adalah warisan yang menjadikan Malaysia ini sebagai “bank” percuma kepada UMNO dan UMNOPUTRA.

Maka, di sini saya ingin membawa beberapa siri tulisan saudara “Grand Marquis” yang saya anggap cukup mudah difahami tetapi padat dengan fakta dan analisa yang tepat. Selepas memahami tulisan Grand Marquis ini barulah kita boleh faham mengapa generasi UMNO yang ada sekarang ini begitu teruk dan menjijikkan untuk kita pandang mereka.

Bagi saya ia adalah “clash of civilization” antara Dr Mahathir yang berketurunan India dengan ahli-ahli UMNO yang berketurunan Melayu (Jawa, Bugis, Palembang, Banjar dsbnya).

Yang melucukan lagi adalah kritikan Mahathir kepada Pak Lah kononnya Pak Lah menghabiskan banyak wang tanpa ada apa-apa “result”. Namun, Pak Lah dan Bebudak Tingkat 4 hanya memanfaatkan sistem dan “precedence” yang ditinggalkan oleh Dr Mahathir bin Muhammad Iskandar Kutty D.K.. Itu sahaja.

Bahagian yang saya suka dari tulisan di bawah adalah juga keterangan mengapa Anwar Ibrahim dimusuhi oleh pemimpin-pemimpin UMNO sehingga hari ini :
  • “Anwar menegaskan bahawa disiplin ekonomi Malaysia harus lebih ketat, selaras dengan ecomonic law yang digariskan oleh IMF, supaya syarikat yang benar2 bersih dan untung sahaja boleh survive. Tetapi demi kerana keluarga dan kroni, Mahathir kesampingkan rule of economic itu dan pergi menyelamatkan berpuluh2 syarikat Melayu UMNO yang sememangnya rosak. Kesannya, hari ini negara seperti Thailand, Korea, Singapura semua telah bebas dari masalah ekonomi dan langsai hutang mereka pada IMF, sedangkan di Malaysia, kerja pun susah nak dapat, FDi tak masuk dan syarikat”.
Ada bebudak tingkat 4 tu pernah berdemonstrasi reformasi lagi tapi iman lemah dan terus jadi apa yang mereka protes dulu.

Sekian. Selamat Membaca.

Tulang Besi

p/s - Pihak Malaysiawaves mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada saudara Grand Marquis di atas tulisan saudara yang cukup hebat dan membina minda. Semoga Allah SWT merahmati serta memberkati saudara sekeluarga.

Grand Marquis said...
Hmm, masih ada yang menyamar saya. Saya telah lama insaf akan kebebalan Dr Mahathir mentadbir ekonomi Malaysia.

Ini analisa peribadi saya.

Setiap pelaburan dalam perniagaan tak kira di peringkat syarikat atau negara, perkara pokok adalah mengenai ROI atau Return Of Investment.

Mahathir mamak kutty telah melabur hampir 200 bilion sepanjang pemerintahannya dan pada persepsi saya, 40-70% dari 200 bilion itu adalah dalam projek mega. Saya listkan sedikit project mega Mamak Mahathir yang mana project ini mendatangkan return yang sedikit atau hampir tiada langsung. Data saya ambil sendiri dari laman pemuda umno http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=2527

1. Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil - Kompleks ini menelan lebih 1 bilion ringgit. Tetapi hari ini, acara2 yang boleh disewakan di bukit jalil adalah kurang dari 5 acara/event setahun. Jika setiap acara memerlukan kos RM 2 juta contohnya untuk dianjurkan, kita cuma dapat pulangan RM 10 juta setahun. Kalau kita keluarkan modal 1 Bilion untuk membinanya, kita memerlukan lebih 50 tahun untuk melangsaikan hutang kita. Jadi disini, ROI yang kita perolehi adalah kurang 1% setahun. Dan jika kita berhutang pada bank, kita siang2 lg telah diidtihar bengkrap.

2. Litar F1 Sepang - Kosnya sahaja 280 juta dan penyelenggaraan setahun mungkin antara RM 1 - 10 juta. Kita cuma guna litar ini tak lebih dari 10 event. Dan hanya F1 sahaja yang boleh tarik sedikit keuntungan pabila pelancong datang dan juga pengiklanan. Tetapi keuntungan ini diterima negara secara indirect melalui cukai2. Dan untuk mendapatkan semula modal 280 juta dengan hanya mengharapkan cukai dari F1 (pengiklanan dsb), hanya 5 peratus dari jumlah keuntungan. 280 juta boleh digunakan untuk membina hospital disetiap 100 km radius di seluruh semenanjung sebenarnya.

3. Putrajaya - Project yang betul2 bloodyfool dari Tun Mamak Mahathir. Kosnya sahaja 60 bilion dan tempat ini langsung tak menjana keuntungan kecuali boleh menarik sekerat mamat2 arab yang datang melancong. ROI untuk projek ini saya tafsirkan kurang 2 peratus melaui perniagaan2 kecil dan supermaket sederhana besar seperti Alamanda.cDan dengan 60 bilion, kita boleh membina sebuah hospital lengkap seperti PPUM, dengan siap incubator baby lahir pramatang, di setiap daerah di seluruh malaysia. Malah, boleh juga kita membina library di setiap desa, teater awan disetiap daerah dan juga pusat sukan bomuniti di setiap daerah.

kesimpulan : Mahathir di lihat hebat kerana di berjaya mencantas orang2 bijak seperti DSAI, Tun Musa Hitam dan Ku Li. Dan dia mengekalkan mangkuk2 hayum penyembelih rakyat seperti Tun Tidur, Najib Altantuya, Muhyiddin Sembab, Kinabatangan dan Zambry. Bila berdiri di samping orang2 bebal, pasti Tun Mamak dilihat lebih bijak. Terus terang saya katakan, emalyu mmg mudah ditipu..
February 2, 2010 8:01 PM

Grand Marquis said...
Untuk pengetahuan TB juga, semasa ekonomi kita boom tahun 80an dan 90an, waktu itu yang menjaga ekonomi adalah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dan jika kita tanya orang2 tua yang paham akan politik tahun 80an dan 90an, rata2 akan mengatakan bahawa waktu itu adalah waktu dimana rakyat memang terasa selamat. Mereka tahu yang juak2 UMNO ni semacam Dubuk, pantang melihat bangkai. Dengan adanya Dato Seri Anwar dalam kabinet, rakyat merasakan adanya penjaga yang boleh mengawal dubuk-dubuk ini. Dan kebetulan kepala segala dubuk iaitu Tun Mamak Mahathir pencaya pada Anwar.

Sehinggalah krisis 1998, dimana Anwar dipancung oleh taiko-taiko besar Parti Dubuk, ekonomi Malaysia menguncup. Anwar menegaskan bahawa disiplin ekonomi Malaysia harus lebih ketat, selaras dengan ecomonic law yang digariskan oleh IMF, supaya syarikat yang benar2 bersih dan untung sahaja boleh survive. Tetapi demi kerana keluarga dan kroni, Mahathir kesampingkan rule of economic itu dan pergi menyelamatkan berpuluh2 syarikat Melayu UMNO yang sememangnya rosak. Kesannya, hari ini negara seperti Thailand, Korea, Singapura semua telah bebas dari masalah ekonomi dan langsai hutang mereka pada IMF, sedangkan di Malaysia, kerja pun susah nak dapat, FDi tak masuk dan syarikat Malaysia sendiri seperti Renong, MAS, TM, Petronas, TNB juga rugi berbolion-bilion. Kecuali Indonesia yang meminjam IMF dan ekonominya stagnant disebabkan Indonesia tak jauh korup berbanding Malaysia.

Dan sekarang ini Obama melihat Indonesia sebagai anak emas seperti Bush melihat Singapura sebagai anak emasnya. Dan pasti di masa akan datang, ekonomi Indonesia akan lebih kedepan berbanding si bodoh sombong Malaysia.

Ps: Kenapa lah agaknya Mahathir dilahirkan?..
February 3, 2010 10:00 AM

Grand Marquis said...
Harap TB dapat tuliskan dosa-dosa Mahathir kepada umat6 Islam di Malaysia. Antaranya;

1. Tangan Mahathir penuh akan darah rakyat-rakyat Baling sewaktu kejadian pembunuhan beramai-ramai orang Baling pada tahun 80an.

2. Mahathir boleh dikira kufur atau mungkin telah murtad kerana menghina janggut nabi dengan mengatakan pada zaman nabi tidak ada pisau gellete.

3. Mahathir juga menghina hukum hudud. Sewaktu zaman pemerintahannya, ada satu kenyataan yang mengatakan bahawa jika hudud dilaksanakan, maka boleh kita buat sup tangan.

4. Mahathir juga harus bertanggungjawap keatas kematian beribu-ribu rakyat Malaysia akibat dari dasar paksa-beli kereta Proton yang sangat tidak selamat untuk dinaiki.

5. Menghanguskan berbilion duit Malaysia untuk menjalankan urusan seranag keatas pasaran saham UK pada tahun 90 an.

6. Tun menindas melayu dan menghina melayu apabila sanggup menyelamatkan syarikat perwaja yang dinaungi cina bernama Eric Chia.

7. Tun sangat berdosa kerana melantik sibidih Mat Ngantuk Pak Lah menjaga negara pada tahun 2003.
February 3, 2010 10:08 AM

Grand Marquis said...
Maaf TB kerana ada yang menyamar saya. Saya telah lama insaf akan kebebalan dan bebodohan Tun Madet itu.

Pertama : Pada zaman Dr M, tahap universiti kita tidak kemana pun. Rata-rata universiti masih diluar 100 universiti terbaik dunia. Dan mungkin juga Asia kecuali UM, UKM dan USM. Dasar pendidikan Mahathir pada zaman itu adalah, graduan yang keluar harus boleh bekerja dikilang-kilang. Dan jadikan graduan kita seperti robot adanya.

Kedua : Dasar permotoran kita juga gagal dan silap. Benar proton telah menggajikan lebih 18000 pekerja. Diawal penubuhan proton, nampak macam ada sinar untuk kita menjadi seperti Detroit Asia yang mana kita jadi hub pengeluaran kereta diAsia. Tetapi kesilapan bloodyfool Mahathir adalah, dia mengenakan tarif tinggi untuk kereta luar sehingga 300%. Kesannya, proton hilang saingan. Dan proton juga lambat menetapkan standard pembuatan kereta akibat sistem kerja yang entahapeape. Akibat terlalu lama tidak bersaing (hampir 15-20 tahun), proton tidak mendapat sambutan diluar negara. Dan setelah lebih 20 tahun, proton hanya masuk tidak lebih 20 negara sahaja. Itupun kebanyakkan dieksport kenegara Islam dan negara yang korup. Kesannya, akibta tarif tinggi untuk kereta luar, harga juga tinggi. Dan pembuat-pembuat kereta tidak melihat malaysia sebagai negara yang murah untuk membuat/memasang kereta. Maka kebanyakkan pembuat kereta pergi ke Thailand dan hari ini, Thailand telah dikenali sebagai Detroit Asia. Juga, rakyat kempunan untuk merasa menggunakan kereta berkualiti seperti VW, Peuguot, Toyota atau Mitsubishi kerana terlau mahal. Lihat lah Thailand, mereka tiada industri kereta nasional, tetapi lebih 30, 000 rakyatnya terlatih dalah industri kereta. Begitu juga Indonesia. Dan di Singapura, tiada kilang2 kereta tetapi rakyatnya sangat bertuah memiliki kereta yang kita kadang-kadang langsung tak pernah lihat.

Ketiga : Dasar penswastaan Mahathir gagal. Mahathir menerapkan dasar penswastaan cuma pada nama dan jenama. Dari LLN kepada TNB. Dari Jabatan Telefon kepada Telekom. Daripada Jabatan Pos kepada POS Malaysia. Mahathir gagal menerapkan disiplin swasta kedalam jabatan kerajaan. Kerana Mahathir tiru bulat2 apa yang telah dilakukan Trechter di UK. Dan juga Mahathir bodoh meniaga. Di UK, mereka menswastakan British Telekom dengan janji setiap panggilan ke BT akan dijawap tidak lebih dari 3 tone bunyi. Dan mereka lakukan dengan berjaya. Hari ini BT adalah syarikat antara yang bernilai di dunia. Begitu juga Singtel Singapore, yang mampu membeli Optus Australia. Penswastaan kita gagal kerana kepalanya Dr M tidak mengenalpasti apa yang perlu didahulukan. Jenama atau standard?. Akhirnya TNB rugi, TM rugi, Perwaja rugi, MAS rugi, Syarikat air rugi. Dan baru-baru ini, Petronas rugi. Proton juga rugi.

ps : nak cerita kebebalan Dr M, sampai esok tak habis.
February 3, 2010 10:44 AM

10 comments:

Awang Dogol said...

Woiii BANGANG mangkok TB,

Kau nak kata "Clash Civilization" porahhhhh.

Kau tu yang sebenarnya dah kena penyakit tu.

Contohnya:
1) Nak minta ehsan Tekun National itu hari, tapi, buat bodoh sombong melawan apa yg pegawai tu suruh. Lepas melawan pi kutuk pulak. Huh, memang patutpun tak dapat kalau macam tu.

2) Terus mengadu-domba memburukkan pemimpin sendiri.

BANGANG punya TB...."Mental Problem kot'

BANGANG....BANGANG...STANDARD BLOGERS2 PR

PAKU DULANG PAKU SERPIH..MENGATA ORANG RUPANYA TB YANG LAGI LEBIH

Anonymous said...

Woi Awang Bangang...
Ko apa cerita ni.. ko baca tak statement kat atas tu lain kali bukak mata ko tu besar-besar luaskan minda ko tu jangan asyik jd pengampu, pembodek, penjilat semata-mata .. apa ko dapat jawatan menteri ke??
Pengkhianatan org yang bernama Mahadey ni dah lama berlaku sejak tahun 60an lagi ni la hasil kerja Mahadey selama ni sepanjang pemerintahan beliau.. akibat bergurukan YAHUDI akhirnya bangsa Melayu telah ditindas secukup-cukupnya hanya UMNOkputra sahaja masih membutakan mata memekakkan telinga yang mereka tahu "BANGGA,KAGUM,TERHARU,CEMERLANG,GEMILANG,TERBILANG,1 MALAYSIA, KETUANAN MELAYU" tapi diri sendiri masih merempat dibumi sendiri...

Anak Lenggong said...

PUYOO..CAMNI LEH LAA POJI CUBA..TAPI NUAR TAKNAK BONTOT POJI SEBAB BERKARAT...

Mahkamah juga didedahkan mengenai nama ‘Mokhtar’ sebagai kata laluan untuk Mohd Saiful melepasi pondok keselamatan di Kondominium Desa Damansara serta masuk ke unit kondo milik teman Anwar dikenali Hasanuddin.

Soalan pendakwa dan jawapan Mohd Saiful semakin panas apabila beliau menceritakan bagaimana Anwar bertanya “Can I f**k U today?,” menyebabkan suasana dalam mahkamah bising seketika.

Untuk lebih jelas, Mohd Yusof meminta Mohd Saiful mengulangi sebutan itu.

Beliau berkata, Anwar menjadi marah apabila pelawaannya itu ditolak dan mengarahkan beliau masuk ke bilik tidur utama dan membersihkan diri.

Selepas keluar dari bilik mandi, Anwar sedang memakai tuala putih dan mengarahkan Saiful yang juga bertuala supaya datang ke arahnya sebelum memeluk bekas pembantu khasnya itu.

Dailognya ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Mohd Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar ialah seperti berikut:

Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.

Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?

Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

Mohd Saiful: Can I f--- you today?

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Mohd Saiful: Marah dan takut.

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.

Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?

Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata "what" (apa)?

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.

Mohd Yusof: Seterusnya?

Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.

Mohd Saiful berkata beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.

Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?

Mohd Saiful: Ya.

Mohd Yusof: Lepas bilas diri?

Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yuof: Kamu bertuala?

Mohd Saiful: Saya bertuala.

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?

Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.

Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?

Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri.

Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup.

Awang Dogol said...

DSMM pengkhianat ka? Tapi aku tengok ramai orang PAS yang pakai kerata national.

DSMM pengkhianat kah? Tapi aku tengok ramai oprang berkunjung dan bersyoping kat KLCC

DSMM menyusahkan rakyat kah? Tapi aku tengok makin ramai orang guna lebuhraya.

DSMM menindas orang melayu kah? tapi aku tengok makin ramai anak melayu yang berjaya sampai tak cukup Universiti.

Itulah aku kata...hampa ni sepatutnya mengaku ajelah BANGANG.

Kenapa nak malu mengaku bangang atau mungkin sebab hampa dah memang BANGANG.

Anonymous said...

aloo brader awang dogol- kjap td aku p pjbat tekun utk minta pembiayaan tp aku jd sedih bila pegawai tu ckp tekun tgh xde duit sbb ramai peminjam x bayar hutang. daripada ko ckp mcm2 kat org2 pr dalam ni lg baik ko merayu kt kengkawan umno ko p bayar balik utang..jgn nak nyusahkan org lain. ari tu kesian aku baca pengarah tekun smpai nangis2 mintak korang bayar balik utang...sedrler diri sikit brader..utang selagi x settle hidup susah dalam kubur pun susah bro...nak g haji pun susah...kesian dgn tekun yg telah ditipu oleh penyokong2 umno...

Anonymous said...

"Penswastaan kita gagal kerana kepalanya Dr M tidak mengenalpasti apa yang perlu didahulukan"

yg dia tahu, wang dan harta negara perlu dahulu dirembatkan..

mai yg skrg lagi baguih..,
'Rakyat diHULUkan..'

Awang Dogol said...

Hai Bangang...

Sebenarnya pegawai tu sengaja kata duit dah tak da sbb diorang tahu kau orang semua tu sebenarnya pencacai PR. Kalau bagi nanti jadi mcm melepaskan anjing tersepit aje. Jenis hampa ni bukan reti berterima kasih... kalau dapatpun nanti hampa bantai lagi kerajaan. Jadi, baik tak bagi dan kata duit dah habih.

Ha...ha...ha....mau minta sedekah jugak no kat kerajaan. hah...lain kali jangan nak membangankan kerajaan. Sedar sikit diri tu yang BANGANG.

Anonymous said...

Madey bukannya pandai seperti yang kebanyakan orang melayu percaya. Madey adalah manusia pemboros yang tiada ilmu ekonomi. Kalau dalamm perniagaan apapun walaupun menjual air tebu tepi jalan, penjual mesti menutamakan keuntungan dahulu. Kalu berniaga untuk rugi, itulah manusia yang terbodoh di lahirkan ke dunia macam Madey.

Dia sanggup berboros untuk menunjukkan dia hebat, tapi dia bodoh sebab pelaburannya itu tidak mendatang keuntungan dalam tempoh yang di tetapkan, sebab dalam kepala hotak dia bukan duit aku, lantaklah. Kalau pemikiran macam ni aku pun boleh buat, guna duit orang berniaga, lingkup bukan duit aku.

Dia berbuat demikian untuk mengkaburi mata rakyat supaya rakyat terus sokong dia tapi rakyat tak dapat apa2 manfaat dari pelaburannya itu cumalah kroni2 umno saja. Bila bangkrap rakyat juga kena cuci taik2 yang ditinggalkan oleh gerombolan2 umno tu, sungguh tak bertangungjawab.

Awang Dogol said...

Woi mangkuk hayun,

Hang boleh tanya la mana2 business man ke women ke business pondan ke...untuk projek besaq2 mana ada depa guna duit sendiri....mesti pinjam punya dpd bank ke, atau yang sengkek dpd along ke untuk buat modal. Projek juta2, billion2 mau keluaq duit sendiri ka...bodo betoi.

Bila dah buat pinjaman terpaksalah ambik risiko...kalau rate bunga dia tinggi maka tinggi la...kalau rendah untung la. Jadi bila buat aje pinjaman secara automatik terlibat dengan risiko itu.

Kerajaan buat pinjaman pun bukan apa...untuk membiayai projek2 untuk rakyat jugak. Berjaya projek hampa pun senang.

Jadi kalau hampa tak pandai hukum ekonomi jangan la tunjuk pandai tapi sebenarnya BANGANG.

ha...ha...ha...

Anonymous said...

tq TB sbb menyiarkan artikel yg bagi saye antara artikel yg paling best penah saye bace...terima kasih juga kpd grand marquis sbb berjaya menulis artikel yg begitu menarik...saye sbnar nyer tak suke bagi komen ape2 artikel tpi di sebabkan artikel yg menarik ni excited sye nk memberi komen.