"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, January 22, 2012

Dimana Suara Mahasiswa/wi Dalam Pakatan Rakyat..?

Reactions: 
Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...


Hari ni boleh dikatakan hampir semua rakyat Negara 1Malaysia kenal dan tahu siapa itu Adam Adli. Nama anak muda ini naik mendadak selepas dia dengan secara spontan menurunkan Bendera dengan Gambar Perdana Menteri 1Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Razak dihadapan Bangunan Putra Trade World Centre (PWTC).

Adam Adli dengan Perjuangan Mahasiswa/wi pro-Perubahan menuntut antaranya supaya AUKU dimansuhkan dan apa yang lebih penting, beliau Mengetuai Sekumpulan Mahasiswa/wi berjuang dan menuntut Kebebasan Akademik melalui apa yang digelarkan oleh Beliau dan rakan-rakannya sebagai "Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik" atau BEBAS.

Gua tak nak bincang tentang apa yang diperjuangkan oleh Adam Adli sebab itu adalah Perjuangan Beliau dan rakan-rakan beliau yang perlu kita hormati dan hanya boleh kita bincangkan kalau kita faham apa yang terkandung dalam Memorandum yang Beliau usung setiap masa kehulu dan kehilir. Masa Adam Adli dan rakan-rakan beliau berkunjung ke Kota Bharu kelmarin, gua cuma sempat tengok je Memorandum tu tanpa sempat membaca kandungannya. Jadi gua tak boleh nak ulas apa-apa.

Gua lebih berminat untuk membincangkan soal "kemana perjuangan Adam Adli" selepas ini. Politik di Negara 1Malaysia ada banyak musim. Isu-isu yang datang tak pernah kekal lama dalam kepala otak rakyat 1Malaysia - hangat-hangat taik ayam - Ungkapan yang lebih tepat.

Kebanyakan isu dimainkan oleh Parti-Parti Politik mengikut musim. Musim Kapal Selam, C4, Atlantuya, Scorpene, KY Jelly, Syabas, Kampung Baru, Kristianisasi, Pasir, Babi, Arak, Judi Bola, Bersih, Undi Pos, Tanjung Pagar, Rasuah dan lain-lain kejap timbul kejap tenggelam.

Hari ni Parti Politik Pembangkang Negara 1Malaysia mengangkat isu Adam Adli secara agak songsang.

Gua sebut "songsang" sebab Mahasiswa/wi sebagai "Hero/Heroin" pada masa ini sebab pada pandangan gua hanya sekadar untuk meraih "Populariti". Lepas ni Mahasiswa/wi akan bergerak secara "Underground" kembali lepas isu ni reda dan "Hero/Heroin" ini akan diangkat kembali apabila hampir tarikh Pilihanraya akan datang.

Komitmen Pakatan Rakyat dalam membantu Mahasiswa/wi hanya untuk meraih sokongan dan "Undi" dalam kotak mengundi dalam Pilihanraya akan datang dan "target"nya hanya untuk Pakatan Rakyat menang dalam Pilihanraya dengan "Bantuan" Mahasiswa/wi yang dalam tempoh berkempen, "diangkat menjadi Hero/Heroin".

Kali terakhir "suara Mahasiswa/wi" diangkat menjadi "Menifesto Pilihanraya" ialah pada tahun 1969 dan akibatnya, Parti Melayu terbesar 1Malaysia hampir kehilangan suara Majoriti dalam Dewan tetapi Tragedi 13 Mei menyelamatkan keadaan.

Selepas itu dan seterusnya, suara Mahasiswa/wi hanya diangkat didalam tempoh Kempen Pilihanraya, setiap kali Pilihanraya akan ditampilkan Hero-Hero dan Heroin-Heroin dikalangan Mahasiswa/wi oleh Parti Politik dengan tujuan mendapatkan undi dalam Pilihanraya. Habis Pilihanraya, Mahasiswa/wi terpaksa bergerak secara "underground", berjuang sesama mereka dalam dunia mereka, dalam pagar IPT-IPT dan Universiti-Universiti 1Malaysia.

Pro-Mahasiswa sendirian berlawan dengan pro-Aspirasi yang dibantu oleh Penguasa-Penguasa dalam HEP yang juga bertulang belakangkan UMNO/BN. Sampai sekarang masalah mereka tak selesai-selesai.

Sampai bila Mahasiswa/wi mahu dipergunakan oleh Parti Politik untuk menagih "undi percuma simpatism" dalam Pilihanraya..?

Apa rancangan Pakatan Rakyat selepas ini untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13..? Masih dengan "modal lama" mempergunakan para Mahasiswa/wi untuk mendapatkan "Undi Dalam Kotak" dalam Pilihanraya, menang kemudian pinggirkan Mahasiswa/wi ini macam yang biasa dibuat sejak dulu..?

Gua cadangkan supaya Pakatan Rakyat buat perubahan drastik dalam hal ni.Pakatan Rakyat WAJIB memberi ruang yang lebih luas kepada "Bakal-Bakal Pemimpin masa depan Negara 1Malaysia.

Kena ada 1 wakil di pihak Pakatan Rakyat yang bertindak mengutip suara-suara Mahasiswa/wi, Pakatan Rakyat WAJIB tahu apa Tuntutan-Tuntutan dari Mahasiswa/wi yang dah lama tak pernah dipedulikan oleh mana-mana pihak terutamanya Pihak KERAjaan Negara 1Malaysia.

Pakatan Rakyat perlu tahu bahawa Mahasiswa/wi berjuang bukan semata-mata untuk menuntut supaya AUKU dimansuhkan, Mahasiswa/wi tidak sekadar menuntut supaya PTPTN dimansuhkan dan Hak untuk mendapatkan Biasiswa diberikan semula kepada mereka. Banyak lagi perkara-perkara lain yang lebih penting diperjuangkan oleh para Mahasiswa/wi tetapi tak pernah diambil kisah oleh mana-mana Parti Politik sebab "mungkin" pada Parti Politik - "its none valuable for a politician".

Setiap Negeri dalam 1Malaysia ada "Dewan Pemuda PAS", "Angkatan Muda KeADILan" dan ada "Pemuda Sosialis DAP"... Leader-leader Pemuda Pakatan Rakyat Negeri-Negeri boleh bergerak sendiri adakan perjumpaan dengan Leader-leader Mahasiswa/wi, dapatkan suara-suara dan tuntutan-tuntutan mereka, bincangkan secara mendalam kemudian pada peringkat akhir, boleh kenal-pasti kepentingan tertinggi dalam suara-suara dan tuntutan-tuntutan tersebut yang layak dibawak keperingkat tertinggi dan dijadikan antara "Menifesto Pakatan Rakyat" untuk Pilhanraya Umum ke-13.

Gua dah bosan dengan strategi Politikus yang setiap kali datang Pilihanraya akan "Menawarkan Gula-Gula" Pilihanraya yang pada dasarnya gua fikir ianya tidak dinikmati oleh semua rakyat Negara 1Malaysia terutamanya adik-adik gua yang bergelar Mahasiswa/wi.

"A Good Government is the 1 that can listen and ready to give what their citizen needs". Tak perlu penuhi semua tuntutan-tuntutan sebab sebagai Rakyat yang Cerdik dan Berakal, kita sedia maklum bahawa tidak akan ada mana-mana Kerajaan didunia ini yang sempurna 100% tetapi sekurang-kurangnya, cubalah untuk wujudkan sebuah Kerajaan yang benar-benar "Memenuhi kehendak, keperluan dan kebajikan rakyat", tidak seperti KERAjaan yang ada sekarang yang hanya pandai berslogan - "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Apa yang didahulukan..?
Apa yang diutamakan..?

Tak salah rasanya kalau kita beri peluang kepada adik-adik mahasiswa/wi kita membentuk sendiri Negara 1Malaysia mengikut kehendak dan keperluan mereka. Gua rasa mereka lebih tahu apa yang mereka perlukan dan apa yang mereka tidak perlukan.


24 comments:

Anonymous said...

1.Siannnn!!masa di U dok guna akai dikepala lutut!
2.bila keluaq U!!dok melalak minta kerja dengan umno!!
3.nak harap pas!pkr!dap nak bantu!!jangan harapla!!tenguk saja apa terjadi kepada bekas ketua -ketua mahasiswa pro pembangkang yang lepas-lepas!habuk pun takdak!!

Anonymous said...

dia orang (pelajar)main aci aci sambil koir '....buah cempedak di luar pagar...ambil galah tolon jolokan....' ake ake tak suruh curi uah he he

Anonymous said...

alamak jambu nya gambar si adam

patut dijadikan persembahan kepada Sheikh Anu War Al Juburi untuk disontot ..

Al Juburi tentu meleleh air mazi bila tengok gambar adam ni ..

Anonymous said...

mesej yang simple:

Adam Adli adalah budak suruhan Anwar
Ibrahim. Noktah.


Atas pagar sila maklum.

tungkaran hati said...

kebanyakkan Mahasiswa/wi sekarang besar lagak sahaja....!

PAShit said...

di petik dari Waadah perjuangan,

7 DALIL KENAPA PAS BUKAN PARTI ISLAM

FAKTA 1 : PAS DIKUASAI ANWAR IBRAHIM

Hasan mendakwa Pas yang kini dikuasai lebih 70 peratus kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah tersasar daripada perjuangan asal semata-mata demi kuasa politik

FAKTA 2 : PAS GADAI ISLAM DAN ALLAH DEMI KUASA

Sebagai buktinya, dedah beliau, beberapa hari sebelum dipecat, seorang wakil Pas Pusat datang menemuinya dan meminta agar segala penguatkuasaan bagi mencegah kemungkaran di Selangor, dikurangkan kerana khuatir ia menjejas sokongan terhadap pembangkang.

“Datanglah wakil Pas Pusat bertemu dengan saya, suruh saya kurangkan operasi dan penguatkuasaan (cegah maksiat). Apa dia kata, dia kata yang penting Dr. Hasan, kita kena tawan Putrajaya dulu. Ini orang Pas yang bercakap, masya-Allah... lillahitaala, itulah bahasanya.

FAKTA 3:PAS DAN PAKATAN TIDAK MAMPU SEBAR DAN TINGGIKAN SYIAR ISLAM

“Di Selangor ini yang Menteri Besar orang Islam, Exco kerajaan negeri (terdiri) lima orang Islam dan Exco agama juga orang Islam pun tak boleh nak dilaksanakan tindakan mencegah kemungkaran, apa yang kita (Pas) boleh buat kalau kita tawan Putrajaya?

“Saya tidak kata Putrajaya itu tidak penting tetapi jangan sampai gadai agama. Perintah Allah kita junjung, keinginan manusia kita kelek (usung) bukan sebaliknya seperti Pas hari ini. Keinginan siapa? Keinginan seorang rakyat Malaysia yang terlalu nak jadi Perdana Menteri,” katanya.

FAKTA 4: PAS "BERTOLAK ANSUR" DAN RELA UMMAH DIMURTADKAN

Hasan yang juga bekas Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu juga mendedahkan seorang personaliti Pas Selangor telah menasihatkan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. supaya jangan bercakap soal gerakan Kristian.

Katanya, nasihat tersebut dibuat ketika Hasan Basri dan personaliti berkenaan berceramah di pentas yang sama beberapa bulan lalu dan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor itu dikehendaki bercakap mengenai demonstrasi Bersih 3 serta perlu memuji Datuk S. Ambiga.

FAKTA 5: PAS TAKUTKAN DAP BERBANDING HUKUM ALLAH SWT

Dalam pada itu, Hasan memberitahu, pemecatan beliau daripada Pas disebabkan ‘dosanya’ menyekat penjualan arak menyekat orang berjudi di Selangor serta tegas menyatakan yang benar itu benar, yang batil itu batil, adalah sesuatu dibenci oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

FAKTA 6 : TIADA DEMOKRASI DALAM PAS, SIAPA TEGUR KENA PECAT WALAU PERJUANG ISLAM

“Saya dipecat tanpa ada pertuduhan bertulis sedangkan mengikut perlembagaan parti ia wajib. Saya juga tidak diberi ruang walau seminit untuk membela diri dan inilah kali pertama dalam sejarah Pas, parti ini begitu drastik mahu memecat saya hanya kerana tekanan DAP dan PKR.

“Kesalahan saya bukan mencuri; bukan merompak; bukan menggugat kepimpinan parti dan bukan isu moral. Saya tak meliwat orang, kesalahan saya bukan kerana gila kuasa, kesalahan saya kerana melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah di Selangor.

FAKTA 7 : PAS RELA GADAI MASA DEPAN MAHASISWA/I DEMI BELA PELIWAT ANWAR IBRAHIM

“Salah saya kerana membuat ulasan bukan mengenai Pas tapi mengenai Anwar hanya kerana tidak setuju demonstrasi 9 Januari. Isu mahkamah itu masalah peribadi, kenapa harus dibabit dengan rakyat dan mahasiswa yang ketika itu peperiksaan sedang berlangsung,”

SILA JAWAB SESIAPA YANG BERANI NAK MENEGAKKAN BENANG BASAH...HAKIKATNYA PAS CAKAP LAIN BUAT LAIN! CIRI CIRI HIPOKRIT!

PAShit

Anonymous said...

Gua pun mau kasi komen simple punya~ persoalan, antara BN(UMNO) dan PR(PAS) mana satu hangpa rasa parti berasaskan islam? kalau hangpa kata UMNO, senget la hangpa. sudah terang lagi bersuluh, parti mana yang kaum hawanya tak pakai tudung? tang situ UMNO dah kantoi da~~ Menutup aurat tu satu benda wajib atas kaum hawa. tak pernah gua dengar "menutup aurat tu benda wajib kecuali jambul wanita kat depan kepala."(pikir sendri la siapa mereka). itu belum masuk lagi larangan2 dalam hadith Rasulullah terhadap wanita.. gua tengok, semua ada kat UMNO. haha.. okay, itu first.. second thing, hangpa tau tak DS Anwar Ibrahim dah berapa kali kena fitnah benda2 tu? dan berapa kali dia terlepas? macamne ye dia terlepas? hangpa rasa dia sogok hakim tak? kan kan? hahah.. buang masa dan duit dia ja. kalau orang tu dah betol, takleh buat pa la~ huhu.. gua tak sokong mana2. cuma gua tengok UMNO buat lebih banyak slek dari PAS so gua rasa PAS tu yang betul. wallahua'lam.. kalau admin nak delete post gua, ske ati la.. tapi elok kasi simpan, biar kita dapat share lagi banyak ilmu. ^_^

bon said...

7 DALIL PAS PARTI BUKAN ISLAM?

Kahkahkahkahkah...Tadika Kemas cawangan kampung mana ko belajar tuh?

Yang menunjukkan Islam tak Islam nya bukan PARTI tapi individu. Adalah baik kita mulakan dengan AKHLAK. Sebabnya akhlak lah yang membentuk jati diri,akhlak juga lah yang menghalang manusia dari berbuat dosa atau bermain main di 'pesisir pantai dosa', kalau pun tidak terus ke tengah lauuuut...

AKHLAK Nik Aziz...Akhlak Ulama bhai...di kelilingi oleh org2/pemimpin2 yg baik juga akhlaknya.

For sure dalam PAS mesti ada yg akhlak tak baik (kalau tak, tak femes la hassan ali ye dak?)....

Kalau Najib..sapa yg kelilingi dia? Ha soalan bernas tuh..yg kelilingi dia (selain Sami dari India) ialah org2 akhlak'terpuji' macam Rais Yatim (kes amah), Awang Adek (Terima rasuah tiap bulan selama berapa tahun?),Menteri Agama (Salahguna al songlap duit zakat lah ente tau ka zakat lah...) dan pergh ramai la lagi..(sorry tak include Ibrahim Ali sebab ini kategori politikus hampeh bukan sarkis...)

Najib gah dengan isteri buka aurat, anak buka aurat, anak jantan si ashman yang kaki botol (sila google image yer)..Bini dia? er...Najib ada bini ke?setau aku dia ada suami..har har har..

Jadi tolong la Dumno...toksah lah senaraikan dalil2 tak laku itu...kalau ya pun gigih nak jadi cybertrooper yg berjaya dan bergaya, sekurang kurangnya jadilah cyberchachai yang berILMU!

Anonymous said...

ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...PRU13 MESTI DAH TERLALU HAMPIR. VERY DER RAMAI GILE YANG MENGGELABAH TAKUT RAKYAT RAMPAS KUASA......

Anonymous said...

kita dah baca 7 dalil untuk PAS.... Cuba sedara kite tu bagi 7 dalil untuk UMNO plk...

Anonymous said...

Lynas: Pertelagahan Khalid Samad & Dr. Che Rosli

OLEH: SUHAIZAR ISMAIL

SILAPNYA mengadakan sidang media bersama 2 Ahli Parlimen PAS yang diketahui dari latar belakang pendidikan berbeza untuk bercakap tentang kontroversi yang timbul lanjutan dari kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melindungi keselamatan Israel jika Pakatan haram pembangkang berjaya menjadi pemerintah.

Inilah yang berlaku semalam di Shah Alam membabitkan YB Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan YB Dr. Che Rosli Che Mat (PAS-Hulu Langat).

Sudahlah dalam sidang media sama Khalid Samad mengeluarkan kenyataan kontroversi untuk bekerjasama dengan BN dalam soal Palestin-Israel, kesempatan itu turut diambil oleh pihak media untuk bertanyakan pandangan Dr. Che Rosli berhubung Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah operasi kilang Lynas, yang akan diadakan pada 26 Februari (Ahad) di Kuantan, Pahang.

Menurut Dr Che Rosli, kilang tersebut adalah selamat untuk beroperasi di Malaysia – kata-kata yang keluar dari mulut seorang pakar sains nuklear sebelum menceburkan diri ke dalam politik melalui parti PAS.

Kenyataan Dr. Che Rosli ibarat halalintar yang berdentum kuat di telinga Khalid Samad dan tindak balas serta mertanya ialah mengeluarkan kenyataan yang bersifat polemik politik, bukannya akademik. Kata Khalid, kenyataan Dr. Che Rosli adalah pandangan peribadinya, bukan pandangan rasmi oleh Pakatan Rakyat.


Sedangkan isu Lynas ini adalah 100% bersifat akademik, tiada yang politik.

Justifikasi penulis, bagaimana isu-isu berkaitan tahap pelepasan bahan radioaktif dan pendedahan sinaran merbahaya kepada persekitaran manusia yang melingkari kontroversi pengoperasian kilang Lynas di Malaysia ini boleh dijelaskan dalam konteks politik? Sudah tentu untuk mencari jawapan kepada semua persoalan yang timbul, kita perlu melihat isu ini dari sudut akademik.

Jika seorang yang ahli dalam bidang tersebut seperti Dr. Che Rosli sendiri sudah mengatakan bahawa kilang Lynas tidak mendatangkan ancaman radiasi mahupun kesan radioaktif merbahaya kepada penduduk sekitar, ia perlulah diterima oleh mereka yang bukan ahli, melainkan ada orang setaraf dengan Dr. Che Rosli yang hadir dengan pandangan menyanggah.

Masalahnya sekarang, tidak ada seorang pun pakar nuklear dalam dan luar negara yang mampu menyokong fakta oleh kumpulan penentang Lynas (termasuk dari IAEA) yang mengatakan kilang tersebut mampu mendatangkan bahaya kepada penduduk.

Semua ini menguatkan fakta bahawa kilang Lynas adalah selamat dan penduduk sekitar tidak ada sebab untuk bimbang. Yang menjadi masalah ialah bila parti politik pembangkang, mengambil kesempatan dari isu ini untuk kepentingan parti masing-masing dan pihak-pihak asing yang mungkin berkepentingan.

Penulis dengan ini menggesa penduduk Kuantan, janganlah kita mudah terpedaya dengan semua penipuan yang dibuat oleh pihak penentang Lynas ini. Semua fakta saintifik dan logik menunjukkan kilang Lynas tidak merbahaya kepada manusia mahupun alam sekitar. Ia Cuma ‘merbahaya’ kepada parti pembangkang kerana cemburu dengan kejayaan kerajaan membawa masuk pelaburan asing bernilai berbilion ringgit (dalam kes Lynas ini sahaja) ke negara ini, disamping faktor pihak asing yang telah disebutkan di atas.

Namun perkara berkenaan, kata keluarganya tidak dipedulikan o

Anonymous said...

isk isk isk ...jambunya si adam ... patutlah anu Sheikh Anu War al juburi nampak ceria sejak kebelakangan ini .. kalau berceramah, dia melilau ke hulu ke hilir, mencari anak anak ikan yang boleh dipancing, maklumlah jawatan pembancuh kopi masih kosong tapi karipap banyak dan sedang panas ...jangan lupa password ...mokhtar !!

Hancur negara dan dunia, bila rakyat semuanya nak jadi pemerintah .. dulu ketua untuk dipatuhi dan dijadikan panduan, kini ketua dikatakan sebagai kuli rakyat ... ada akai ker??

Anonymous said...

.


























































































































































































































































































































.
































































































































































.

Anonymous said...

.


























































































































































































































































































































.
































































































































































.

Anonymous said...

.


























































































































































































































































































































.
































































































































































.

Anonymous said...

.


























































































































































































































































































































.
































































































































































.

Anonymous said...

.


























































































































































































































































































































.
































































































































































.

Alisha Residenc said...

Hello,
Anda boleh menukar pautan blog saya?
http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
Berterima kasih banyak

Alisha

Abang Sayang said...

Skandal NFC - Bukti Jelas Bahawa Wanita2 UMNO Bukan Ibu2 Yang 'berguna' kepada generasi baru..
1~http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=33143
2~http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65624


Transformasi Palsu - Generasi Muda Terengganu Generasi Terbodoh Sepanjang Zaman( Sumpah Aku Takkan Undi BN Walaupun Aku Ahli UMNO )
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155



Mahasiswa2 Malaysia Bodoh2 Dan Tolol2 ( Kejam Dan Teraniaya ).. Bodohnya Aku Kalau Aku Terus Berjuang Untuk UMNO
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa

anakmatkambing said...

kih,kih,kih.............rendahnya tahap pemikiran pencacai! tak ilmiah lansung.

Anonymous said...

xtahu la apa nak dikomen. Tetapi mahasiswa kat Malaysia ni agak mundur dan sempit pemikiran mereka.

Pelajaran memang KO.

Anonymous said...

1.dah sah!!blogg ni dah kena sumpah dek rosmah!!
2.kih!kih!kih!

Anonymous said...

http://warungbangnan.blogspot.com/2012/04/terlalu-banyak-kelemahan-pas-kedah.html

Anonymous said...

Spot the similar……. between:

http://1.bp.blogspot.com/-6KdgRpq8_RE/T5wtxGlnpkI/AAAAAAAAAAU/UfO8H0uGh4w/s320/1.JPG

and this….

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/216642_216545175027873_100000171754637_1031693_454925_n.jpg

Got something????