Zahrain mendedahkan 8 nama:
"Beliau mendakwa mereka ialah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).Saya pernah menceritakan dalam posting saya yang terdahulu bertajuk "September 16: Bukan Anwar Yang Akan Menjadi Perdana Menteri", bahawa Anwar tidak akan menjadi PM kalau September 16 berjaya.
Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang)".
Anwar terpaksa berbuat demikian kerana sebelum September 16 2008 PAS tidak bersetuju dengan senarai MP2 yang Anwar ada itu. Penentangan PAS itu adalah kerana kerajaan PR yang baru itu kelak bukan kerajaan majoriti Melayu.
Nama-nama seperti Anifah Aman, Ghapur Salleh, Mokhtar Radin dan ramai lagi tidak dapat memuaskan hati PAS serta Presiden PAS. Ini kerana nama-nama diatas bukan dari kalangan MP2 yang MELAYU walaupun mereka itu Islam. Presiden PAS dilaporkan berkata:
"Muslim sahaja tidak cukup"
Maka, Anwar pun berbincang dengan Mr.X dan Mr.X setuju untuk menjadi PM dengan membawa beberapa orang MP Melayu bersama beliau demi memastikan kerajaan baru PR itu kerajaan majoriti MELAYU (bukan Majoriti Islam).
Namun pada masa itu segalanya sudah terlambat. Nasi dah jadi bubur. Pak Lah telahpun mengisytiharkan bahawa beliau akan turun takhta pada March 2009. Maka, “mood” untuk melompat, di samping taktik-taktik lain dari BN telah berjaya dilakukan dengan mengunakan masa yang terbuang angkara penolakan PAS ke atas kerajaan baru semata-mata kerana kerajaan PR baru itu tidak majoriti MELAYU (bukan Islam).
Mengikut maklumat saya, tanpa sokongan Mr. X pun dan hanya dengan sokongan yang Anwar Ibrahim dapat pun, kerajaan baru itu tetap MAJORITI MUSLIM, yakni majoriti satu kerusi. Tapi, apabila PAS berkata Kami Mahu Kerajaan Majoriti Melayu maka Anwar terpaksa meminta pertolongan Mr. X.
PAS kenalah meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan mereka yang mengundi mereka kerana ada saham mengagalkan “September 16”. Itu nasihat saya
TEMURAMAH PRESIDEN DENGAN UMMAHONLINE
Temuramah di bawah yang saya petik dari blog Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu akan lebih menjelaskan tulisan saya di atas.
Ada pembaca saya telah membawa keratan temuramah Presiden PAS bersama majalah Ummahonline yang disiarkan oleh blog Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu. Presiden PAS berkata:
Sebelum ini, Tuan Guru ada menyebut jumlah ahli parlimen PR mestilah majoriti Melayu Muslim. Persoalannya, mengapa Melayu?Keseluruhan temuramah tersebut boleh di baca di website Ummahonline disini.
Melayu ini kerana majoriti orang Islam (di Malaysia) adalah Melayu. Bahkan kalau kita baca Muqadimmah Ibn Khaldun, ada hadith yang menyebut, “pemimpin dari Quraisy.” Ini kerana, yang menjadi teras kepada penguasaan Islam pada masa itu adalah kabilah Quraisy. Maka, syarat kepimpinan mestilah Quraisy.
Di Malaysia, oleh kerana majoriti orang Islam adalah Melayu, dengan sebab itu kepimpinan Melayu Islam adalah lebih utama… kecuali kalau berubah, orang Cina masuk Islam ramai-ramai, dan mereka menjadi majoriti. Maka, sudah tentu mereka yang perlu menjadi teras. Itu pernah berlaku dalam sejarah Islam. Bila orang Turki yang menganut Islam, mereka merupakan orang Islam yang terkuat, maka mereka menjadi kepimpinan.
Di Malaysia, hakikat ini diterima oleh semua parti-parti politik, bahawa teras ialah Melayu Islam. Cumanya, kita mahu Islam dijadikan prinsip kepada penyelesaian masalah-masalah dalam negara. Ini satu perkara yang sering ditinggalkan.
Bukankah sudah memadai majoriti Muslim sahaja?
Muslim sahaja tidak cukup. Muslim lain, Islam lain. Muslim itu ada orang yang memelok Islam tapi tidak beramal dengan Islam. Kita mahu, Muslim yang beramal dengan Islam. Saya yakin, jika Islam dijadikan model… sepertimana yang kita pernah laksanakan di Kelantan, juga di Terengganu, dan seperti yang kita sedang laksanakan di Kedah dan di Perak. Dan, ini tidak menjadi masalah kepada orang bukan Islam. Apa salahnya bila Islam itu kita kemukakan dalam perubahan peringkat pusat? Bahkan peringkat pusat lebih wajar, sebab kuasanya lebih berbanding dari peringkat negeri lagi.
PENGAJARAN DARI TEMURAMAH TERSEBUT
Ada beberapa kesimpulan dari temuramah tersebut:
1.0 - Presiden PAS menolak kerajaan PR yang majoriti Muslim. Beliau mahu kerajaan majoriti Melayu.(bersambung)
2.0 - Bahawa kedudukan PAS yang boleh keluar dari kerajaan PR bila-bila masa
sekiranya janji tidak tertunai tidak menjadi faktor langsung.
3.0 - Islam TIDAK MENJADI FAKTOR dalam penilaian kerajaan baru PR tersebut. Yang menjadi faktor adalah KEBANGSAAN MELAYU semata-mata.
4.0 - Presiden PAS bersekongkol dengan usaha untuk mengagalkan September 16 dengan memberi alasan-alasan dangkal seperti mahukan kerajaan majoriti Melayu secara sedar atau tidak.
5.0 - Saya yakin Presiden PAS dan kumpulan pro UMNO TIDAK MAHU kerajaan PR yang baru ini dan memberi masa kepada musuh untuk bertindak dengan memberi alasan-alasan yang dangkal.
6.0 - Tindakan Presiden PAS ini MENGUNTUNGKAN UMNO
7.0 - Presiden seboleh mungkin menolak gagasan “Majoriti muslim” tetapi mahukan
gagasan “Majoriti Melayu” kalau kita baca keseluruhan interview itu.
Tulang Besi
14 comments:
Memang haprak. Nak kata apa lagi?
Ini lagi satu cerita tahyul. Bila RPK bukak kelentong pasal Mr. X, maka ramailah tok-tok dalang buat cerita wayang kulit. Tokok tambah kasi nampak lebih menarik dan suspens. Inilah dia style2 yang digunapakai oleh mangkok2 tepen dalam PR untuk menegakkan benang yang basah. Mana ader Mr. X?!!!. Piiirraaah...
Yang RPK cakap tu bukan Mr X, tapi Mr Y.
Tapi mungkin juga Mr X dan Mr Y adalah orang yang sama.
Persoalan di sini!Siapakah mr x?Kenapa raja petra tak nk reveal sapa mr x kalau dia bnr2 wujud?It looks like Raja Petra mungkin sengaja reka cerita..
Hidup Najib!1 Mlaysia!Hidup Zambry!Say no to DAP and PKR!
inilah konpirasi politik yang dimainkan oleh media perdana dari 'spin' media baru supaya rakyat melupakan kesengsaraan yang menimpa mereka. dah macam menonton cerita hindustan pulak, serupa stim selepas makan nasi ganja!
ni nasik tambah ni..hahaha..tp nasi kangkang la ...hahaha..
kegagalan Sept 16 bukan pasal PAS pro UMNO la, pasal sape2..yg jelas menda tu tak jadi sbb menda tu da terang2 tipu..si nuar penipu yg menipu PR dgn propaganda dia..now TB nak menguatkan perjuangan dia nak menghapuskan puak2 pro UG ni dgn isu ni plak..adoi la TB..kau ni tak abis2..
tp BN gabra gak bawk lari MP2 dia gi Taiwan..Either BN tak yakin ngan MP ke, atau just mengambil precaution action..tp bygkan kalu BN tak bwk lari MP2 dia, and Sept 16 benar2 jadi, tak ker bertambah bodoh & sombong BN ni tak amik tau pasal MP2 dia? rambut same hitam ati lain2..And kalu MP2 ni nak lompat pun, tak payah bawk gi Taiwan pun diorg akan lompat..
but yg aku tau, bung mokhtar yg lead MP parlimen ke taiwan and Bung Mokhtar juge dalam list yg bakal lompat tu..
anti-firaun..
p/s: sudah2 la TB..ni skript mane plak ko tokok tambah ni..
Inilah sebabnya PR tidak boleh memerintah kerajaan Malaysia.
Cuba bayangkan ikan, ular, dan helang berada di dalam satu belanga, yang mana satu nak makan satu, masing-masing pemangsa dan juga mangsa.
Macam lah juga DAP, PAS dan PKR, DAP lebih kepada pemangsa, manakala PKR dan PAS lebih kepada mangsa. PAS pun nampak dah menjurus kepada liberal sekarang, sementara DAP masih kukuh dengan prinsip mereka mengutamakan kaum mereka sendiri. PKR tak payah ceritalah, memang ramai lagi nak keluar parti.
najib pembela rakyat!
la..ade Mr.X la plak, dulu takpun kecoh ade Mr.Y ngn Mr.X. Yg aku tau mase gerakan 16Sept, Anwar la paling byk bersuara. Sape tak boleh igt ayat keramat dier 'We have numbers..' Ni TB dok mengarut ape plak nih. Ade puak2 UG dok nasihat Anwar plak. Majoriti ahli dan kepimpinan PAS tak ambil kesah pun pasal 16 Sept tuh, yg dok panas bontotnyer adalah Anwar dan pencacai2 PKRnyer (termasukla si Zahrain) yg dok sibuk nak menangkap katak.
Bukanker kite tak tau bahawa Anwar mase tu desperate cube lari dan mengelak atas tuduhan Saiful yg dibuat mase Jun 08'. Anwar cube nak mengalih pandangan rakyat ke atas isunya dengan kerajaan 16 Sept tuh. Tak ker huruhara mase tuh, satu Malaysia igt btol2 bende ni jadik. Last2 hampeh. Bagi aku mase tue Anwar desperate sgt sbb nak lari dari tuduhan Saiful. Kalo tak caye tgk smp skrg, Anwar dok lari lg dan meliwat-liwatkan perbicaraan mahkamah dier.
Hisy aku nasihatkan pada puak PAS. Tak payahla nak amek kesah pasal 16 Sept tuh. Knape skrg baru timbul ade Mr.X ngn Mr.Y plak? wassalam..
Yang hairannya dalam pemimpin2 UMNO Baru tu kata 16 Sept. tu tipu, dia bawak jugak 52 MP yang disyaki tu lari ke Taiwan, kononnya nak belajar pertanian...(ramainya MP nak jadi Menteri Pertanian..lawak betul)...kemudian bila perancangan 16 Sept. tak terlaksana...tuduh pulak DSAI tu pembohong...yang keluarkan cerita pasal MR X tu bukan DSAI pun..tapi orang lain...DSAI tu bagi klu je pasal 16 Sept. tu...fikirlah sikit wahai penyokong UMNO Baru yang malas nak guna otak...
KAU ORANG LAYAN LA SI TB NI....KAU ORANG PUN BOLEH GILA...
HA..HA..HA....BUDAK YG TAK BETUL TU.
maklumat aku terima (ikut style TB) Mr X atau Mr Y bernama Rahman.. entahlah sumber aku tak dapat pastikan sapa Rahman tu.. dok apa kita siasat kemudian.. hihihi... tapi dengar cerita si rahman ni duduk luar negara skrg ni, dulu dia ada terliur jawatan CEO tapi tah cam ne tak dapat.. tapi tak pe dia dah jadi Mr X/Y skrg..
mari kita semua siasat sapa si MrY dan MrX ni, sapa dia sebenarnya..
Ader hikmah di sebalik MP2 BN di angkut ke Taiwan. Terbukti juga ader orang PKR bersungguh2 mengikut mereka ke Taiwan dalam cubaan memujuk MP2 ini lompat parti. dalam hal ini, siapakah yang sebenarnya menggalakkan budaya lompat parti?? Orang Kapir pun marah dengan budaya ini sampai ader yang di suruh bertaubat. Pikirlah sendiri.
Rasanya macam dah muak dengor geng2 PR dok tuduh UMNO/BN selalu memainkan isu perkauman. Tengok2 PR pun sama. Kenapa LKS tak nak jadi ketua pembangkang walhal MP DAP adalah majoriti pembangkang?? Anwar sendiri dah offer tarik diri.
Secara tersirat, ramai termaklum bahawa adalah penting untuk PR mengekalkan status sekarang di dalam barisan pembangkang untuk membayangkan bahawa Melayu masih mengetuai pembangkang walaupun sudah kehilangan majoriti. Bukankah secara tak langsung menunjukkan ada unsur2 perkauman di pergunakan dalam percaturan ini??
Post a Comment