"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, March 11, 2010

Petugas PR Kecewa Sikap Zul Noordin - Harakahdaily

NOTA EDITOR: Artikel adalah atas ehsan Harakahdaily. Ia mendedahkan kepada kita siapa Zul Noordin sebenarnya. Kawasan dan akar umbi beliau sendiri pun tak suka dengan beliau. Sebab itulah apabila beliau dipecat hampir tiada siapa dari Parlimen Kulim Bandhar Baru yang keluar menyokong Zul Noordin secara terbuka.

Zul Noordin ni, GERAKAN pun tak hingin nak tengok muka dia. Ke sana tak boleh, ke sini tak boleh. Kesian jugak tengok mamat ni. Tapi orang tua2 kata terlajak perahu boleh undur....

Petugas PR kecewa sikap Zulkifli Noordin
Mohd Sabri Said

KULIM-BANDAR BAHARU, 11 Mac: Rata-rata mereka yang pernah bertungkus lumus bekerja memenangkan Zulkifli Noordin pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu, yang sering dilihat menentang pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat.

Seorang petugas, Mohd Halizal Alias iaitu bekas Setiausaha PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu mendedahkan, Zulkifli sewaktu menjadi calon atas tiket PKR semasa PRU-12 lalu hanya datang sehelai sepinggang.

Zulkifli, tegasnya perlu mengingat kembali, siapa yang telah bertungkus lumus memenangkan beliau pada pilihan raya itu.

"Beberapa orang termasuk saya adalah orang yang bertanggungjawab berkempen untuknya.

"Kami melakukan apa sahaja demi rakyat yang bersepakat menolak BN, " katanya dengan nada kecewa.

Kekecewaan terhadap Zulkifli, jelasnya bukan baru kerana ahli parlimen itu juga tidak memberi kerjasama sewajarnya dalam usaha menangani masalah di kawasan beliau.

"Zulkifli tidak pernah turun bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim, Lim Soon Nee dan Bandar Baru, Ustaz Yaacob Husein ke Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah di Pejabat Daerah Kulim (MDK)," katanya lagi.

Selain itu, Zulkifli juga didakwa jarang dilihat melakukan tinjauan ke kawasan apatah lagi bersama orang kampung dalam aktiviti kemasyarakatan yang diadakan.

"Jika turun pun beliau sering melakukanya secara persendirian atau senyap tanpa melibatkan kepimpinan PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) di peringkat cabang dan ranting," tambahnya lagi.

Malah jelas Halizal, pejabat ahli parlimen itu di Taman Kota Kenari, Kulim pun telah lama ditutup kerana kerani atau pembantu yang ditugaskan dikatakan tidak dibayar elaun.

Zulkifli juga, katanya pernah berjanji untuk berkhidmat sebaik mungkin sebagai Ahli Parlimen semasa berucap di majlis meraikan kemenangan PR di Dewan Datuk Fadzil Noor, Serdang dahulu.

"Beliau kena ingat kemenangan yang dikecapi atas tiket PKR pada pilihan raya ke 12 lalu merupakan amanah dari Allah SWT bagi mengajar BN yang angkuh dan zalim, bukan untuk bersuka ria atau melanggari amanah dengan bertindak memporak perandakan parti yang memberinya peluang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen, " ujarnya.

Pada PRU ke-12 lalu, Zulkifli menang dengan majoriti 5,583 undi.

Beliau mendapatkan 22,255 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang memperolehi 16,672 undi.

Kemenangannya kemudian dipertikaikan calon Umno/BN, Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang mengemukakan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi Alor Star.

Namun pada 13 Oktober 2008, Abdul Aziz secara mengejut telah menarik balik petisyen pilihan raya kawasan itu walaupun keputusannya dijangka akan memihak kepadanya.

Ekoran itu, timbul spekulasi Zulkifli akan menyertai Umno pada waktu itu.

16 comments:

Samdol said...

Bro....kalau nak cerita keburukan Zul Nordin ni cukup panjang. Kalau rakyat duduk bersembang diwarung berejam jam pun tak akan habis... saya juga sebagai pengundi Kulim BB amat kecewa dan malu dengan adanya ahli parlimen macam malaun ni,cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap.......

Anonymous said...

kesian betul la PR ni..sorg2 kuar parti, da menggelabah..bertali arus caci makian anda..tp PR yg taknak dia, so sudah2 la tu..nyesal dahulu pendapatan..yg pergi tak kembali lagi..BN relax je bila si zaidibrahim tu kuar party, siap wish "all the best"..but PR ni lain mcm aku tgk..mcm takleh terima kenyataan..meroyan ke ape..

takkan nak suh dia buat u-turn kot baru citer2 buruk pasal Zul ni "disenyapkan"?..oppss, dia kena pecat, bukan mintak kuar parti kan? perghh, besar betul risiko si Zul berbuat demikian..agaknye, kenapa dia sanggup amik risiko tu sedangkan kedudukan beliau sblm ni agak selesa..adakah sbb beliau tidak berpuas ati takdapat jawatan ke atau tak dapat project? atau telah dipancing oleh duit UMNO?

mcm biasa, episod PR yg tak mahu terima kekalahan ditafsirkan dlam membuat serangan peribadi kpd mereka2 yg kuar party..cukup la demo2 yg telah menghuru-harakan Malaysia dilakukan PR sblm ini..terimalah kenyataan, majority rakyat malaysia tidak mahu PR memimpin Malaysia ini..

kami mahu hidup aman dan tenteram mcm dulu dan ianya tanpa PR..

anti-firaun..

Sape BN/Pakatan Rakyat yang nak besar dan panjangkan zakar? said...

takbirr!!

Anonymous said...

Berkat doa kebinasaan Tok Bulu Wali Black Forest Fruit aka wali selipar.... dengan izin Allah, memang binasa sungguh puak2 nie. Lps ni nak doa ape plok tok bulu???

Anonymous said...

Bila tengkuk dah tercekik mcm2 la alasan nak bagi. kecewa la, pembelot la, tidak amanah la. Cuba sesuatu tu untung ke puak2 bengong nie.... hampeh. kata pewaris nabi ramai tak kan depa tak ajar terima takdir seadanya.... ini bukan pewaris nabi tapi pewaris yang gila babi....

Anonymous said...

Dizaman Mohd. Najib Razak, UMNO telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia sebagai UMNO Penipu. Pemimpin UMNO hanya dibenarkan mengeluarkan kenyataan lebih kepada penipuan dari pada kebenaran.

Sebagai contoh, ahli UMNO dilarang bercakap benar kecuali memutar belitkan fakta berkaitan royalti minyak Kelantan.

Adalah menjadi pekara yang pelik sekiranya UMNO yang telah mempunyai bukti kukuh untuk mempertikaikan kemenangan Zulkifli Nordin tetapi mereka menarik balik petisyen kawasan itu walaupun keputusannya dijangka akan memihak kepadanya.

Sejak bila pemimpin UMNO begitu bersimpati pada orang yang boleh mengalahkannya dalam pilihanraya..? Bukan itu boleh dikategorikan "ada pertemuan dalam gelap..?"

Sebenarnya Zulkifli Nordin telah menjadi baruah UMNO setelah dia diberi peluang oleh UMNO menjadi ahli parlimen Kulim baru. Ini dinamakan menang bersyarat.

Syarat utamanya yang mesti dilaksanakan adalah menjadi duri dalam daging kepada parti PKR dan Pakatan Rakyat.

Bukankah itu yang telah dilakukan oleh Zulkifli sehingga dia dipecat dari PKR..? Atau ada cerita lain yang lebih menarik..?

Kepada pemimpin PAS yang setia pada parti... sila ambil perhatian.
Dalam parti anda juga terdapat spesis yang seperti Zulkifli Nordin, malahan mereka lebih merbahaya kerana mereka pandai memperbodohkan ahli yang wala'.

Man-Kulim said...

Sekarang ni Umno cuba menyorong nyiru utk Zul-Kulim ni berucap. Dan Zul-Kuli8m pun sekarang ini tengah mencari penaja siapa yang akan menyediakan pentas utk nya berucap pasal pemecatannya..


Ha...ha..,.ha...

Daripada kau pi berucap....lebih baik kau hang melawat kawasan2 hang tu....Dengaq kata....penduduk kat sana kata...nama aja pernah dengaq...tapi...muka tak pernah nampak....tak pernah jengok kampung.

Letak jawatan la Zul-Kulim woiiii..... Tak payah tunggu PRU-13 la. Letak sekarang ni. Orang dah meluat dengan hang ni. Hang memang tak boleh buat kerja punya. Hang layak jadi peguam ja. Jawatan AP hang memang tak layak.

rakyat_jelata said...

kenapa setiap MP or Adun PR yg keluar mesti lepas tu akan tersebar cerita pasal kelemahan dan kekurangan diorg ek? character assasination ke? hehehe... susah nak terima hakikat kot... but wonder why nasarudin bota keluar BN masuk PR aritu x sepatah ayat pun keluar suruh letak jawatan ke.. khianat ke.. siap pak nuar sarungkan jaket lagi.. isyk2... ini ke yg dikatakan walhalalku walharamku :)

mankeldai said...

riwayat politik zul kulim akan berakhir dalam masa terdekat ni, cayelah!

Anonymous said...

rakyat jelata..

itulah sikap PR yg tidak boleh menerima kekalahan..walaupun da biasa merasai kekalahan..itu la sbbnye..

Ketika BN tersungkur di beberapa negeri, BN terima kekalahan tersebut tanpa ade kacau bilau..bygkan sudah 50 tahun berkuasa dgn sekelip mata ianya tiada lagi, BN terima dgn hati terbuka tanpa meroyan..dan inilah pendekatan PR apabila ahli PR sendiri kuar parti dgn serangan2 peribadi..dipergunakan solat hajat bagi meng"halal"kan perbuatan tersebut..

dan kebykan negeri2 yg jatuh ke tangan PR adalah negeri2 yg BN telah caturkan ekonomi dan pelaburannya dalam jangka pendek dan panjang, spy ia menjadi penymbang kepda kesinambungan pendapatan utk belanjawan negara..

tidak akan aku lupe betapa bongkak nye ahli2 parlimen PR mendampingi wan azizah ketika persidangan parlimen yg pertama..mcm raja segala raja..

bila PR took over, mereka yg merasa "fruit" nye, dan mengatakan mereka la yg menjdkan negeri bertambah kaya..pengikut2 PR makin tidak sedar bhw mereka terus ditipu, & diperbodohkan..walau apepun, tiada rusuhan dan kacau bilau berlaku dari BN agar keamanan tidak diganggu-gugat..

aku cabar negeri2 yg PR ambil alih ni kasi list pelaburan2 baru yg mereka sendiri bawak masuk atas "effort sendiri" sepnjang 2 tahun memerintah...aku tak jumpa lagi blogger2 PR nyatakan perinciannya..

anti-firaun..

Man-Kulim said...

Zul-Kulim kata...sekarang dia bebas boleh pergi mana...tak terikat lagi...tak takut lagi...

Memang la....dah nama bebas memang sepatutnya macam tu...TAPI hang mesti ingat....pandangan masyarakat..pemimpin yg bebas ni sebenarnya tak ada pendirian....tak ada matlamat....

Satu lagi....tak malu ka muka tu....menang atas tikit PKR......dah menang melompat/derhaka. Lepas tu jawatan dibawak lari....sedangkan jawatan itu PR yg punya. Jadi....malu la sikit....mana identiti hang....mana wibawa hang.

Tak dak langsung tau.....

Anonymous said...

kami mahu hidup aman dan tenteram mcm dulu dan ianya tanpa PR..

anti-firaun..
-----------------------------------

aku pelik ade org x selesa ke duduk kat malaysia ni lepas pr memerintah beberapa negeri. mungkin sesetengah je kot mcm anti firaun sbb dah xbleh rembat duit rakyat sesuka hati mcm dulu...ha...ha...ha...anyway welldone to PR leaders and all rakyat malaysia b'cause we already make umnos feel uncomfortable. pay back time!!!!ha...ha...ha...ha...

I help you, you help me wakakaka... said...

Anti-firaun ni yang meroyan gaknya.

Siap bakar gambar siap bakar patung demo kat penang ari tu apacita?

Sebelum ko nak letak syarat senaraikan pelabur-pelabur yang melabur dinegeri dibawah pemerintahan PR...aku syorkan dulu agar BN keluarkan senarai nama pemimpin yang terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah. Baru gentle macam tu. Kalau setakat bawak masuk pelabur jeh tapi rasuah berlambak-lambak bukannya rakyat yang dapat hasilnya.

Sebelum terlupa...nape pemimpin pujaan ko ngelabah masa Selangor jatuh ditangan PR. MB Perak lak
berkurung tak keluar-keluar rumah. Mandrum ke? Yang paling parah ada pulak pemberontakkan dalam umno sampai Dollah Badawi kena tendang tu tak cita pasal Terengganu lagi tu. Ada betoi ka anti-firaun..?

Anonymous said...

betul2 bro anon 2.04pm. itu cerita salah menyalah dalam umno belum lg dolah badawi marah kat cina dgn india pasal dah x sokong bn. yg bestnyer malam keputusan pilihanraya tu aku tengok ada satu mamat wartawan siap kena marah dgn dolah ni pasal tanya apa sudah jd dgn bn....alo anti firaun dulu chedet kata melayu mudah lupa. sbenarnya dia ckp bukan utk semua melayu cuma melayu umno jer. hal ni dah bertahun org pr ingat ko je yg lupa pastu nak cucuk pulak...ha...ha...ha...apa punya turrrr....

anti-dajjal

Anonymous said...

untuk anti firaun. dulu masa pru12 umno dgn menifesto aman dan makmur. pastu ade kain rentang yg tulis negara akan huru hara jika pembangkang berkuasa..yg aku pelik tu mana diaorng tahu negara akan huru hara kalu pembangkang yg memerintah?? nampak mcm dah plan baik jer....aku cukup suka baca statement ko dlm ni. semuanya fakta bohong minda kelas ketiga....tulis lah lg supaya habis dah terbogel keris kontot umno...ha...ha...ha...

be neutral

I help you, you help me wakakaka... said...

Woii...anti-firaun bagi balik sarung keris ni...dah bogel ni...aib aib