"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, June 23, 2012

"R" Untuk "Royalti" (bahagian 1)

Tanggal 12hb. Mei, 2012 lebih kurang jam 11:00 malam: 1 perbincangan kecil-kecilan yang dihadiri oleh 5 anak muda 4 darinya adalah anak jati Negeri Kelantan & 1 dari mereka adalah Perantau dari Negeri 9.

Perbincangan kecil-kecilan tersebut diadakan disebuah Restoran ditepi jalan sekitar Tawang berhampiran Pulau Melaka.

Hasil perbincangan tersebut telah menemui kata sepakat yang cukup jelas & gelombangnya telah berkembang & diterima dengan amat baik sekali oleh Warga Negeri Kelantan & juga sahabat-sahabat dari Luar Negeri Kelantan.

Logo "R" diperkenalkan kepada umum didalam Facebook sebaik sahaja perbincangan selesai secara "tidak jelas" dengan tujuan membiarkan orang ramai tertanya-tanya & ianya dibiarkan menjadi persoalan buat sementara waktu.

Itu strategi yang dipersetujui. Meninggalkan tanda-tanya akan menimbulkan lebih minat untuk "mengambil tahu" & "menyelidik" apa yang tersirat berbanding dengan terus menghidangkan santapan minda tanpa memberi cabaran kepada audience.

Warna Merah dipilih berdasarkan Warna Bendera Negeri Kelantan & Huruf "R" digunakan sebagai Logo sebagai simbolik kepada Tuntutan Royalti Minyak & Gas Negeri Kelantan selepas ianya dinafikan oleh pihak PETRONAS hasil campurtangan Politik "tangan-tangan ghaib" yang berkepentingan tetapi kekurangan daya berfikir.


"R" untuk "Royalti"

Tepat jam 12:00 tengah malam 19hb. Mei, 2012 bertempat di Bukit Jalil, "R" untuk "Royalti" dilancarkan secara rasmi. Kempen pertama mengumpul tandatangan Sokongan Tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak & Gas ke Negeri Kelantan diadakan ketika orang ramai bersesak-sesak ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan Perlawanan Akhir Bolasepak Piala FA antara Negeri Kelantan & Sime Darby.

5000 keping sticker "R" & 5000 keping sticker "Boikot PETRONAS" diedarkan secara percuma yang kepada orang ramai yang menandatangani Banner Tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak & Gas ke Negeri Kelantan habis sebelum jam 12:00 tengahari.

4 gulung Banner sepanjang 40 kaki dipenuhi dengan tandatangan para penyokong Bolasepak Negeri Kelantan & juga Penyokong Sime Darby.

Secara kasar 10,000 keping sticker habis diedarkan kepada orang ramai yang menandatangani Banner Tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak & Gas ke Negeri Kelantan & 10,000 tandatangan tersebut memenuhi segulung banner (depan & belakang) sepanjang 40 kaki. 4 gulung Banner penuh dengan tandatangan bermakna paling kurang 30,000 tandatangan berjaya dikumpul pada hari tersebut.


Paling tidak disangka-sangka ialah apabila Tan Sri Annuar Musa selaku Pengerusi KAFA juga turut menurunkan tandatangan beliau pada salah 1 Banner yang disediakan. Matlamat awal memisahkan sentimen "Politik Kepartian" dalam kempen "R" untuk "Royalti" berjaya dicapai.


Sebelah malamnya ketika Perlawanan Final Piala FA berlangsung, Bendera "R" bersaiz 16 x 16 kaki terbentang disebelah Score Board didalam Stadium Nasional Bukit Jalil & dapat dilihat oleh semua Penonton & Bendera "R" sekali-sekala terpapar dikaca television ketika Siaran Langsung bersiaran.

Para Facebooker mula mengupload gambar-gambar Bendera Raksaksa "R" yang diambil ketika Perlawanan Final Piala FA sedang berlangsung didalam Facebook masing-masing & kempen "R" untuk "Royalti" mula berkembang secara lebih luas hasil perkongsian sahabat-sahabat Maya pada malam tersebut & keesokan harinya lebih ramai Facebooker mula berkongsi gambar-gambar Kempen "R" untuk "Royalti".


Perjuangan Menuntut Royalti Negeri Kelantan berjaya dihangatkan kembali & diperluaskan lagi skopnya iaitu dari sudut Fokus Utama.

Kalau sebut "Tuntutan Royalti", ianya mungkin tidak lagi relevan bagi sesetengah pihak memandangkan "Tuntutan Royalti" Negeri Kelantan sekarang sedang dibicarakan didalam Mahkamah, tapi jangan kita lupa bahawa Negeri Kelantan yang kaya dengan Hasil Minyak & Gasnya mempunyai jumlah simpanan Gas yang sangat-sangat besar didalam Perut Bumi atau Lautannya.


Dilaporkan bahawa Perairan Negeri Kelantan mempunyai simpanan sekitar 13 Trillion kaki persegi Gas di dalam Perut Buminya tetapi dari jumlah itu, 1.5 juta Rakyat Negeri Kelantan tidak menikmati atau mendapat manfaat walau sedikit hatta setitik pun kekayaan Perut Buminya.

Royalti Negeri Kelantan dinafikan oleh PETRONAS sejak hari pertama Hasil Bumi Negeri Kelantan disedut keluar dari Perut Buminya & paling "CELAKA" ialah apabila segala Hasil Galian tersebut disalurkan terus dari Pelantar di lautan melalui paip sepanjang 260 kilometer ke Negara Jiran iaitu di Songkhla, Thailand kemudian disalurkan pula ke Gurun, Kedah juga melalui paip seolah-olah Negeri Kelantan tidak mempunyai Daratan untuk pendaratan Hasil Buminya.

Terbaru, paip sepanjang 300 kilometer bakal dibina bagi menyalurkan Hasil Bumi Negeri Kelantan ke Terengganu. Pada perkiraan PETRONAS, 300 kilometer lebih dekat berbanding 140 kilometer.

Rakyat Sabah mendapat Manfaat dari Pembayaran 5% Royalti & juga Pendaratan Hasil Buminya ke Kimanis, Rakyat Sarawak mendapat Manfaat dari Pembayaran 5% Royalti & juga Pendaratan Hasil Buminya ke Bintulu manakala Rakyat Terengganu juga menikmati Manfaat yang sama dengan Sabah & Sarawak iaitu Pembayaran 5% Royalti & Pendaratan Hasil Buminya di Kerteh.

Apa Manfaat yang dinikmati oleh Rakyat Kelantan atas perolehan Hasil Bumi yang sama dengan Sabah, Sarawak & Terengganu..?

Rakyat Kelantan Dapat "CELAKA"

"CELAKA" apakah yang menimpa Rakyat Negeri Kelantan sehinggakan ada "tangan-tangan ghaib" yang bertindak menafikan ke 2-2 hak yang sepatutnya dinikmati manfaatnya oleh Rakyat Negeri Kelantan..?

"CELAKA BESAR" namanya apabila Hak itu akhirnya dinikmati oleh Negara Jiran Thailand & juga Negeri Jiran Kedah. Rakyat Kelantan dapat apa..? Sehingga ke hari ini, Rakyat Negeri Kelantan hanya dapat menyumpah "CELAKA PETRONAS"..!


Mungkin Rakyat Kelantan perlu ajar PETRONAS dengan melancarkan Kempen "BOIKOT PETRONAS".

Bersambung...

No comments: