"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, May 31, 2010

LL4G: 16 Syahid, lebih 30 Cedera - Kapal Dirampas Zionis

(12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.

Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada di atas kapal dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/

5 comments:

broooo... said...

pertama sekali takziah kepada yang aktivis terkorban serta keluarga... moga2 roh mereka diterima sebagai SHAHID...

tahniah juga kepada umno kerana telah berjaya bersekongkol dgn rejim zionis apco!!!!

Anonymous said...

Umco dakde kata apa2 pun? Malah sengap sunyi. Itulah wajah umco sebenarnya. Sebelah kanan umco mendakwa membantu orang palestine dengan bantuan makanan dan ubatan, tapi tangan kiri sanggup sembelih mereka.
Tengoklah apa yang telah berlaku di Bosnia. Same juge. Perkara tu tak mustahil berlaku di Malaysia. Inilah akibatnya bile terlalu banyak bangsa paria melayu yang dah jadi munafiq. Mengaku saja islam, tapi sekongkol dengan yahudi laknat. Malaysia adalah negara yang menjadi target yahudi, seperti mana palestin. Oleh itu bagi menggelakkan benda ini dari berlaku di negara ini, patut umat islam di Malaysia menolak parti umco.
Kerana di dalam hadis hadis rasullulah telah menyatakan dengan terang lagi bersuluh bahawa perjuangan atas nama kaum dan puak2 itu bukanlah dari umatnya dan dipandang hina. Marilah berjuang atas nama islam kerana bukti sudah nyata apabila sesuatu kaum berjuang atas nama bangsanya mereka akan di hina oleh Allah s.w.t di muka bumi ini seperti yang berlaku di palestin. Adakah palestin berjuang atas nama islam atau berjuang atas nama penduduk bangsa palestin?Ini adalah bukti nyata yang kaum palestin dan melayu akan menerima padah yang sama.

Anonymous said...

ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR..Yahudi laknatullah musuh Islam..Marilah bersatu wahai umat Islam dari seluruh dunia..Sesungguhnya amat beruntunglah umat Islam yang mati syahid..Alhamdulillah..Kebahagiaan yang syuhada dapat diakhirat berjuta kali ganda nikmat jika dibandingkan dengan sedikit nikmat dunia yang sentiasa direbut oleh manusia yang cintakan dunia..

I help you, you help me wakakaka... said...

Berita yang amat mendukacitakan bila konvoi kemanusiaan misi ke Paletine diserang dan mengakibatkan kematian.

Perlu kita marah kaum yahudi atau pemuka yahudi?

Pada pendapat aku kaum yahudi adalah tetap yahudi sebab itulah Hitler telah mengganyang kaum yahudi semahu-mahunya.

Yang kejinya adalah menjadi pemuka yahudi seperti Singapura dan terbaru pemimpin Malaysia yang memberi imbuhan berjuta ringgit kononnya ingin mempertingkatkan kualiti pentadbiran tetapi RINGGIT yang mereka labiurkan itu menjadi modal bagi mereka membunuh saudara Islam kita.

Mari kita lihat berapa ramai dari pejuang Islam dari golongan Umno bangkit mengantikan tempat mereka yang telah terkorban.

ADHA BRANI KAA PEMUKA YAHUDI MALAYSIA

joehan said...

perghhh..bdk wakakakaka ni buat lawak bodo lagi...misi hantar bantuan dari malaysia ni bwh org umno la..iaitu tun mahathir muhamad..selaku presiden pgpo..tp org2 bn xpernah pon nk politikkn sbb ni psl kemanusiaan..korang org2 pr yg xde sumbngn ni xpyh la menyalak cm anjing kurap..kalo ade sumbngan bgs la..tp xpyh la politikkn..masing2 cm anjing kurap..menyalak2..pkir la plak ape sumbngn korang..so mn komen2 dr nuar juburi,pok nik n dap..kate hero sgt..malaysia dh kuar kenyataan rasmi pon..tp pr punye mn?