"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, July 13, 2008

Untuk Ustaz Hadi, Anwar: Jangan putuskan hubungan suci ini ...

Posted on Saturday, July 12 @ 19:16:50 MYT by reformis

Oleh Din Tualang

Selepas membaca wawancara Ustaz Hadi Awang dalam Harakah, saya dapat rasakan seolah-olah hubungan Presiden PAS itu dengan Anwar Ibrahim berada dalam keadaan goyang dan bermasalah. Luahan Ustaz Hadi menunjukkan seolah-olah selama ini banyak perkara yang tidak kena berlaku dalam konteks hubungan PAS dan KeADILan atau Pakatan Rakyat umumnya.

Saya sebenarnya cukup risau dengan hal ini, memang benar-benar risau dan bimbang. Takut hubungan PAS dan PKR menjadi bertambah sulit dan kemungkinan renggang, serta tidak mustahil boleh putus begitu sahaja. Jika itu yang berlaku, saya rasa ia satu musibah besar kepada perkembangan politik pasca pilihan raya 8 Mac 2008 yang selama ini dirujuk sebagai perubahan kesedaran rakyat.

Saya mohon agar kedua-dua parti, PAS dan PKR dapat bertenang, bersemuka, mengambil jalan yang jernih, duduk merenung tentang sokongan rakyat pada pilihan raya lalu. Jangan khianati kepercayaan rakyat yang mahu negara ini berubah, bukan terus bercakaran atas isu-isu peribadi, sedangkan banyak isu-isu nasional yang melibatkan kehidupan sharian rakyat seakan-akan terpinggir begitu sahaja.

Memang mudah untuk memutuskan hubungan PAS dan PKR, tetapi cukup sukar untuk membinanya kembali. Mudah untuk meleburkan kesatuan dan persefahaman yang ada, tetapi amat berat untuk membentuk satu barisan politik pembangkang yang kini sudah menjadi Pakatan Rakyat.

Saya rayu sesungguhnya agar semua pihak, khususnya Anwar dan Haji Hadi sendiri, carilah begitu banyak persefahaman antara kita. Kalau ada yang terguris selama ini, carilah penyelesaian, carilah titik-temu untuk bangun bergerak membina kekuatan baru.

Saya mohon, sebagai penyokong biasa, janganlah dipersiakan harapan rakyat yang terlalu menggunung ini.

--DetikDaily

No comments: