"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, July 13, 2008

24 Jam Sebelum Usul Undi Tidak Percaya Terhadap PM

diciplak dari : tranungkite

Dilulus terbit pada Sunday, July 13 @ 09:24:32 MYT oleh SongkokPutih
Oleh teori

" 24 Jam Sebelum Usul Undi Tidak Percaya Terhadap PM UmNO semakin lintang pukang , dan sedang dalam huru- hara dalam menghitung hari hari menjelang kepupusan kuasa yang semakin berakhir

Sehari selepas ahli-ahli MP Pakatan Rakyat menghantar notis usul Undi Tidak Percaya terhadap PM kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia , PM Abdullah telah mengumumkan untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib pada bulan Jun 2010 dan akan mempertahankan jawatan Presiden dan Timbalan Reaksi Tun Mahathir , Muhiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah adalah sebahagian dari komen-komen pemimpin umNO yang semakin gusar dengan masa depan isi perut mereka

jika seorang PM yang tidak berwibawa lagi lemah bakal menghancurkan masa depan mereka dan para kroni yang sedang kelaparan. Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan di jadikan ‘Alat’ terakhir untuk menghalang ‘nafsu serakah umNO’ meneruskan pengkhianatan terhadap rakyat dan negara. Kita tidak akan lupa apabila beliau berkata bahawa beliau bukan ahli politik dan akan mempertimbangkan usul tersebut dengan seadil-adilnya.

Parlimen juga adalah langkah muktahir untuk rakyat melihat bahawa adakah Parlimen juga di jadikan ‘alat’ untuk umNO bermaharajalela Rakyat dapat merasakan Speaker Dewan dan sebahagian Ahli-ahli Parlimen beEnd adalah manusia yang waras untuk tidak di cucuk hidung seperti lembu untuk di gunakan umNO dan kroni . Mereka juga di rayu untuk tidak mengkhianati amanah rakyat seperti yang di lakukan oleh 129 ahli Parlimen yang menyokong kenaikan harga minyak tempohari.

Seluruh dunia akan menyaksikan samaada Parlimen Malaysia berada di tahap ‘1st class’ atau pun ‘3rd class’ seperti yang di laungkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli Parlimen ini akan di nilai rakyat akan maruah mereka dalam membuat keputusan dalam membela nasib rakyat. Ezam , Shahrir Samad , Muhd Mat Taib dan Menantu hantu adalah manusia-manusia yang sedang bertungkus-lumus untuk mempertahankan saki baki kuasa yang semakin terhakis. Peranan Ezam adalah yang paling agresif menjilat segala segala kejijikan yang di tinggalkan umNO & Co untuk di cuci .

Adakah

1)Tan Sri Rahim Thamby Chik yang terlepas dari tuduhan merogol budak bawah umur dan penyelewengan.

2)Tan Sri Muhd Mat Taib yang didapati bersalah membawa berjuta-juta wang keluar Negara untuk membeli belah.

3)Tan Sri Isa Samad yang di dapati bersalah rasuah oleh lembaga disiplin umNO.

4)Tan Sri Rafidah Aziz yang di kaitkan rasuah melibatkan menantu dalam pemberian AP

5)Tan Sri Musa Hassan yang sedang disiasat dalam isu palsukan laporan doktor

6)Tan Sri Gani Patail memaksa Nallakarupan untuk memberi keterangan palsu untuk meringankan pertuduhan.

7)Tengku Adnan Tengku Mansur yang di dapati terlibat sebagai broker dalam urusan Kehakiman. Mereka ini masih DI beri kuasa oleh PM untuk meneruskan agenda-agenda jahat dalam meruntuhkan intitusi negara .

Jika Ahli-ahli Parlimen yang mewakili rakyat ini sedar bahawa Negara sedang mengalami krisis kepimpinan, maka mereka akan menyokong usul tidak percaya terhadap PM Isnin ini dan jika mereka menentang usul tersebut maka mereka di yakini terlibat dalam salahguna kuasa yang seperti pemimpin-pemimpin umNO yang lain dan wajib di sifatkan Satu Pengkhianat seperti juga perspektif PM tempohari. Dengan Ekonomi Negara yang semakin kucar-kacir , Kehidupan rakyat yang semakin di hina pehak kerajaan.

Penyalahgunaan kuasa dari peringkat bawah hingga teratas terus berleluasa. Usul Undi Tidak Percaya terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi harus di laksana kan, Untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan penghormatan di mata dunia , Usul Undi tidak percaya kepada PM dan beEnd ini harus di beri perhatian oleh ahli- ahli Parlimen seluruhnya, Anda akan di hormati dan di kenang kerana mengubah lanskap politik negara.

Mereka akan di tuduh. Harus di ingat bahawa kenyataan Abdullah ingin mengubah nasib bangsa sendiri di atas kesinambungan Tun Mahathir yang mengakui tidak dapat lakukan, HANYA suatu lawak bermusim kerana kepimpinan beliau yang tidak berwibawa dan lemah dalam menyatukan ahli-ahli umNO yang semakin pupus itu sendiri yang sedang bergolak. 24jam sebelum usul undi tidak percaya ini di bahaskan, Peristiwa parti SAPP dan peristiwa pengakuan bersumpah Balakrisnan harus di jadi kan panduan untuk bersedia menangkis kerja-kerja jahat umNO & Co untuk terus berkuasa.

24jam itu juga Dunia sedang menghakimi sifat kepimpinan pemimpin negara dalam menangani isu yang semakin parah. 24jam sebelum usul di bentang kan, ahli2 Parlimen yang di katakan untuk melompat di seru untuk tidak membuat siding akhbar. 24jam sebelum usul , Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan di nilai dalam mengotakan apa yang dikata kan bahawa beliau bukan ahli politik dan akan membawa Parlimen Malaysia ke 1st Class atau Low Class. teori"

No comments: