Maka, imej kepimpinan yang dibawa oleh beliau adalah imej yang sering tidak dapat diterima dan dikongsi oleh majoriti rakyat Malaysia. Secara mudahnya, Najib Tun Razak bukan seorang pejuang tetapi imej yang lebih kuat bersama beliau adalah imej anak orang kaya.
Maka, rakyat jelata secara mudahnya, tidak dapat menghubungkan diri mereka dengan imej Najib Tun Razak. Saya yakin 100% majoriti rakyat Malaysia tidak merasa Najib Tun Razak adalah sebahagian dari hidup mereka.
Sudah semamangnya rakyat Malaysia mencari seorang pemimpin baru dari parti yang baru.
Saya juga yakin trend populariti Najib merudum akan lebih ketara lagi dalam tahun-tahun mendatang, inshaalah.
Populariti Najib Menjunam - TV3
Populariti Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Malaysia semakin merosot meskipun pelbagai taktik digunakan oleh media arus perdana untuk melonjakkan imejnya sebagai pemimpin yang kononnya dekat dengan rakyat.
Malah jika berdasarkan kempen khusus yang diusahakan oleh TV3 untuk membina imej Najib sebagai pemimpin yang berwawasan dengan slogan 1 Malaysianya, langkah itu ternyata amat memalukan.
TV3 menerbitkan program yang diberi nama "Soal Jawab" yang ditayangkan di waktu "perdana" pada setiap Isnin sejak awal tahun ini.
Bagaimanapun bilangan penonton atau "rating" yang diharap dapat membantu mengekang kemerosotan penonton stesen televisyen itu tidak berhasil walaupun yang diundang untuk bersoal jawab dengan hos sama ada Datuk Ahmad Talib mahu pun Datuk Manja Ismail ialah Najib Razak sendiri.
"Ini memberi gambaran bahawa rakyat tidak berminat dengan omong dan slogan kosong Najib. Kempen 1Malaysia langsung tidak menarik minat rakyat," menurut sumber penerbitan TV3.
Adalah difahamkan bahawa syarikat pemantauan data dan trend penonton televisyen, AGB Nielsen mencatatkan hanya 270,000 orang menonton wawancara Ahmad Talib dengan Najib pada 18 Januari lalu.
Ini adalah jauh lebih rendah daripada wawancara dengan sepupu Najib, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein yang mencatat 487,000 penonton pada Selasa 12 Januari. Difahamkan "Soaljawab" dengan menteri ini ditayangkan Selasa kerana beliau tidak sempat datang pada hari Isnin.
Sumber itu memberitahu "rating" yang dicatatkan bagi rancangan ini pada slot perdana amatlah mengecewakan. Lazimnya pada slot jam 10 hingga 11 malam "rating" yang dapat dipungut oleh TV3 ialah sekitar 1.5 juta hingga 2 juta penonton.
Yang pasti program "Soal Jawab" dilihat sebagai satu program propaganda politik dan ini menjengkelkan penonton kerana kandungannya kebanyakannya adalah dari sudut Kerajaan sahaja.
Sumber itu memberitahu bahawa apabila Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulfkifli Nordin dijemput untuk bualbicara, "rating"nya ialah jauh lebih baik daripada siaran yang menampilkan Najib. Difahamkan wawancara Zulkifli mencatat 438,000 penonton.
Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar berkata, wawancara dengan Perdana Menteri itu tidak mendapat sambutan kerana Najib tidak mempunyai kewibawaan dan kredibiliti di mata rakyat, malah dalam partinya sendiri.
"Keadaan itu menunjukkan bahawa masyarakat tidak dapat menerima dan ia merupakan satu protes secara jelas terhadap kepimpinan Najib. Ahli Umno sendiri yang dikatakan mempunyai keahlian lebih 2 juta tidak mengikuti rancangan itu,"katanya.
"Perkara ini sangat mengejutkan dan sekiranya perkembangan ini berterusan, ia akan membawa kepada satu lagi "grand design" untuk menjatuhkan Najib sepertimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah (mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi)apabila popularitinya jatuh merudum dan merosot teruk,"katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, rancangan soal jawab itu tidak menjurus kepada soalan-soalan asas mengenai Najib iaitu kredibiliti beliau dan hubung kaitnya dengan pelbagai skandal.
"Rakyat tidak yakin beliau sebagai perdana menteri kerana sehingga sekarang beliau tidak boleh membersihkan dirinya dengan pelbagai skandal dan tuduhan jenayah yang dihadapi beliau. Kita tidak tuduh beliau membunuh Altantuya, tetapi sehingga kini Najib tidak menafikan dan seolah ingin melindungi jenayah itu," katanya.
Menurutnya, kredibiliti Najib telah musnah teruk kerana dikaitkan dengan pelbagai skandal termasuk rasuah dalam pembelian kapal selam dan kehilangan enjin pesawat TUDM.
Mutakhir ini TV3 berusaha menerbitkan program yang boleh memperbaiki imej pemimpin kerajaan, terutama Perdana Menteri. Antaranya termasuk "Terubok Masin untuk PM".
Ahad lalu sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, TV3 menyiarkan slot wawancara Najib dengan kanak-kanak yang berlakon sebagai wartawan dan penyampai berita.
"Ini adalah cara terdesak TV3 untuk mengampu Najib. Dan Najib yang tidak ada modal ikutkan sahaja. Walhal itu adalah eksploitasi kanak-kanak untuk mengiklankan betapa peramahnya Najib dengan generasi muda," kata Johari.
Di peringkat sekolah pula, ada syarikat separa kerajaan menganjurkan pertandingan menulis "Warkah untuk PM" bagi membuat Najib dan rakyat umumnya berasa generasi muda amat kagum dengan anak bekas Perdana Menteri Malaysia kedua itu.
21 comments:
Mat Monggol ni memang manusia yang tak berguna pada rakyat malaysia. Dia dibesarkan dengan nasi disuapkan kemulutnya, maka tak hairanlah dia ni manusia lembik yang tidak sehebat Ku Li, Anwar, TGNA dan LKS.
Manusia yang bebal, syok sendiri hatta tiada ilmu agama untuk memimpin umat islam dan rakyat malaysia dalam negara ini.
Dia mesti ingat segala perbuatannya selama ini pada rakyat yang merampas hak rakyat akan di hukum oleh rakyat di masa akan datang sekiranya masih dia tidak mahu berudur secara jantan. Rakyat pasti menghalaunya dan menghumban dia dalam penjara sekiranya tabiat buruknya seperti skandal Altantuya dia tak berani berhadapan dengan rakyat.
Salam Sahabat
Mohon link blog saya sahabat. Saya ikut blog sahabat dah lama dah. Blog sahabat pun saya dah link lama. Mohon pertimbangan dari sahabat. Syukran
riwayat politik najib pun dah sampai kepenghujung ke?
salam tuan...mohon link blog saya.. saya dah follow blog tuan lama...harap dpt lah kita bersaudara..tq
kite pilih yg mane lebih baik dari yg baik2 or yg lebih baik dari yg buruk2..
sorry la anwar, sorry la nik ajis..anda tidak qualify mentadbir negara..
nik ajis ntah satu hampas tau pasal ekonomi..yg dia tau hudud2 versi pas..nak jugak aku dgr dia wat ceramah pasal ekonomi dunia, pasaran modal, technology etc..yg dia tau..UMNO rasuah..DAP khalifah..haaa..ckp pasal royalti minyak dia tau..
anwar?..pergh kalu cite bab2 ekonomi mcm satu dewan bleh runtuh..tp, nasib baik Malaysia tak tergadai dari anasir2 soros yg ingin lihat Malaysia mengikut telunjuk US..tak dapat masuk melalui sistem kewangan and ekonomi, dia anto duit juta2 suh wat huru hara kat Malaysia ni..pencacai PR kata bebas anwar, bebas anwar..Soros tergelak je tgk ape ke bodoh PR ni sbnarnya..
anti-firaun..
ekonomi ala najib=peras wang rkyt, tp sedekah kt org kaya.. hahahaha.. tk gitu anon bodoh 10.02.
Bajet di potong, gaji di kurangkn, GST di perkenalkn. Tu pn nsb baik dia tangguh letrik & petrol. Tp org yg kaya trs kaya. Pendapatan 10 org kaya M'sia trs meningkat. Pndptan rkyt merudum. Nk lg cerdik, cukai buggy golf plak di hapuskan.. hahahaha.. Tkpela anon 10.02, mayb ko tu Kedi Golf kot. Tu yg tk mrh. hahahaha..
Podah..........................................................................................................
.....................................
.....................................
........................pAkaTaN rOSaK
anon 10.36am
hangpa ni kan..adoi la..hang pi tgk org2 yg top kaya tu..ape beza ngan hang..
bezanya, diorg tu pandai dan rajin berusaha..pandai berniaga, otak tip top, guna akal buat duit..hang ingat diorg dok goyang kaki ke nak jadi kaya..
diorg kaya pun sbb ko gak..tp kau pun naik kapal terbang dia, kau simpan duit kat bank dia, kau pakai line tepon dia, kau subscribe astro..berjudi kat kasino dia..tp hang ape ada? hang ingat diorg goyang kaki cam hang, cuma bezanya diorg goyang kaki tp dapat duit rasuah? sempit betul PR ni..
ni la dia PR, jeles tgk org kaya sikit..berusahala woi..dulu gomen sediakan skolah hang lari ponteng nyuruk bawah jambatan..da besar mintak sedekah (wang royalti) org tak bagi hang marah..aku tau pun nak rase jadi kaye jugak kan? so hang berusaha la, blajar rajin2, tingkatkan segala ilmu, asyik dgr ceramah politik aje mmg hang tang lagu tu la memanjang..
anti-firaun..
takbirr!!
anon 10.53
hang lagi sempit pemikiran anti-firaun woii
yg umngok nk bagik cukai free kt keter golf buat bengong aper
yg dah kaya tu pandai2 laa tanggung sendiri
kan dah kaya
cukai kereta luar tk pulak nk turun
ingat org malaysia nk pakai keter golf pegi kerja kerrr
pakat2 kita beli keter golf sumer
kahkahkah
BERANI KA SI NAJIB TU NAK MELAWAT MONGGOLIA?
anti-firaun..
Usaha kpale hotak hang. Diorg jd kaya sbb dasar monopoli yg dibnrkan oleh kerajaan. Ananda krishnan, Raja Gula, hang igt blh idup klu tnpa dasar monopoli? Bongok pemikiran org UMNO ni. hang pi tgk ape kejadah yg jd kt usahawan Melayu yg hang dok perjuang tu.
Dlm 30 org kaya kt M'sia, bp org Melayu yg ade? Pelik kn, UMNO dok bersggh2 perjuang org Melayu, tp Melayu yg kaya kt M'sia ni ade 2-3 org aje.. hahahaha... Ko ni anti-firaun, skdr pencacai 50 hinggit aje ke? Klu ko tu sdri bkn org yg berjaya, tk usah nk sembang kencang. Hang sembang kencang tp merempat kt negara sdri.
Stesen TV kena adakan lebih banyak lagi program macam "Soal Jawab" ni. Bukan apa, biasalah kalau rating kurang, sebab tak ramai yang minat menonton program politik.
Yang saya lebih khuatir sekarang adalah PKR yang kehilangan taring.
Tengoklah, Hindraf sendiri pun dah "putus kasih" dengan PR. Pada 2008, bukan main lagi nak perjuangkan kaum India. Tapi, bila dah masuk 2010, janji2 byk yang tak ditunaikan.
Macam mana ni?
Nak popular jadilah artis.. Tak yah jadi PM. PM itu satu amanah.
SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT...
SOKONG PASberg ANDA SESAT DEK WALI BLACK FOREST FRUIT OTAK TERSUMBAT DAN ULAR..MAK BONGOK BERTINGKAT...
TAKEBEER..TAKEBEER..TAKEBEER..
SETEGUK RASA BAGAI DI SYORGA....
ANDA MARAH... JANGAN MARAH...
NANTI TAK DAPAT TIKET KA SYORGA UNTUK SEISI KELUARGA...
anti-firaun bongok ??
ni haramjadah mana pulak dok kempen minum beer kat sini..
Hindraf, Makkal Sakti, MUIP, MIC, IPF, PPP, Buah Pala.....hangpa pi caya kat kumpulan black forest cake nie, hangpa dah gila kah!!!
Try pi main tepi ular, ular pun boleh patuk kat hangpa.....
salam sedara semo,aku oghe kelate,la ni dok di kedah.Nik Aziz x tau pa,yg dia tau hudud masa nk ngundi...pa ni jual agama ko...kalau nk kira serban,org jahiliah punpakai serban..
Anon 2:37am
Kebulur sangat ke ngko ni kat kelantan sampai kena duduk kedah lak.
Gini la bro, dari mata kasar memang tak nampak sangat lah Nik Aziz ni hebatkan tapi adalah kemajuan yang dibawanya kan. kalau tak de langsung fitnah namanya tu ramai la orang kelantan kebulur kat sana.
Kalau kita renung dalam-dalam selain tak kebulurnya rakyat kelantan, arah kebaikan yang dia cuba terapkan untuk semua walaupun ada yang kata dia sesat. Yang sesat bukan dia tapi kita sebab fitrahnya manusia akan melakukan kesilapan maka ambil yang baik buang yang tak baik. Senangkan..?
Lagi satu, cuba anon 2:37 tanya kat najib ada tak peruntukkan untuk negara kelantan seperti negeri-negeri BN dapat?
Tima Kacih
anwar?..pergh kalu cite bab2 ekonomi mcm satu dewan bleh runtuh..tp, nasib baik Malaysia tak tergadai dari anasir2 soros yg ingin lihat Malaysia mengikut telunjuk US..tak dapat masuk melalui sistem kewangan and ekonomi, dia anto duit juta2 suh wat huru hara kat Malaysia ni..pencacai PR kata bebas anwar, bebas anwar..Soros tergelak je tgk ape ke bodoh PR ni sbnarnya..
anti-firaun..
-----------------------------------
satu lagi statement minda kelas ketiga dari anti-firaun... ko ape citer ni bai???? ko cuba mintak ng yen yen statistik rakyat asing yg ada aset atau second house dlm malaysia ni. foreigner ni digalakkan beli aset dlm negara atas alasan kemajuan pelancongan...ko cuba bagi tau aku berapa banyak dah anwar gadaikan harta datok nenek moyang ko mcm ng yen yen ko tu....melayu umno memang mudah lupa...ha...ha...ha...
anti-dajjal
utk anon 2.37pm. satu yg ko lupa sbb melayu umno memang mudah lupa..negeri kelantan adalah antara negeri pembayar hutang pada kerjaan perseketuan yg paling baik. ni disahkan sendiri oleh kerajaan persekutuan. ko tengok pulak ranking negeri termiskin dlm malaysia. sepuluh tahun dulu kelantan ranking nbr berapa sekarang ni kat level mana pulak?? bagi aku pandai jugak TGNA urus dan kira duit berbanding dgn pemimpin umno yg berhutang berjuta2 masa pilihanraya smpai kena saman pastu sampai sekarang pun x settle lg...mmm..mmm..melayu umno memang mudah lupa.
anti-dajjal
Post a Comment