Oleh : Muhammad Yusri Amin | |
Tuesday, 15 July 2008 | |
KOTA BHARU, 14 Julai - PAS tidak akan merubah jalinan dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat termasuk KeADIlan dan DAP, malah mempertingkatkan lagi kerjasama sedia ada. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS tetap akan meneruskan kerjasama dengan KeADILan, biar pun pemimpin parti itu cuba dikaitkan dengan isu liwat. Menurutnya pihak lawan cuba mengeruhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat dengan melemparkan pelbagai tuduhan. Kata beliau Malaysia pernah dilabelkan sebagai sebuah negara Islam, namun kejadian jenayah semakin menjadi-jadi. "Bahkan istilah liwat disebut secara terbuka walau pun perkara itu belum pasti berlaku, namun acap kali disebut pemimpin kerajaan. Orang berkenaan sebenarnya tidak ada tokoh untuk menjadi ahli agama," katanya di sini. Beliau juga berkata, Umno, MCA dan MIC pun bergolak sesama mereka biar pun sudah lama berada dalam satu pakatan. Sementara itu, dalam perkembangan lain Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyarankan sekolah-sekolah agama di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (Yik) mengajar pelbagai bahasa. Menurutnya, pengajaran pelbagai bahasa penting bagi melengkapkan lagi usaha dakwah. "Seboleh-bolehnya di sekolah Yik diajar bahasa-bahasa yang menjadi pertuturan rakyat di negara ini termasuk bahasa Inggeris, Tamil dan Cina. |

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Tuesday, July 15, 2008
Kerjasama Pakatan Rakyat dipertingkat lagi - Mursyidul Am
DAP For All
Hi Malaysian,
This program was made possible by a volunteer doctor who lives in Subang Jaya. He came to my office right after the election and offered his assistance to serve the people alongside me. His wife, also a doctor joined the team as well. There were young medical graduates from Subang Jaya who were also part of the team.
We provided free random blood sugar and cholesterol test, free blood pressure check, body mass index measurement and height and weight test.
There was also a talk on cataract. The senior citizens living there received much from the talk. Remember the senior citizen mentioned in my blog titled "Enriching lives" who has an eye condition? We brought him to see the eye specialist here and I'm pleased to tell you that he will be given a free and thorough check-up by this doctor.
Monday, July 14, 2008
Kritikan Hadi pada Anwar, DAP
"Jangan buat sesuatu yang yang menimbulkan masalah kepada PAS (sebagai parti Pakatan Rakyat) dari luar dan dalam," kata satu sumber yang dekat dengan Dewan Pemuda.
Kata sumber, insiden-insiden yang boleh meresahkan PAS termasuklah keengganan wakil rakyat DAP memakai songkok dalam persidangan Dewan Undangan negeri Johor dan perbincangan berhubung soal kebebasan dan hak istimewa orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru.
klik [ sini ] untuk baca artikel penuh.
Update : Isu TKM 1 Pulau Pinang.
Lewat tengahari tadi ada kenalan yang terbaca berita tentang Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bersegera menelifon geng sekampungnya untuk pengesahan & maklum balas dari individu yang dihubungi MENGESAHKAN berita tersebut...
Walau bagaimanapun dinyatakan bahawa perletakan jawatan TKM tersebut bukanlah dalam masa terdekat ini.
Dari apa yang diberitakan, Che' Wan telah memberikan tempoh 2 bulan untuk percubaan & jika tiada perubahan, maka TKM yang baru akan dilantik dari kalangan ADUN PKR juga.
Harap langkah ini akan menjadi 1 contoh yang baik & sebagai 1 contoh sebuah kerajaan yang mementingkan quality kerja & komitmen dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat & pemilih.
Apapun kita harap rakan-rakan sejawatan yang ada dalam barisan EXCO & luar dari EXCO sentiasa memberi bantuan tunjuk ajar didalam memantapkan kualiti kerja yang memegang jawatan...kalau tiap 3-4 bulan sekali asyik bertukar pemegang jawatan pun masalah juga kan?
Timbalan Ketua Menteri 1 PP Nak Letak Jawatan?
Petang tadi dapat SMS dari sorang rakan yang baru balik dari Pulau Pinang.dalam SMS nya mengatakan bahawa ada sumber rapat dengan salah seorang ADUN PKR Pulau Pinang bagitau Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang YB Tuan Mohammad Fairus bin Khairudin akan meletak jawatan dalam masa terdekat ni.
Dikhabarkan juga alasan TKM 1 Fairus ialah tak mampu nak jalankan tugas seperti yang diamanahkan & kemungkinan besar jawatan tersebut akan diserahkan kepada wakil PAS yang menang di Pulau Pinang.
Kalau betul apa yang dikhabarkan aku rasa tak de masalah bagi pihak kerajaan Pulau Pinang...rasanya kalau ada yang rasa tak mampu nak jalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan eloklah awal-awal tarik diri supaya dapat diminimakan masalah dikemudian hari & aku rasa sikap ni patut ada dalam semua institusi kerajaan.
Yang penting sekali ialah kenal kelemahan pada diri & sentiasa bersedia untuk mengakui kelemahan diri...barulah diri ni sentiasa dalam landasan yang betul & dijauhi dari sifat bongkak & gila kuasa macam yang berlaku dalam parti UMNO/BN sekarang.
Yang bakal mengganti kerusi kosong ni pulak janganla hendaknya main tangkap muatnya terima jawatan tu...semua orang nak kan kuasa tapi mampu ke diri tu nak jalankan amanah & tanggungjawab yang diberi?
Tepuk dada, tanya selera...
Sunday, July 13, 2008
Untuk Ustaz Hadi, Anwar: Jangan putuskan hubungan suci ini ...
Oleh Din Tualang
Selepas membaca wawancara Ustaz Hadi Awang dalam Harakah, saya dapat rasakan seolah-olah hubungan Presiden PAS itu dengan Anwar Ibrahim berada dalam keadaan goyang dan bermasalah. Luahan Ustaz Hadi menunjukkan seolah-olah selama ini banyak perkara yang tidak kena berlaku dalam konteks hubungan PAS dan KeADILan atau Pakatan Rakyat umumnya.
Saya mohon agar kedua-dua parti, PAS dan PKR dapat bertenang, bersemuka, mengambil jalan yang jernih, duduk merenung tentang sokongan rakyat pada pilihan raya lalu. Jangan khianati kepercayaan rakyat yang mahu negara ini berubah, bukan terus bercakaran atas isu-isu peribadi, sedangkan banyak isu-isu nasional yang melibatkan kehidupan sharian rakyat seakan-akan terpinggir begitu sahaja.
Memang mudah untuk memutuskan hubungan PAS dan PKR, tetapi cukup sukar untuk membinanya kembali. Mudah untuk meleburkan kesatuan dan persefahaman yang ada, tetapi amat berat untuk membentuk satu barisan politik pembangkang yang kini sudah menjadi Pakatan Rakyat.
Saya rayu sesungguhnya agar semua pihak, khususnya Anwar dan Haji Hadi sendiri, carilah begitu banyak persefahaman antara kita. Kalau ada yang terguris selama ini, carilah penyelesaian, carilah titik-temu untuk bangun bergerak membina kekuatan baru.
Saya mohon, sebagai penyokong biasa, janganlah dipersiakan harapan rakyat yang terlalu menggunung ini.
--DetikDaily
Saturday, July 12, 2008
Sekolah: Cadangan Nik Aziz
Oleh Bernama | |
Sabtu, 12 Julai 2008 | |
KB: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan kerajaan pusat melaksanakan sistem pembelajaran satu sekolah dengan menjadikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) sebagai model. Beliau berkata sekolah terbabit dibolehkan mengajar semua bahasa termasuk Cina, Tamil, India dan Orang Asli dan tidak terikat kepada Bahasa Inggeris sahaja atau Bahasa Malaysia semata-mata. "Kalau boleh dedahkan kepada rakyat kita dengan pelbagai bahasa kalau tidak melibatkan semua pelajar, pilih murid yang berminat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru dan anugerah kecemerlangan Maahad Pengajian Islam di sini, Sabtu. Nik Aziz berkata cara demikian boleh meningkatkan kefahaman tentang Islam di samping menyebarkan Islam kepada seluruh masyarakat tanpa terikat kepada mana-mana kaum sahaja. "Dengan cara itu dapat kita menangkis tuduhan negatif yang dilemparkan terhadap Islam oleh musuh-musuh Islam," katanya. Beliau berkata untuk memulakan sistem itu, terserah kepada pihak pengurusan iaitu kerajaan pusat untuk menentukan peringkat tertentu pelajar terlibat dengan sistem yang dicadangkan. |
Perak Berhasrat Wujudkan Bandar Volkswagen Pertama Di Dunia
Beliau berkata bandar VW yang pertama di dunia itu akan menawarkan kepelbagaian gabungan berkaitan dengan kenderaan buatan Jerman itu.
"Memandangkan pertambahan peminat yang kini menjadi pengumpul kenderaan jenama ini di serata pelosok dunia, adalah tidak mustahil bandar pelancongan ini dilengkapi dengan perkhidmatan membekal alat-ganti dan sebuah galeri pameran jenama itu.
"Mungkin akan ada sebuah bengkel dan makmal bagi peminat untuk mengkaji kehebatan kenderaan VW yang tahan lasak dan usia yang panjang ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Volkswagen Ipoh 2008 di Dataran Ipoh di sini Sabtu.
Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri mempunyai lokasi sesuai untuk tujuan itu dan bila bandar VW itu boleh diwujudkan, Mohammad Nizar berkata perkara itu perlu dibincangkan dengan Jawatankuasa Pelancongan negeri dan pihak berkaitan terlebih dahulu.
"Tetapi kita melihat ia mempunyai potensi besar bagi menarik kedatangan pelancong ke negeri ini termasuklah dari Jerman. Kita akan wujudkan sebuah kawasan di luar kawasan bandar raya yang serba lengkap dengan hotel dan restoran bagi semua pemilik dan peminat VW berhimpun," katanya.
-- BERNAMA
Penduduk Kampung Baru tolak 'Draf Plan Bandar Raya KL'
Sat | Jul 12, 08 | 7:51:16 pm MYT
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) - Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali berkata beliau berbangga dengan penduduk Kampung Baru yang berani untuk tampil memberi respon mengenai Draf Plan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (Kampung Baru) yang diadakan di Dewan Hamzah, Kampung Baru, dekat sini, hari ini.
Katanya, sebelum ini pemilik dan pewaris tanah kampung tidak diberi peluang yang sewajarnya untuk menentukan arah tuju pembangunan kampung mereka sendiri.
"Biarpun sebelum ini saya berasa agak kesal dengan apa yang berlaku kepada mereka kerana tidak ada yang menjuarai mereka tetapi hari ini majoriti mereka berani menyuarai hak mereka," katanya yang sebaik selesai beliau bersama majlis Taklimat dan Diolog Draf Plan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (Kampung Baru).
Dalam pada itu katanya, penduduk di situ yang mempunyai pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu bersatu.
Ini katanya, walaupun mereka di bawah Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk iaitu Malay Agricultural Settlement (MAS) yang bertindak sebagai pemegang amanah enakmen Kampung Baru masih tidak bersatu hati.
Friday, July 11, 2008
Temubual Harakah dengan TG Haji Hadi
Oleh amdang81
"

Berikut adalah sedutan temubual Harakah dengan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Artikel ini disiarkan dalam Harakah terbaru 10 Julai yang sudah ada di pasaran. Ikuti kupasan dan pandangan Tuan Guru yang tegas dalam menyatakan sikap dan pendirian PAS.
HARAKAH: Apa penjelasan Tuan Guru mengenai dakwaan PAS ada perbincangan dengan Umno yang disensasikan media baru-baru ini?
USTAZ HADI: PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh. Sasaran Islam ialah seluruh manusia bukan sahaja tertumpu kepada ahli PAS. Kita harus sampaikan mesej kepada pihak yang lain, sebagaimana yang diajar Nabi Muhammad.
Bukan sahaja bergerak dalam skop di Semenanjung Tanah Arab bahkan Baginda menghantar surat kepada raja-raja. PAS juga wajib meneruskan mesej itu dalam konteks negara kita. Kita jumpa dengan raja-raja dan tidak salah juga kita berjumpa dengan Umno untuk menyampaikan mesej kita. Kalau tidak jumpa dengan Umno macam mana nak sampaikan mesej kita?
Maknanya benarlah dakwaan adanya pertemuan tersebut?
Pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka.
Hasil pertemuan dan rumusan PAS?
Kita beri penekanan kepada kepentingan Islam supaya Umno berubah. Iaitu merujuk kembali kepada kesilapan yang mereka lakukan yang merugikan umat dan agama Islam itu sendiri. Sebagai contoh, dalam masalah pilihan raya. Yang dikira oleh Umno hanya untuk menangkan parti dia, bukan untuk memenangkan Islam. Dalam pilihan raya ke-12 pun Umno tidak kalah, yang kalah MCA, MIC.
Mereka membuat pembahagian kawasan pilihan raya berdasarkan kepada kepentingan mereka. Penambahan kawasan baru itu dilakukan di Sabah, Sarawak dan Johor. Mengapa tidak ditambah kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu dan Kedah? Ini kerana mereka hendak menjaga kerusi mereka dan bukan kepentingan Islam. Dalam masa yang sama mereka membahagikan kerusi ataupun kawasan pilihan raya yang majoriti Islam kepada wakil rakyat yang bukan Islam. Ini tidak wajar.
Cuba lihat dalam Pakatan Rakyat, DAP menang di kawasan majoriti kaum Cina, tetapi MCA dan MIC menang di kawasan majoriti Melayu yang diberi oleh Umno. Ini dengan sendiri boleh menghakiskan kedudukan orang Islam dari segi politik.
Tetapi bukankah PAS mahu perpaduan yang lebih meluas?
Sekarang ini kita menunggu apa respons daripada Umno dan rakyat. Dan saya pernah berucap dalam perhimpunan di Stadium Melawati, Shah Alam (di awal penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor). Saya tidak tahu mereka sedar atau tidak, tetapi saya sebut soal perpaduan nasional di kalangan parti politik yang perlu dibincangkan lebih serius dan bukan separuh jalan.
Perpaduan ini tidak semestinya kita paksa semua parti masuk BN atau gabung satu parti. Ini termasuklah wujudkan demokrasi tulen sebagaimana negara yang sihat demokrasinya. Sebagai contoh bukan sahaja pembangkang boleh bangkang tetapi yang mewakili kerajaan juga boleh bangkang. Dalam negara kita, kalau wakil rakyat kerajaan yang bangkang ini akan diambil tindakan disiplin. Bahkan di Barat parti kerajaan boleh sokong undi tidak percaya, yang dibuat oleh pembangkang. Adakah di Malaysia hal ini berlaku? Tidak berlaku.
Tuan Guru fikir Umno boleh terima pandangan PAS?
Kepada PAS, orang Melayu mesti menjadi teras kepada politik negara. Ini diterima oleh semua kaum. Bukan pula bermakna hanya orang Melayu yang berhak dalam politik dan kekuasaan tetapi teras politik kita berpihak kepada orang Melayu sebab melihat kepada jumlah penduduk Islam yang majoriti dalam negara ini. Ini perlu diambil kira. Tapi malangnya Melayu sendiri hanyut dalam merealisasikan Islam itu sendiri sebagai kekuatan orang Melayu.
Sebagai contoh kita tidak sedar Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan. Agama lain berhak dianut dan diamalkan tetapi di sana ada peruntukan Jadual 9 yang menyekat pelaksanaan Islam setelah diserah Islam itu di bawah kuasa negeri. Tetapi ada peruntukan yang menghalang pelaksana syariat Islam dalam makna yang menyeluruh.
Walaupun dalam mazhab Islam ada ulama yang sebut syariat Islam itu boleh dilaksanakan kepada orang Islam dan bukan Islam berhak diberi pilihan. Dalam beberapa perkara tertentu boleh kita bahagikan perundangan sebagai contoh kepada tiga bahagian. Yang pertama perkara yang diberi kepada penganut agama masing-masing dalam masalah ibadat undang-undang keluarga dan perkahwinan itu agama masing-masing.
Dan di sana ada syariat Islam seperti Hudud, Qisas dan Takzir, yang diwajibkan Tuhan dalam al-Quran di mana undang-undang ini wajib bagi Islam. Adapun orang bukan Islam boleh diberi pilihan sama ada nak undang-undang ini atau tidak. Dan di sana ada hukum yang bersama seperti undang-undang jalan raya serta hak milik tanah pertanian dan kediaman tidak ada beza.
Sepatutnya kita perkenalkan keadilan Islam ini kepada masyarakat di saat kita lihat kegagalan sistem yang lain daripada Islam.
Mengenai perpaduan berteraskan Islam dan politik Malaysia, Melayu jadi tunggak. Bagaimana ini hendak diterjemah dalam Pakatan Rakyat. Adakah DAP boleh menerimanya?
Sehingga hari ini kita hanyalah wujudkan persefahaman dalam menghadapi pilihan raya sahaja dengan melihat titik persamaan yang ada, seperti dalam menentang kezaliman, menuntut demokrasi yang bersih, menyeru supaya diperbetulkan penyelewengan yang berlaku, tangani rasuah. Ini perkara bersama. Tetapi bila kita ada kuasa di peringkat negeri, sebagai contoh, di sini kita lihat pembahagian yang saya sebut tadi.
Dalam perkara yang jadi hak orang Islam, DAP tidak boleh sentuh itu hak orang Islam. Macam kita tidak sentuh hal agama mereka. Mereka janganlah sentuh soal hendak memperlahankan suara azan kita, seperti kita tidak minta dia jangan main mercun masa sambutan malam tahun baru, mereka kena saling hormatilah. Itu menandakan di sana ada beberapa perkara yang perlu dipertahankan dan hormat menghormati.
Apa pandangan Tuan Guru mengenai rundingan yang berlaku antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan kelompok yang hendak menyertai Pakatan Rakyat?
Bukan dia (Anwar) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan. Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan. Kalau Keadilan sahaja boleh jumpa Umno, PAS tidak boleh jumpa dengan Umno macam mana? Ini yang tidak betulnya.
Adakah ini salah faham (mengenai hubungan PAS-Umno)?
Orang lain boleh jumpa Umno, kenapa PAS tidak boleh jumpa Umno? Itu tidak faham namanya. Atas dasar Islam kita berhak. PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak. Tidak ada sesiapa yang jadi Ketua Pakatan Rakyat. Pimpinan secara kolektif dan kita setuju masing-masing pemimpin parti mencari pengaruh mengajak rakan dalam BN supaya bersama dengan kita. Oleh sebab itu, tidak timbul isu mengapa orang PAS jumpa Umno.
Itu politik kampung sahaja yang tidak boleh (melarang) jumpa dengan Umno dan orang PAS. Kita dah uar-uarkan 'engagement' yang disebut dalam muktamar kita, ini keterbukaan kita.
Penerimaan ahli PAS mengenai 'engagement' seperti ini macam mana?
Saya lihat inilah yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam pilihan raya umum ke-12 yang telah memberi kemenangan kepada PAS. Dan orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan. PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain. Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya.
Mungkin PAS mahu dilihat sebagai entiti penting dalam Pakatan Rakyat?
Ya, bahkan undi popular perlu dilihat kepada undi menyeluruh. PAS beri penekanan kepada kerusi negeri. Negeri kita dapat 83 kerusi, DAP 73 dan Keadilan dapat 40. Ini perlu dilihat bukan lihat kepada Parlimen sahaja. Kawasan Parlimen ini didukung oleh kerusi negeri.
Dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar. Adakah ia mengganggu Pakatan Rakyat atau PAS?
Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri. Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau Mahkamah Sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke Mahkamah Syariah. Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah.
Maknanya ia perlu selesai di mahkamah?
Ya! Ya! Selesaikan di mahkamah ....
Isu Anwar, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, Altantuya dan macam-macam berlaku, telah mencetuskan kecelaruan politik sekarang. Apakah pandangan Tuan Guru?
Malangnya yang memainkan isu ini adalah media. Media Melayu pula. Melibatkan pemimpin-pemimpin Melayu. Adakah mereka tidak malu mengemukakan isu-isu ini (pendedahan hal peribadi yang mengaibkan), sedangkan kita menghadapi masalah kenaikan harga minyak, masalah inflasi yang lebih penting. Bagaimana hendak menangani masalah rasuah, masalah jenayah. Kes bunuh Altantuya adakah berbeza dengan kes bunuh Pak Long, Mak Ngah, Ah Chong di kampung yang dibunuh? ... sama sahaja. Sepatutnya ialah soal keadilan itu untuk semua sebagaimana slogan dalam pilihan raya.
Mengapa pembunuhan Altantuya ini dibesarkan, sedangkan pembunuhan di kaki lima dibiarkan? Yang penting penyiasatan yang adil kepada semua itu perlu. Dalam isu ini barangkali ada kepentingan politik sama ada tuduhan membabitkan Anwar ataupun Najib? Yang pertama sikap orang yang jadi pemimpin itu sendiri dan yang kedua sikap media itu sendiri. Mesti berpada-pada bukannya 'loose'. Itu yang penting.
Ada pandangan menyatakan perlunya pimpinan Melayu seperti Anwar, Tuan Guru sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk bincang soal Islam dan Melayu?
PAS sudah lama mendesak muzakarah diadakan di kalangan pemimpin Islam dan parti-parti orang Melayu sejak tahun 50-an hingga kini. Keadaan itu masih terbuka. Bahkan sebaik sahaja buka pintu muzakarah, PAS (akan) sertai. Kalau dibuka itu respons kita. Tetapi asas muzakarah itu mestilah didasarkan kepada asas akidah dan ajaran yang dianuti oleh orang Melayu itu sendiri iaitu Islam.
Berbalik kepada isu Anwar, mahu atau tidak isu membabitkan beliau perlu dihadapi dan diterima dan implikasinya kepada PAS juga yang sertai Pakatan Rakyat. Apa pandangan Tuan Guru?
PAS ada pengaruh dan kedudukannya sendiri. PAS simpati dengan rakan Pakatan Rakyat yang terima padah dari fitnah ini dan kita sama-sama ambil tanggungjawab untuk mengatasinya sebaik mungkin. Tetapi PAS tetap utuh dengan sebagai parti yang ada akar umbi yang sudah lama dan bertapak begitu kuat. Dan saya rasakan bahawa apa yang ditumpukan oleh orang PAS ialah untuk menegakkan Islam itu dengan makna yang menyeluruh.
Apabila banyak fitnah, adakah ini petanda sudah tiba masanya Malaysia menggunakan lebih banyak undang-undang Syariah supaya wujud keadilan dalam negara?
Saya bersetuju! Islam pun perlu diberi peluang untuk dilaksanakan dan bermula dengan orang Islam sendiri sebagaimana yang kita luluskan di Kelantan dan Terengganu semasa PAS memerintah. Di mana undang-undang Syariah itu dimulakan dengan orang Islam. Sementara orang bukan Islam diberi pilihan sama ada mereka mahu undang-undang Islam atau tidak tetapi dalam kes peribadi dan agama kita tidak campur. Itu sudah jelas.
Harapan Tuan Guru mengenai muktamar tahunan PAS yang akan berlangsung Ogos ini?
Muktamar kali ini ialah muktamar pascapilihan raya. Satu anjakan paradigma berlaku dalam politik negara secara umum termasuk orang PAS sendiri. Kita berjaya pecahkan tembok perkauman antara kaum dan pelbagai agama. PAS berjaya tubuhkan Kelab Penyokong PAS yang disertai oleh bukan Islam yang menyatakan sokongan kepada PAS secara terbuka. Mereka kerja secara sukarela kepada PAS. Mereka memenangkan calon PAS di peti-peti undi sebagai tambahan kepada kekuatan PAS yang sudah ada.
Yang kedua, perubahan di kawasan bandar yang dapat maklumat moden melalui perkembangan ICT. Di sini menunjukkan betapa rakyat perlu dapat maklumat bebas dan terkini yang menyaksikan PAS dapat sokongan di bandar dan pinggir bandar.
Ketiga, walaupun PAS tidak mendapat kerusi Parlimen sebanyak kerusi pada tahun 1999, namun kali ini berlaku satu perubahan. PAS dikatakan menjadi 'king maker' kepada politik negara. Dalam penyertaannya melalui kerajaan campuran di negeri yang tidak dikuasai sepenuhnya seperti di Kedah.
Dalam keadaan PAS adakan campuran dengan parti lain di Perak, rakan Pakatan Rakyat memberi kepercayaan kepada PAS memimpin dua buah negeri Kedah dan Perak selain yang telah ada Kelantan. Satu negeri kepada Keadilan di Selangor dan satu negeri kepada DAP di Pulau Pinang.
Jadi ini menunjukkan kepercayaan yang diberi Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri. Dan kita hargai kepercayaan ini. Apa yang penting PAS mesti laksanakan slogan semasa pilihan raya iaitu 'Islam For All'. Itu mesti direalisasikan. Sebab itu kita harapkan NGO dan parti bukan Islam jangan risau dengan pelaksanaan ini. Kita harap apa yang disebut sebagai 'Islamophobia' tidak berlaku kepada rakyat Malaysia.
Kita dah ada model di Kelantan. Kini masuk penggal kelima, dan di Terengganu satu penggal. Tidak ada sebab mereka risau jika kita realisasikan slogan tadi. Kepada ahli PAS, teruskan bekerja bukan sahaja untuk pilihan raya ke-12, dalam masa yang sama kerja selepas PRU-12 untuk isi kemenangan.
Kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat kita harapkan supaya jentera PAS jangan digunakan untuk menjayakan pilihan raya ke-12 sahaja, sebaliknya selepas pilihan raya itu seolah-olah mereka tidak ada peranan lagi.
http://amdang81.blogspot.comThursday, July 10, 2008
Rombongan Istana Kedah guna jet kerana masa suntuk

Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid berkata, rombongan itu menyewa jet itu bukan untuk bermewah-mewah tetapi itu sahaja cara yang ada untuk memenuhi masa yang ditetapkan bagi membolehkan rombongan istana Kedah menghadap Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah.
Rombongan Istana Kedah itu diketuai Ketua Istiadat istana Kedah. Ia turut disertai Tengku Bendahara iaitu adinda Sultan dan MB Kedah, Azizan Abdul Razak serta isteri masing-masing.
Mereka ke Brunei untuk menjemput baginda Sultan Brunei secara rasmi ke majlis perayaan Jubli Emas Sultan Kedah yang akan diadakan di Alor Setar tidak lama lagi.
Mereka menaiki sebuah jet yang disewa khas untuk membawa mereka pergi dan balik dari Alor Setar ke Brunei semalam dan pulang malam ini.
--SIASAH