"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, March 09, 2010

Zulkifli Nordin yang saya kenal — Zulkifli Sulong

NOTA EDITOR: Rupanya Tulang Besi tidak berkeseorangan di dalam mengetahui kelentong Zul Nordin sewaktu isu Keracunan Arsenik dahulu. Alhamdulillah.

Berikut adalah tulisan Zul Sulong yang begitu baik dan jitu di dalam mendedahkan siapa si Zul Nordin yang sebenar.

Selamat membaca

Tulang Besi

Zulkifli Nordin yang saya kenal — Zulkifli Sulong

Saya mula mengenali Zulkifli Nordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya. Ketika itu Zulkifli Nordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ, Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.

Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi. Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan ini.

Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.

Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.

Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.

Kes Arsenik Anwar

Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.

Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan...keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.

Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.

"Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur...." Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.

Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum "Warkah Dari Penjara". Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.

Zunar juga mendapat maklumat yang sama...Zul Nordin 'melampau' atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya.

Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.

Dengan MB Terengganu

Selepas pilihan raya 1999, PAS telah menang di Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Menteri Besar. Pada satu hari, beberapa peguam telah diamanahkan untuk membuat satu perbentangan kepada beliau di pejabatnya dekat Kuala Terengganu. Salah seorang dari mereka adalah Zulkifli Nordin.

Untuk membuat perbentangan itu, mereka telah berbincang sehari suntuk di Kuala Lumpur sebelum membuat perbentangan pada keesokan harinya. Maknanya, kesemua mereka sentiasa bersama untuk membuat persiapan itu. Mereka berlepas ke Kuala Terengganu pada pagi esoknya dan terus ke pejabat MB Terengganu.

Di pejabat MB, apabila bersalam dengan Abdul Hadi, Zul Nordin berkata, "Tuan Guru, Datuk Seri Anwar kirim salam. Semalam saya jumpa beliau," kata Zul Nordin kepada MB Terengganu itu.

Tercengang-cengang semua rakan-rakan peguamnya apabila Zul berkata demikian kepada MB Terengganu itu. Bila pula 'mamat' ni jumpa Anwar. Semalam sehari suntuk mereka bersama.

Berpaling arah

Bilakah Zulkifli Nordin mula berpaling arah. Dalam hal ini saya bersetuju degan rakan penulis saya Mohd Sayuti Omar. Menurut Sayuti, Zul Nordin mula meninggalkan PKR sejak tahun 2009 lagi apabila Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petition pilihan rayanya terhadap Zul.

Ketika itu, Zul telah dipetition kerana gagal membuat laporan kewangan perbelanjaan beliau dalam pilihan raya umum 2004. Ia menjadi syarat wajib bagi SPR. Mana-mana pihak yang tidak membuat laporan kewangan pilihan raya sebelumnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya. Ekoran kegagalan itu, calon BN telah membuat petition. Zul juga mempunyai masalah besar kerana dia juga didakwa cuba membuat laporan palsu dalam kes ini.

Menjelang mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba calon BN itu telah menarik balik petitionnya. Ekoran itu selamatlah Zul dan kekallah beliau sebagai anggota Parlimen.

Walaupun masih anggota Parlimen PKR, namun tindak tanduk Zul bukan lagi anggota Parlimen PKR. Banyak kenyataan dan tindakan beliau sudah selari dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat lagi. Secara tidak rasmi, dia bagi saya sudah menjadi anggota Parlimen Umno. Apatah lagi, berita angin melaporkan beliau telah bertemu dengan Datuk Seri Najib sebelum itu. Saya tidak berani untuk berkata, adakah beliau bertemu dengan Rosmah atau tidak.

Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri.

Ia tidak menjadi masalah lagi kerana di dalam PAS juga mempunyai pendapat yang berbeza sebelum kata sepakat dicapai. Tetapi, apabila Zul membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin sudah melampau.

Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, "Saya berdoa agar Zul keluar PKR atau dipecat oleh PKR."

Dan kini PKR sudah memecat Zulkifli Nordin. Sebagaimana dijangka, beliau diangkat menjadi hero oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia dan diberikan laporan muka depan akhbar itu.

Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, "kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS."

45 comments:

Srikandi said...

Tahniah. Kempen menyerang peribadi YB Zulkifli Nordin telah bermula. Teruskan.

joostspring said...

hahahahahahahhaahhaha.....

bodo dan lembu betul org2 PR yg sokong aljuburi ni........hahahahahhahahha

“Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur....” Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

kerana kata2 ni la yg si aljuburi dikatakan kandungan arsenik di dlm badan aljuburi melebihi 77kali ganda tahap normal...

hoi lembu2 PR, kl dah lbh 77 kali ganda tahap normal dah tentu si aljuburi dah arwah..tp dek kerana lembu percaya la jgk kpd aljuburi..

hahahahahahhahahhahaha.......

time zaman reformasin dulu berita pasal kena racun arsenik ni cukup hebat.....dan skrg ni nak nafikan ke yg pasal kes racun arsenik ni mentang2 zul kulim dah xjd MP PKR...

lembu ooooooooooooo lembu...
hahahhahahhahhhahahahahha.....
gila r tahap lembu totok2 aljuburi ni....

Anonymous said...

La tu ka,
Awat tak dedah sebelum dia dipecat. Awat baru ni nak dedah sekarang.Saya pun kenai sapa itu Zul Nordin dan Zul Sulong. Kedua-duanya tak boleh pakai. Seorang Loya buruk dan seorang lagi reporter cabuk.Seorang reporter yang beretika ia patut dedahkan masalah Zul Nordin ini sebelum dipilih sebagai calon lagi dan bukan selepas dia dipecat dan tidak sehaluan dengan PKR. Jika Zul Nordin patuh dengan PKR Zul Sulong akan tetap sanjungnya dan terus menyembunyikan +pekong+ dan kudis dibadan MP on the bike. Wartawan seharusnya berdiri di atas sendiri dan bukanlah pula diupah untuk menulis. So Zul Sulong you wartawan tulin atau wartawan upahan? Tepok dada tanya selera.

zali said...

pada penulis..uik..bukan ke
buntut zul tu ker yang awk belai
dan kucup tiap hari dan bukan awk
ke yang mengangkat dia jadi
pemimpin pkr?

sekarang nak awk sepak plak buntut
zul tu yer..

Hj. Mohd Redhwan As-Syakirin said...

Politik murahan dan bacul!PAS dan PKR semakin ikut telunjuk DAP.Maaf saya dulu penyokong PAS tetapi kini semakin hilang keyakinan dan kepercayaan kpd PAS. Mengapakah dlm isu Zul Nordin ini semua pemimpin Islam PAS dan PKR idak ada seorg pun yg backing beliau? Mengapa dulu sewaktu dlm PKR, beliau ditatang bg minyak yg penuh, dipuji dan dilambung sbg seorg pejuang yg mendaulatkan Islam. Bahkan dlm Blog Pro PR heboh cerita beliau yg suatu ketika naik basikal dan motorsikal ke Parlimen...

Hebat perjuangan kita kan? Demi Islam maka org yg dulu dipuji kini dikeji serendah2 darjatnya bahkan dibuat solat hajat. Hebat dan mmg hebat politik!

PAS dan PKR lg dahsyat dan teruk mengamalkan "politik kebinatangan" drp UMNO. Dulu saya mengutuk UMNO kerana politik gila tetapi rupanya parti yg saya sokong lg teruk perangai pemimpin2nya...POLITIK RIMBA sesuai utk singkatan PR!!

Maaf kawan2, saya percayakan ketuanan rakyat tetapi tidak sanggup menggdaikan agama demi kepentingan politik semata..selamat tinggal PAS Gombak!!!

Anonymous said...

Cerita dari puak2 PAS/PKR yg biasa didengar selepas ahlinya meninggalkan mereka. Semuanya buruk tiada yg elok mengenai bekas ahlinya. Sebenarnya jauh dilubuk hati puak2 PR amat tertekan dan gawat tentang kehilangan 4 MP mereka. Oleh kerana ego terlalu tinggi terpaksa main "reverse psychology", kononnya perbuatan keluar parti/pemecatan tidak memberi apa2 kesan. Mana dia "we have the numbers"???

Anonymous said...

So, CIFUT BABI tu memang tak kena racun la. Kantoi..... sebenarnya banyak lagi cerita tahap longkang tentang CIFUT BABI yang dimanipulasi oleh brengsek2 PASberg untuk survive dalam politik. Kalau tak PASberg dah lama lenyap. Pada hal brengsek2 tu tau CIFUT BABI siapa. Cuba tanya Taib Azamuddin dan mat sabuT.... Tak munafik ker apa yang dibuat oleh ular..mak2 dan wali selipar PASberg tu..??? Pesan ku...

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." (Al-Qur'an,al-Hujurat (49):6).

Siapa seorang fasik tu...????
CIFUT BABI KAH..????
WALI SELIPAR KAH..????
TULANG BABI..EH..TULANG BESI KAH..????
AHMAD bAWANG KAH..????
ULAR..MAKKKK PASberg KAH..????

LU PIKIR LA SENDIRI.....!!!!!!
ASSALAMUALAIKUM.....

Anonymous said...

Kata parti yang dipenuhi oleh golongan ulama. Macam rasa bawah lindungan kaabah la konon. Tapi sebenarnya dipenuhi oleh orang2 yang fasik dan munafik. Rakyat Malaysia perlu buka mata terhadap manusia2 munafik yang sentiasa menggadaikan Islam untuk kepentingan sendiri. Cakap orang lain tak Islamik, rasuah, menindas rakyat. Ulama yang munafik, suka mengadu domba, memfitnah, sentiasa mendoa kemusnahan orang lain, salah guna kuasa, korapsi..... kira Islamik sangat la tu....

ANTI BABI said...

Ikuti kesah Loteri UMNO 1951 di sini

matstimketum said...

biasalah tu, inilah caranya orang berpilitik dimana sahaja! jika tak sanggup melaluinya jangan terlibat dengan politik. 'politics is the art of he impossible'.

joostspring said...

KANTOI oooii si aljuburi menipu pasal racun arsenik tu...

lagi satu....aljuburi menulis dgn guna kertas tisu...kahkahakahakah..hahahahahhahha..lawak antarabangsa betul la PR ni..aljuburi semasa duk dlm Sungai buloh tu dapat segala kemudahan..tv ada,katil ada,meja ping pong ada,mkn pun dah lain dr pesalah biasa..siap ada tukang urut khas si rashid lagi..kl setakat nak dapatkan kertas tu kacang je bg aljuburi tu....

lawak...lawak lembu2 pr ni..konon2 ckp aljuburi guna kertas tisu sbb nak bg nampak bhwa susahnya aljuburi kat dlm penjara tu...jilat jgn xjilat taik aljuburi tu....

Tulang Besi said...

Hari Ini Dalam Sejarah: Loteri UMNO 1951

Kepada puak-puak "Kerajaang Perpaduang" dalam PAS. Marilah kita mengimbas kembali kepada tahun 1951 di saat UMNO secara rasmi menjadikan Lotteri Kebajikan UMNO sebagai salah satu sumber kewangan UMNO yang penting. Ertinya halal dan haram dalam UMNO tidak pernah menjadi masaalah sejak penubuhannya mereka lagi. Malahan, UMNO telah membaham duit haram sejak sebelum Merdeka lagi.

Pihak Malaysiawaves mengucapkan ribuan terima kasih kepada blog no2umno dan AlBakistani kerana memberikan kita sumber sejarah yang begitu berharga. Barulah kita tahu siapa sebenarnya UMNO. Telunjuk lurus, kelingking berkait, duri dalam daging, talam dua muka dsbnya.

Kat luar cakap nak memperjuangkan Islam tapi sejak penubuhan mereka lagi kuat makan duit haram.

firasat said...

wajah mencerminkan hati..
Agak-agak tengok muka mamat Zul walaupun letak kopiah emas boleh percaya ke?
Aku dah lama tau.

Marlina-Pulai said...

DALAM FIRASAT AKU LAH...PUAK2 UMNO NI LAH YANG PALING BODOH.
BODOHNYA DARIPADA DULU SAMPAI SEKARANG TAK HILANG2.


HAI....SIAPA YG SOKONG UMNO NI..MEMANG BODOH. ORANG GILAPUN LAGI BIJAK KALAU NAK BANDINGKAN.

BERUBAH LA KAU ORANG SEBELUM TERLAMBAT.....

Anonymous said...

"Kes Arsenik Anwar" memang kerja orang PR. Penipu Rakyat. Bukan orang kata tapi Orang PKR sendiri yang kata. Untuk orang PAS berhati-hati berkawan dengan penipu kerana entah bila kita pun kena tipu. Macam mana cerita liwat Anuar ? masih percaya kah PAS pada puak Penipu Rakyat ni. KAlau masih percaya itu tandanya otak kita sama macam otak lembu.

Anonymous said...

TB, cuba kau tanye Zul Sulong tu, adakah Zul yg same yg dia kenal "sebelum" dan "selepas" bersama PR?

anon diatas: org bodoh yg x mengaku bodoh adalah org yg paling bodoh antara yg teramat bodoh, tp masih berkata org lain bodoh..sape yg lebih bodoh kau rase?..kang cakap kau bodoh kau marah..

anwar tu bukan kena racun arsenik aje, gomen inject dia ngan HIV pun jugak..sbb dia sihat walafiat sbb dia tak brani nak "sumpah laknat"..

anti-firaun

Anonymous said...

penyokong dan ahli pr dap pas pkr lembu bodoh 1 sen belah 7 tak boleh pakai

jika berpihak pada mereka taik pun dibungkus elok2 ..tapi jika dah tak berpihak pada team mereka permata dikatakan kaca..

semua pejuang dap pas pkr ni pejuan palsu hanya nak kuasa jer ulamak polak ulamak palsu hanya pergunakan islam untuk kepentingan politik!...habuk pon tarak

Anonymous said...

TB sunnguh bodoh rupanya,..cuba ungkit kisah 1951,..dh 60thn berlalu

Oii pukimak TB,..skrg tahun 2010 la bodoh,.

1951 bapak kau baru nk teckle mak kau yg malang tu,.sbb dpt anak mcm ko,..lembu

Anonymous said...

TB sunnguh bodoh rupanya,..cuba ungkit kisah 1951,..dh 60thn berlalu

Oii pukimak TB,..skrg tahun 2010 la bodoh,.

1951 bapak kau baru nk teckle mak kau yg malang tu,.sbb dpt anak mcm ko,..lembu

Anonymous said...

zaman sebelum merdeka xde pun org pakai tudung labuh,.mini telekung dsb,.

termasuk la mak ko babi TB

Anonymous said...

anon 8.05
tu laa umngok
dah 60 tahun tk reti2 pakai tudung lagi???

Anonymous said...

aik! zali masih hidup..hang nadim kemaner yer ???

Marlina-Pulai said...

PUAK2 UMNO NI...KALAU TAK NAMPAK DUIT TAK BOLEH HIDUP.

BAGI DEPA NI...DUIT ITULAH SEGALA2NYA. KALAU BOLEH NAK TIDURPUN BERALASKAN DUIT. NAK MATIPUN DITIMBUS DENGAN DUIT.

SBB TU AKU TAK CAYA UMNONGOK NI.

Anonymous said...

ya memang betui dulu wanita tempatan pakai ketat-ketat nampak buah dada la pulak.. sikit demi sikit tarbiah
PAS ? dah ada perubahan ...mengakulah bahawa inilah perjuangan slow n steady umno buka gelojoh macam PAS..
PAS cuma ajar pengikut mempercayai bulat-bulat pemimpin mereka jual agama demi kepentingan politik

gitu-gitu aje said...

Salam TB dan penyokong pas pis pus tegar sekalian,

Ini lah budaya Pas Pis Pus dan rakan2, setelah orang tu keluar, baru lah segala kebobrokan orang itu di sebut.
Macam Zul Sulong ni la, apesal tak nak dedahkan keburukan orang tu awal-awal, kenapa dia da kuar baru nak riuh rendah pasai perangai dia?

Anonymous said...

Wahai saudaraku. Udah2 ler bertengkar sesama Islam. Sedih aku melihatnyer. Marilah kita kembali kpd ajaran ISLAM yg sebenar. Jgn laa mengharap kpd BN & PAKATAN RAKYAT utk menegakkan ISLAM. Sebenarya aku tak berapa percaya yg ISLAM boleh ditegakkan melalui DEMOKRASI. Walaubagaimanapun aku lebih suka menggunakan ruang DEMOKRASI ini utk mengajak semua hamba2 Allah agar kembali kpd agama ISLAM. Tidak kira dtg dari UMNO, PAS, DAP, MCA ,MIC, PKR etc. Kalau ini boleh dilakukan dgn effective, Insyaallah ISLAM boleh ditegakkan. Kita perlu mencontohi perjuangan Rasulullah di dlm menegakkan ISLAM.

Anonymous said...

Tertarik aku dengan komen HJ MAHBRUR REDHWAN. Dulu PAS tapi sekarang sudah hilang keyakinan.

Sebelum kita lontarkan lagi peluru cacian dan maki hamun, sudahkah kita memahami dengan mendalam statement kes arsenik ini? Siapakah yang berlebihan memberi kenyataan kes arsenik, Anwar atau Zul? Apakah tidak benar Anwar diracuni arsenik? Boleh jadi kerana dengan mata yang tertutup dia boleh ditumbuk inikan pula diracun senyap-senyap. Fakta yang lain pula hakim sendiri membebaskan Anwar tanpa pendakwaan kes liwat dizaman Tun Abdullah Badawi. Apakah benar dia Aljuburi atau umno munafik didalam hal ini?

Sewaktu Tun Abdullah Badawi mula-mula menjadi Perdana ramai pengikut umno kononnya sudi menjadi pendokong Islam Hadhari. Dicanang-canangnya kepelosok negeri, ramai ularmak-ularmak cendawan golongan umno berhujah disana-sini menyemai benih propaganda Islam Hadhari. Bila tiba giliran Tun Abdullah Badawi diasak hebat oleh kumpulan Mahathir yang terdiri dari najib dan Muhyidin Yasin mengambil peluang untuk naik membidas Tun Abdullah Badawi tanpa berlapik kemana ularmak-ularmak cendawan ini pergi? Kenapa tidak bersuara mempertahankan pengasas Islam Hadhari? Kenapa ularmak-ularmak cendawan umno atau lebih tepat lagi dengan pencacai umno ini boleh berarah dengan senangnya kearah 1Malaysia yang tidak melambangkan Islamik langsung. Apakah benar umno dan pencacainya tidak munafik dengan meninggalkan Islam Hadhari dan beralih ke 1Malaysia kerana Islam Hadhari itu juga satu wadah perjuangan dalam Islam seperti kata ularmak-ularmak umno?

Kami dari golongan samaada penyokong PAS mahupun yang berada atas pagar mempertikaikan perbuatan MP Zul berdasarkan kredibilitinya sebagai seorang yang telah lama berkecimpung didalam politik sepatutnya tidak cepat melatah, melantun didalam hal yang menyebabkan kekecohan ini.

Apakah perlu Zul terlalu melantun dengan berkata PKR songsang dalam isu kalimah Allah? Bagaimana pula halnya kerajaan membenarkan hakim cina mengadili kes ini? Bagaimana pula kenyataan Nazri Aziz, Malaysia Barat tak boleh guna...Malaysia Timur boleh? Apakah kenyataan ini tidak songsang juga? Kenapa Zul tidak menyalak juga pada umno Atau kemungkinan hal ini sudah dirancang awal-awal diantara pemimpin umno dengan Zul?

Sekiranya Zul seorang yang profesional didalam kariernya, jujur dalam perjuangan menegakkan Islam...letak jawatan dan tubuhkan partinya sendiri yang bulat tekad dalam perjuangan Islam. Aku pasti ramai orang melayu Islam akan menyertainya kerana kehebatannya menegakkan Islam. Yang paling ramai akan masuk golongan umno kot. Kalau PAS lagi ramai nampak sangat umno ni perosak agama bukan PAS.

Yang paling malang sekali HJ MAHBRUR REDHWAN dengan bangga sekali mengaku PAS kini sudah keluar sebagai tanda hilang keyakinan. Aku nak tanya kat HJ MAHBRUR ni...kalau sudah hilang keyakinan PRU13 ini nak undi siapa? UMNO, MCA, MIC, GERAKAN...untuk mengembalikan keyakinan dan meneruskan wadah perjuangan Islam? Apakah dengan membenarkan seorang hakim cina mengadili kes kalimah Allah membuktikan umno memperjuangkan Islam atau tujuan pecah dan perintah? Secocok ke dengan naluri Tn HJ MAHBRUR ni?

Ternyata dengan kempen menyerang peribadi ZUL seperti yang dikatakan oleh SRIKANDI secara sinis memperlihatkan sifat tidak berakal dan munafik ularmak cendawan umno atau lebih dikenali sebagai pencacai umno. Mesti ada yang meletup bila aku katakan ularmak cendawan munafik. Kalau meletup baguslah bagi hujah korang dengan matang bukan komen buta atau bodoh diatas.


minangkabau

Anonymous said...

Ahlan wahsalan ya marhaban kepada semua, bersempena hari kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW dan majlis sambutan Maulidurasul yang gilang-gemilang, sebuah program kebajikan ummah dibawah naungan Marhaban2u.com - Rezeki Baru Anda dilancarkan.

Program yang berasaskan bantu-membantu dalam memberi khidmat kebajikan kepada ummah disamping memberi pulangan lumayan dan disertakan produk berupa bacaan Al-Quran dan dendangan nasyid terbaru dari kumpulan Rabbani 'Mahabbah'

Anda tidak akan rugi kerana modal yang diperlukan hanya RM20 saja. Tiada Risiko!
Kini anda mampu untuk memperolehi lebih dari itu dengan http://www.marhaban2u.com/?ref=1633

"Sekiranya kita lambat bertindak, esok kehidupan kita tetap sama"

http://www.marhaban2u.com/?ref=1633 Kunjungi Website saya : http://www.marhaban2u.com/?ref=1633 Sukses Selalu! Muhammad Rizal Bin Zakaria http://www.marhaban2u.com/?ref=1633

Anonymous said...

Haji Mohd Redhwan tu haji betul ke haji Dam? Itulah lain kali kalau pegi haji jangan guna wang haram atau wang umno. Tindakan saudara adalah, kau adalah haji sesat! Mana boleh orang yang sudah naik haji tulis macam Puk* Mak?

Anonymous said...

Zul Nordin ni tahap pemikirannya sama saje dengan pemimpin dan pencacai umno. Rakyat sudah jauh berfikir ke hadapan tapi dia masih di takuk lama. Dalam satu ceramah Zul Nordin di zaman reformasi dia berkata " Mahataik ni dialah raja, dialah hakim, dialah polis, semua dia..".

Tengok ceramahnya berdegar-degar, tapi taik dipunggongnya melekat di gelegar. Sekarang dia dah sokong pemikiran umno bodoh tu dengan menjilat ludahnya semula. Zul, zul, kau ni betul2 manusia tiada pegangan dan pejuangan hidup. Kami bukan nak menfitnah tapi itulah dia si manusia Zul ni, sebab sejarah takkan menipu manusia.

Kalau dalam hukum islam kau dah lama kena pancung kerana mempunyai sifat2 membelot pada perjuangan.

Anonymous said...

kesian aku tgk PR ni..

yg aku nampak, PAS and PKR terumbang-ambing lepas PRU-12..yg bertambah kuat walaupun dulu hidup segan mati tak mau adalah...

DAP..

agak2nye kenapa yeks?

yg aku tau, DAP sgt berkuasa di mata ANWAR kerana:

- karpal, penyimpan mohor rahsia2 besar ANWAR..fight to postpone the case as long as possible..Trial? no..no..no..kang ape lagi ayat2 baru yg kuar selepas "can i fuck you today? --

- Lim Guan Eng, kite perlu undi dari kaum CINA! Say "Yes" to kilang babi moden!..say "Yes" to permit2 Pub2, disco, take beer etc..say "No" to kopiah, zul jgn pakai ek zul..Say "yes" to Chin Peng The Return!..

So, Anwar perlukan individu2 ini yg tak sedar diperalatkan:

- nikcy aziz, utk kuar2 kat fatwa baru..si nik aziz skrg tgh cari dalil2 dan nas2 yg boleh diputarbelitkan spy utk menghalalkan perlakuan homoseksual, sekiranya ianya berlaku dalam keadaan yg darurat yakni terpakse..

betapa besar pengaruh nicky ajis sehingga penyokong2 PAS menolak mereka2 yg tidak sehaluan dgn Nik AJis..parti nik ajis ke parti PAS ni aku tak tau la..Hadi Awng sampai tak brani nak berckp spt seorg presiden PAS..

anti-firaun..

Anonymous said...

weii anti-firaun
aku boring ler dgn kenyatan statement2 kooo tu
dah muak
tkdek benda lain ker nk cakap
bagiler kes2 baru
dah abih modal ker?

Marlina-Pulai said...

PUAK2 UMNONGOK NAK DAKWAH PELAN2...

YG AKU TENGOK...MAKIN PELAN MAKIN TERDEDAH..

MAKIN PELAN MAKIN TERBOGEL

UMNO2...MEMANG NGOK

Anonymous said...

mungkin pencacai umngok dan para penjilat bertauliah bn menyuruh pimpinan pr dapat mengeluarkan kenyataan seperti sedemikian,...

"mereka yang melompat, kami ucapkan tahniah dan sesungguhnya lompatan itu bagus.ini membuktikan anda seorang yang berprinsip...."

GILA KE HAPE???

mungkin mereka yang lompat ada alasan sendiri.mereka kata parti sudah hilang arah tujuan dan tidak membela rakyat,tapi bolehkah juga kita nak menolak andaian bahawa golongan katak2 ini ada masalah peribadi...tak ngam dengan pucuk pimpinan hingga bertelingkah pendapat??

serangan peribadi tidak dilakukan semasa mereka berada dalam parti atas alasan demi menjaga perpaduan .itu yang sebenarnya

lantas apabila mereka ni berambus,maka sudah tiba waktunya segala kepincangan dapat didedahkan...

umpama orang sakit cirit birit,nak berak...
adakah bau busuk tahik itu dikomplen semasa berada dalam perut?? atau dikomplen sesudah sisa buangan itu berjaya dilepaskan sama ada secara paksa atau rela???

korang pikir2 kan lah..

I help you, you help me wakakaka... said...

Anti-firaun ni memang firaun sebenarnya...kalau kau berdebat depan aku... berhujah dengan cara macam ni memang aku tempeleng kau masa tu jugak.

Anti-firaun nak tau sebab apa aku nak tempeleng kau? Tanya la aku sebab apa? Itu pun kalau kau rasa kau x munafik la kan...

Anonymous said...

keris kena bogel...
apa yg ko merapu nih...
nak tempeleng org laaa..
munafik laaaa...
firaun laaa
berhujahlah cara baik. Ikut sunnah Rasulullah. Org baling batu kat dia pun dia boleh bersabar..

darishahalam said...

Tak tau apa nak jadi ngan bangsa melayu ni...sket-sket gaduh. klau macam nilah..boleh tergadai semua maruah dan harta kita. aku dulu sokong kuat pas ni...pru12 aku pangkah pas sebab aku lihat diaorang lebih kehadapan nakkan ISLAM...tapi malang...sekarang ni pas dah ubah rentak....aku dan keluarga aku takan bagi lagi undi pada pas atau pkr..pas telah mengkhianati undi aku dan keluarga. aku rasa malu nak perkenalkan diri sebagai orang pas lagi.

Anonymous said...

ngok2 umnopun tak adalah cakap merapu.ka kampung cakap hudud,ka bandar cakap perkongsian kuasa.mana satu betul ni.

Panglima7 said...

Salam Tuanhamba,

Mohon dilinkkan bloghamba dengan blog tuanhamba. Moga beroleh keberkatan.

I help you, you help me wakakaka... said...

Anon nin nun...1:05pm

Zaman Rasulullah pun ada peperangan memerangi orang-orang kafir atau malaon-malaon munafik.

Sabar-sabar gak tapi bila musuh yang kita cuba jadikan sahabat cuba berdolak dalik atau mula nak memerangi kita...maunya kita x nak tibai balik. Cuba renung balik zaman nabi kita bro...kenapa dia berperang lak.

uuuuu.....cak

Anonymous said...

keris kena bogel..

berhujjahlah dgn baik. Rasulullah selalu berhujjah dgn baik.
Dlm berhujjah Rasulullah tak mengajar kita utk tempeleng org.

Bak berperang tu lain ler..
Ko mesti tau beza berhujjah dgn berperang...

Anonymous said...

salam...
bertaubatla kamurang semua..
tingkatkan amal untk dunia akhirat.. kurangkan maki hamun.. dalam solat 5 waktu sehari hayati surah alfatihah.. nescaya org yg beriman tidak akan megeluarkan perkataan perkataan seperti di atas... renungan utk diri sendiri dan kamurang semua.. dalam kubur takde ditanya sape parti betul atau salah.. yg di tanya ttg amal amal kite.. subhanallah..

Anonymous said...

Salam...
Penyokong UMNGOK dan Penyokong Aljuburi sama-sama saja tahap budus nya..DIULANGI sama saja tahap budusnya...!!!
Bukan mereka tuh yang bagi kita makan...so apa kita kita kerja sesama cari makan untuk anak bini, nnti ngundi kita pangakah saja mana2...gerenti dapat RM100 punya (duit minyak katanya)...bukan rasuah tau....

Anonymous said...

Korang yg sokong umno tu bodoh piang..

Anonymous said...

bukan leh caya zul sulong ni..masuk siasah, siasah lingkup. masuk harakah, harakah lingkup. handle tvpas, lingkup..ni masuk harakahdaily pulak..dah lingkup dah..

ko memang takleh pakai la zul sulong..ko kerja bodek pemimpin ja..tulisan takderlah hebat sangat..cakap pandai laa..pasal tu sayuti bengang dengan ko. dorang semua nak jaga hati ko jer pasal dah berkawan lama..
bukan tak tahu ko kaki bodek kuat..tapi nothing!!