"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Showing posts with label Merah Hitam. Show all posts
Showing posts with label Merah Hitam. Show all posts

Wednesday, June 03, 2009

ISA: Bila Akan Tamat..? - malaysiakini

PM Najib Razak dari 1 April 2009 - ???

PM Abdullah Badawi Oktober 2003 - 2009

PM Mahathir tahun bersara pada Oktober 2003.

(Sidang akhbar bersama DMPP di bangunan PAS, Jalan Raja Laut.)

Dalam sidang akhbar itu, saya terpaksa nyatakan kisah benar ini iaitu Mat Sah Bin Mohd Satray ditahan pada 18 April 2002, ketika pemerintahn PM Mahathir. Penahanan itu berterusan hinggalah Abdullah Badawi@Pak Lah menjadi PM...

Ketika Pak lah memulakan tugas barunya sebagai PM, rakyat Malaysia semuanya berharap beliau akan membebaskan tahanan ISA yang berjumlah lebih 100 orang ketika itu. Namun, Mat Sah@Abah Suhaib tidak tersenarai dikalangan mereka yang dibebaskan.

Kemudian, bila Najib menjadi PM, beliau telah dua kali membebaskan sejumlah tahanan ISA, tetapi amat malang sekali... Abah Suhaib masih belum layak untuk disenaraikan dikalangan mereka yang sepatutnya bebas!!!

Jelas terbukti, walaupun Perdana Menteri silih berganti, namun sikap mereka tetap sama... iaitu kurang rasa perihatin dan perikemanusiaan terhadap nasib rakyat... padahal ketiga-tiga Perdana Menteri itu dari bangsa Melayu dan berugama Islam.

Ketiga-tiga PM itu tetap mempertahankan ISA yang masih menzalimi kami sekeluarga... Bilakah semua ini akan berakhir ya........?

-Merah Hitam