"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, March 11, 2010

Natrah: TP dan KP PAS Buta Sejarah Parti?


Baru-baru ini Ustaz Idris Ahmad serta Ustaz Nasa, masing-masing Ketua Penerangan dan Timbalan Presiden PAS Pusat telah menghadiri Majlis Pelancaran buku bertajuk "Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata" oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saya diberitahu kehadiran Timbalan Presiden dan Ketua Penerangan itu tidak mendapat apa-apa persetujuan dari Mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat mahupun Mesyuarat AJK Kerja PAS Pusat.

Timbalan Presiden PAS dilaporkan berkata:
KUALA LUMPUR 9 Mac – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan UMNO terhenti di separuh jalan.

"Usaha mewujudkan perpaduan ini bukan boleh berlaku dalam tempoh sehari dua atau sekelip mata".

"Kita memerlukan satu tempoh untuk terus membina kematangan ke arah ini (mewujudkan perpaduan). Saya melihat kita pada masa sekarang sedang membina kematangan ke arah ini", katanya.
Kepada sesiapa yang mengatakan "Agenda Kerajaang Perpaduang" telah tamat, dia itu sedang bermimpi dengan mimpi yang indah. Sesungguhnya ini membuktikan betapa agenda "Kerajaang Perpaduang" masih segar bugar di dalam minda pemimpin-pemimpin Fraksi UMNO.

KEHADIRAN DALAM MAJLIS INI ADALAH SATU PENGHINAAN PADA PAS

Izinkan saya menaqal dari Laman Rasmi Parti Islam Semalaysia:
Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap UMNO yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.
Hairan saya bagaimana Ketua Penerangan PAS Pusat tidak sedar akan kandungan di dalam Laman Web PAS sendiri. Antara isu utama mengapa PAS ditubuhkan adalah kerana sikap UMNO mengabaikan permurtadan Natrah.

Kalau UMNO boleh menganjurkan demonstrasi seluruh Malaya memprotes Malayan Union (1946), mengapa UMNO tidak mengambil tindakan yang sama apabila Natrah dimurtadkan (1951)?

Malahan, antara yang ditangkap dan dipenjarakan ekoran protes besar-besaran Natrah di Singapura adalah Presiden PAS yang ketiga, yakni Dr. Burhanuddin Al Helmi sendiri.
"Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmy, presiden Parti Islam SeMalaya (PAS) ditahan di Pulau Sekijang, Singapura kerana dituduh menjadi dalang dan pembakar semangat rusuhan ini".
Ertinya, dengan adanya pemimpin-pemimpin PAS menghadiri majlis itu sudah menjadi satu bentuk penghinaan kepada kepimpinan-kepimpinan PAS yang terawal. Ia juga menghina sebab mengapa PAS ditubuhkan serta menghina aktivis-aktivis PAS yang ditangkap ekoran protes dan demonstrasi protes terhadap permurtadan Natrah.

Sehingga hari ini UMNO tidak pernah memohon maaf terhadap sikap mereka membiarkan Natrah dimurtadkan tanpa mengambil tindakan yang tegas dan keras demi menghalang Natrah dimurtadkan.

KENAPA PEMIMPIN PAS BERSIKAP TERLEBIH KUAH DARI SUDU

Herannya saya. Peristiwa Natrah menandakan sikap UMNO yang sebenar terhadap amalan murtad. UMNO amat bertoleransi terhadap amalan murtad sehingga mereka membiarkan Natrah dimurtadkan.

Dengan pemimpin-pemimpin PAS meraikan pelancaran buku ini, bererti segala pengorbanan mereka yang memprotes permurtadan Natrah tidak dihargai oleh pemimpin-pemimpin PAS ini.

Bagi saya, dari pemimpin2 ini menghina perjuangan menentang murtad, baik mereka semua letak jawatan mereka dan isytihar masuk UMNO.

Tulang Besi

p/s - UMNO ada juga buat sedikit sumbangan. Tunku, selepas jadi Presiden UMNO, telah meminta 5 orang yang telah dihukum mati oleh Mahkamah British supaya diringankan hukuman. Hasilnya, 5 orang itu diringankan hukuman mereka kepada penjara seumur hidup. Ertinya, keringanan hukuman itu lebih membantu British serta membantu imej UMNO yang pada masa itu menjadi barua British.

13 comments:

matkambing said...

bengong punya pemimpin, buta sejarah rupanya! mengapa nak diikut perangai umnongok tu?

Anonymous said...

Salam, pada tahun 1951 Singapura masih lg negara luar...pada tahun 1963 barulah Singapura telah bergabung dengan Tanah Melayu bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia. dan natrah adalah warga Singapura...

Tulang Besi said...

Kahkahkah Mansor Adabi tu bukan orang Terengganu ke?

PAS tapi tak TOTOK said...

org2 PAS lg bodoh tak tahu sejarah. Pd pandangan aku mereka tu pergi pasal itu pelancaran buku Natrah dan mengingatkan kembali pengajaran dan iktibar utk dijdkan panduan ttg isu murtad. Wahai manusia2 yg hanya suka mencari kesalahan org lain (hitam hati dan totok gila babi), bukankah kehadiran mereka itu sbg menghormati jemputan..kalau Nizar dan Anwar melawat tokong dan majlis kemampusan TBH korang sokong pulak..

Jgn jd buta fakta. Ini bukan soal politik tetapi tahukah kalian kalau2 mereka itu pergi dgn niat DAKWAH!!!Berdosa besar jika kita menilai dgn hanya berpandukan pandangan kita! Hati kita hanya Tuhan yg tahu!!!!!!Jgn buat cerita bohong dan fitnah lg

Tulang Kayu said...

Tulang Besi atau Tulang Babi, baca, fahami dan kaji sejarah Natrah baru boleh menulis dan mengeluarkan cerita!!!

mankeldai said...

biol sungguh pencacai umno ni,hujjah pun mengguna fakta yang salah!

Hj. Husni said...

Babi adalah babi wp namanya ditukar kpd sapi. Sahabt, kita bersatu menegakkan Islam ukan berjuang utk menjatuhkan org lain.Ingat, membuka keaiban dan keburukan org maka Allah swt akan membuka 10X keaiban diri kita!

Kita berjuang menegakkan Islam dan tanahair tercinta ini. ada buruk org UMNO,PAS, PKR kalau lah perkara tersbut baik utk masyarakat maka kita harus menyokongnya! Di Subang, Kita sokong SIVARASA RASIAH sbg Ahli Parlimen tapi apa unungnya kpd org2 Islam dan masyarakat? Sibuk dgn perkara lain lepas tu haram x pernah nampak muka lps menang pilihanraya. Masa berkempen dulu bukan main dicarinya kami AJK PAS Subang tapi selepas menang semuanya janji di mulut shj! Inikah pemimpin yg kita sokong dan dokong? Yg kaya si bangsat keling. Yg dpt peruntukan dan bantuan si Keling juga. Dr. Nasir, ADUN K.Damansara pun sama. Nama melayu (agama wallahuaklam la pasal dia PSM PKR) tapi masjid dan surau apa bantuannya!!Kami AJK Surau dan masjid merasa amat2 kecewa dgn apa yg berlaku. Cukuplah kalau kami katakan bhw kami hanya akan menyokong calon yg terbaik tidak kira atas parti apa pun...sesiapa yg nk pengesahan dtg lah jumpa kami di PAS Subang!

Dulu kita beriya berbincang dan berjaya menawan masjid dgn ajk nya adlh ahli PAS. Kita berkata tidak akan berpolitik dlm masjid.Tapi apa yg berlaku minggu lepas di Masjid Tmn. Subang Perdana? AJK Masjid bertumbuk sesama sendiri dlm masjid (dtg dan tanyalah ajk dan ahli kariah masjid Tmn Subang Perdana). Kita kata mengata dan saling mengutuk anara satu sama lain. Sesiapa ahli PAS yg berkawan dgn org2 UMNO maka kita pulaukan mereka.Inikah perjuangan yg kita mahukan????Tepuk dada tanya iman! Berubahlah demi agama kerana perjuangan kita demi agama dan biarlah Allah swt yg menilainya di akhirat..

DPPS

mankeldai said...

biasanya yang tak dapat mengawal perasaan itu ahli umno, betul ke?

Anonymous said...

Hj Husni..

haram bercampur dgn org UMNO alkafirun..jatuh hukum kufur - hadis riwayat al nik ajis..

anda sudah lupa? ini la ajarannya yg diserap dipelusuk penyokong PAS..sy lihat berpecah belah melayu dibuatnye..

anti-firaun

Sape BN/Pakatan Rakyat yang nak besar dan panjangkan zakar? said...

takbirr

Penulis skrip said...

Berapa banyak kali lagi nak diterangkan baru faham bahawa parti UMNO bukan parti untuk islam....?

Parti UMNO hanya memperjuangkan bangsa melayu yang mahu dibodohkan.

Biarpun dalam parti UMNO ada orang melayu beragama islam, ianya sama seperti orang melayu beragama islam dalam parti GERAKAN. Tetapi setiap permasaalahan, mereka tidak merujuk pada peraturan dan undang-undang islam.

Mengikut cerita ‘Tragedi Nadra’, Umno tidak membuat apa-apa sebagai sebuah parti malah mengambil sikap berkecuali berikutan hubungan baiknya dengan penjajah, Inggeris yang ketika itu terikat dengan Perjanjian Inggeris-Belanda.

"...“UMNO menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam banyak pihak tidak faham Islam dalam Malaysia...."

Kenapa masih persoalkan islam terhadap pemimpin UMNO dan mengapa masih percaya UMNO parti memperjuangkan islam...?

Bergabong dengan UMNO atas dasar Islam akan membawa malapekata yang berganda.

Jika masih ada pemimpin PAS bercerita pasal perpaduan dengan UMNO bermakna kekuatan parti PAS tidak akan jadi kuat seperti mana yang diwar-warkan oleh segelintir Pemudanya. Malahan ada kemungkinan PAS akan terbelah dua, satu PAS Barat, dan satu lagi PAS Timor.

Sila belajar dari PKR bagaimana cara melembutkan ego seorang pemimpin yang aggeresif

Anonymous said...


Dulu kita beriya berbincang dan berjaya menawan masjid dgn ajk nya adlh ahli PAS. Kita berkata tidak akan berpolitik dlm masjid.Tapi apa yg berlaku minggu lepas di Masjid Tmn. Subang Perdana? AJK Masjid bertumbuk sesama sendiri dlm masjid (dtg dan tanyalah ajk dan ahli kariah masjid Tmn Subang Perdana). Kita kata mengata dan saling mengutuk anara satu sama lain. Sesiapa ahli PAS yg berkawan dgn org2 UMNO maka kita pulaukan mereka.Inikah perjuangan yg kita mahukan????Tepuk dada tanya iman! Berubahlah demi agama kerana perjuangan kita demi agama dan biarlah Allah swt yg menilainya di akhirat..
.

Yang aku tau bertumbuk sebab bekas AJK2 yang UMNO totok tak nak lepas jawatan.

Last2 kena luku kepala, baru nak lepas

kahkahkahkah

Anonymous said...

dok caya?, apa sebenarnya berlaku boleh baca di sini, di sini dan juga di sini