"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, July 13, 2008

Mesyuarat Tergempar 3

"Dapat dah semua tarikh lahir depa?" Tanya Pak Nawi.

"Dah. Semua dapat." Aku jawab.

"Kamu kira sendiri. Tak larat aku nak kira dah." kata Pak Nawi.

Tunku: 8.2.1903 8+2+1+9+3 = 23 = 2+3 = 5
Tun Razak: 11.3.1922 = 19 = 1+9 = 10 = 1
Hussein Onn: 12.2.1922 = 19 = 1
Mahathir: 10.7.1925 = 25 = 7
Pak Lah: 26.11.1939 = 32 = 5
Musa Hitam: 18.4.1934 = 30 = 3
Ku Li: 13.4.1937 = 28 = 10= 1
Ghafar Baba: 18.2.1925 = 28 = 10 = 1
Anwar: 10.8.1947 = 30 = 3
Najib: 23.7.1953 = 30 = 3

"Aku cakap, kamu check. Betul ke tak betul" kata Pak Nawi.

"Mula-mula Tunku jadi PM. Ada sapa berani lawan tak? Tun Razak pun tak berani lawan. Yang berani lawan, Mahathir. Tunku turun bukan pasai Tun Razak lawan, tapi pasai 13 Mei. Tahun 1990, Tunku dengan Ku Li lawan Mahathir, sapa menang? Kemudian Tun Razak naik, tapi dia tak lama. Tak sempat orang nak lawan dia dah mati.

Naik Hussein Onn, tapi lembik. Sapa yang lawan? Mahathir! Hussein Onn lari ikut tingkap, Mahathir naik. Bila Mahathir naik, sapa pun tak boleh lawan. Dia suruh Musa Hitam lawan dengan ku Li untuk Timbalan, tapi Ku Li tak boleh lawan Musa. Kamu ingat Musa menang pasai dia kuat ka? Tak!.... tapi pasai Musa 3, Ku Li 1. Kemudian Musa letak jawatan. Pasai apa Musa tak berani lawan Mahathir? Sebab Musa tau, kalau lawan pun dia akan kalah.

Mahathir lantik Ghafar Baba. Ghafar Baba tak kuat! Jadi, bila Anwar lawan, Ghafar baba lari terjun pintu. Pasai apa Ghafar Baba kalah? Pasai Anwar 3, Ghafar Baba 1. Kemudian Anwar lawan Mahathir. Sapa menang? Dah tentu Mahathir, sebab Mahathir 7, Anwar 3.

Kemudian Mahathir pilih Pak Lah. Pasai apa Pak Lah tak pernah lawan Mahathir? Sebab dia cucu Abdullah Fahim, pakar Tajul Muluk. Pak Lah tau, kalau dia lawan Mahathir, dia tentu kalah. Itu pasai, Mahathir cakap apa pun kat dia, dia buat tak tau saja.

Sekarang pasai Najib. Najib tak boleh lawan Pak Lah. Kalau Najib lawan Pak Lah, Najib bungkus. Itu sebab Najib jadi Pak Sanggup. Apa saja cakap Pak Lah dia ikut.

Kamu tengok pulak Anwar. Pasai apa Anwar tak lawan Pak Lah? Sebab kalau dia lawan, Anwar akan bungkus. Sebab Anwar 3, Pak Lah 5. Jadi Anwar lawan Najib, Anwar 3, Najib 3. Mungkin Anwar ingat, dengan Najib ada peluang, tapi Anwar tak tau, Najib dah sampai kekemuncak bukit. Dia baru nak merangkak. Aku rasa Najib menang." Kata Pak Nawi.

"Mungkin ka Anwar masuk penjara lagi?" aku tanya.

"Yang tu aku tak boleh nak kata, sebab nak masuk penjara ni, Najib bukan boleh buat sorang. Hang kena cari sapa lagi lawan Anwar."

"Habih, sapa yang boleh lawan Najib? Aku tanya Pak Nawi.

"Aku pun tak tau, kamu check Wan Azizah! " kata Pak Nawi.

Aku pun Google Wan Azizah dan dapat tarikh lahir nya.

3.1.1952 = 21 = 3

"Serupa ja , Pak Nawi!" aku bagi tau.

"Khairy Jamaludin macam mana?" tanya Pak Nawi.

10.1.1976 = 25 = 7.

Ha??!?!??

"Kamu perhati budak ni Mat." Pak Nawi bawa keluar tembakau dan daun nipah, pelan-pelan dia gulung.

--mat saman kati

No comments: