"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, July 13, 2008

Gelombang Kebangkitan di Kota Bharu

Perhimpunan di KB menyaksikan kebangkitan rakyat Kelantan menuntut perubahan. Puluhan ribu rakyat bersesak untuk mendengar pidato Saifuddin Nasution, Datuk Husam, saya dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Saifuddin memberikan urutan peristiwa - dari gugatan ke atas Pakatan Rakyat, aduan terhadap Musa Hassan dan Gani Patail, kes rasuah dan pembunuhan Altantuya. Maka strategi mengalih pandangan rakyat adalah dengan merekayasa pertuduhan salahlaku seks terhadap saya. Beliau bangkitkan isu biasiswa, pejabat TPM, dan lain-lain.

Datuk Husam mengulas kisah Nabi Yusuf alaihissalam, Siti Aishah dengan al ifk sebagai pengajaran. Malah dikesalkan sekali betapa pimpinan Umno-BN sanggup meneruskan fitnah keji. Beliau menggesa rakyat supaya istiqamah memperjuangkan keadilan, mempertahankan wadah Pas bersama Pakatan Rakyat.

Tuan Guru Nik A Aziz menggesa rakyat menolak fitnah dan muslihat Umno yang berterusan. Beliau menegaskan untuk memperkuat Pas bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Saya menyentuh isu minyak, debat 15 Julai, dan mengapa perubahan Kerajaan perlu disegerakan.

--ANWAR IBRAHIM

No comments: