"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, July 27, 2009

Perhimpunan Anti ISA: Tolong War-Warkan Pada Semua..!

Ingatan untuk para sahabat-sahabat semua menjelang perhimpunan resakse Anti ISA di Kuala Lumpur nanti...

Aku mintak para pimpinan bekerjasama untuk menjayakan 'rancangan paling best" untuk hari bersejarah tu nanti...

Untuk geng-geng yang akan bersama-sama menjayakan Perhimpuan Resakse Anti ISA 1hb. Ogos, 2009 nanti, jangan lupa bawak menatang dekat bawah ni...
Kalau bertembung dengan Pak Brahim Al-Froggy, kita pakat-pakat lepas menatang ni depan dia...

Bawak banyak-banyak tau..! kita longgok depan Pak Brahim Al-Froggy..!

Kita nak tengok macam mana dia nak bela nasib 'sahabat-sahabat" dia ni... jangan takut..! bawak katak, longgok atas jalan adalah tidak menyalahi undang-undang negara Malaysia...

Katak tak bahaya... Pak Brahim Al-Froggy pun tak bahaya... jangan takut..!

Harap dapat beri kerjasama... war-warkan pada semua yang bakal hadir..!

Kedudukan Pelantar Minyak Perairan "Offshore" Kelantan

  • Bulan Alpha / Jenis unmanned platform / Kontraktor Carigali Hess / Kedudukan Utara 07 13.07 Timur 103 02.24.
  • Cakrawala / Jenis fix platform / Kontraktor carigali Hess / Kedudukan Utara 07 10.00 Timur 103 05.50.
  • Puteri Cakrawala / Jenis Fuel Storage Offshore (FSO) / Kontraktor Carigali Hess / Kedudukan Utara 07 09.10 Timur 103 06.50.
  • Suriya Alpha / Jenis unmanned platform / Kontraktor Carigali Hess / Kedudukan Utara 07 06.38 Timur 103 11.11.
  • Bumi Alpha / Jenis unmanned platform / Kontraktor Carigali Hess / Kedudukan Utara 07 08.57 Timur 103 14.55.
  • Bunga Orkid A / Jenis fixed platform / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 07 12.20 Timur 103 48.36.
  • FSO Orkid / Jenis Fuel Storage Offshore / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 07 12.93 Timur 102 52.54.
  • Roger W. Mowell / Jenis jack up platform / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 07 13.30 Timur 103 49.08.
  • Harvey H. Ward / Jenis jack up platform / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 07 03.56 Timur 104 07.20.
  • Bunga Raya Alpha / Jenis fixed platform / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 06 58.60 Timur 104 10.70.
  • FSO PM3 – CAA / Jenis Fuel Storage Offshore / Kontraktor Talisman / Kedudukan Utara 06 56.10 Timur 104 09.30.

Muhyiddin Yang Gagal... Kena Masuk Sekolah Balik..!

Kan aku dah cakap sebelum ni dekat artikel Muhyiddin Cari Formula Tawan 1Malaysia TPM kita ni bodoh... korang tak percaya... kalau TPM ni cerdik, takkan la boleh datang idea buduh dia nak buat Manek Urai Baru & Manek Urai lama tu pusat "Agropolitan"..!

Kawasan tu kan kawasan kritikal kalau musim tengkujuh..! kalau banjir, setakat rumah 1 tingkat tu selambe je menyelam... nak "Agropolitian" kejadahnya..?

TPM Buduh..!

Barisan Nasiyonal Kukuh..?

  • Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membidas Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat kerana berterusan menimbulkan suasana tidak menentu dalam parti dengan mendakwa ada pihak cuba menjatuhkannya.
  • Dr Chua berkata, "Ong seharusnya lebih memfokuskan kepada usaha mengukuhkan parti dan tanggungjawabnya sebagai Menteri Pengangkutan.
Aik..? "mengukuhkan parti"..?

Aik..? jadi betul la "khabar angin" yang mengatakan komponen Barisan Nasiyonal tak kukuh..?

Kah kah kah kah kah...!!! 1Malaysia dah kantoikan Barisan Nasiyonal..!

Puaka Bujang Senang

Tetiba lak rasa nak publish lagu ni... hehehe... "Puaka Bujang Senang"... keh keh keh keh keh...!!!

Ketenangan air halus manja
Tersebut satu kisah puaka
Asal manusia
Menjadi buaya
Beraja di lubuk ngeri

Rangkak tenang mencari mangsanya
Segala berlaku senyap sunyi
Siapa mencabar bersedialah
Akan menjadi mangsanya
Akibat sumpah puaka

Suara ngeri
Datang dari lembah sunyi
Maut menanti
Dari sudut tanpa kesan
Kelaku misteri sukar di cari
Tubuh menyambar timbul tenggelam
Gelar diberi buaya ini
Buaya lagenda
Bujang Senang

Tahniah Kepada Yang Memilih No "3"..!

Kah kah kah kah kah...!!! kan aku dah cakap dekat - Pilih 1, 2 Atau 3 SAHAJA..!.

Tahniah pada semua yang pilih no "3" sebagai jawapan... korang telah berjaya "menyembelih ayam-ayam daging yang didatangkan khas dari kilang UMNgOk..!"

Tahniah..!

*Hadiah berupa "telor UMNgOk" boleh dituntut daripada sedare KJ... mekasih..!

Sunday, July 26, 2009

UMNgOk Perak Bercelaru..! Lanyak Jangan Tak Lanyak..!

Seperti yang dilaporkan sebelum ini dalam posting - UMNO Perak Bergaduh..! Lanyak, Jangan Tak Lanyak..!, UMNgOk Perak kini semakin bermasalah. perebutan kuasa Halam didalam KERAjaan Halam semakin parah. macam biasa seperti yang selalu berlaku didalam UMNgOk, akan wujud Team A dan Team B, kadang-kadang wujud juga Team C, tapi Team C cuma sebagai Team Simpanan.

Ini yang sedang berlaku dan sedang mengganggu pimpinan KUDETA di Perak. Team KUDETA dan juga TEAM Tajol sedang bercakaran. wujud ketidak puasan hati didalam Team Tajol kerana balaci-balaci mereka tidak tersenarai didalam senarai "pemegang kuasa" KERAjaan KUDETA.

Mereka dipinggirkan... dalam UMNgOk kalau "dipinggirkan" bermakna mampus. bila mampus, kena perang. perang dalam UMNgOk bukan perkara luarbiasa. kalau tak perang sesama ahli UMNgOk, anda tak layak jadi ahli UMNgOk. sebabnya, hanya UMNgOk sahaja yang layak menjadi ahli UMNgOk.

Jadi, untuk beberapa hari ini, rundingan antara Team A dan Team B sedang galak diadakan. rombakan kabinet mungkin akan dilakukan dengan alasan untuk memantapkan lagi KERAjaan KUDETA tetapi hakikatnya, kalau tak dirombak, maka akan berlaku kekacauan didalam kain.

Kalau anda ada melihat geng-geng UMNgOk memenuhi mana-mana kawasan di Perak, cuba masuk rapat dan dengar-dengarkan.

MB Halam tengah pening... pesanan "orang atas" mesti dilaksanakan. "Pertahankan KERAjaan Halam..! do it anyway you can, i dont care how much the cost or how you gonna do it...if you fail, you're gonna be paid..!"

Alamak..!

Pilih 1, 2 Atau 3 SAHAJA..!

Jadi apa la pulak pendirian Gerombolan Pemuda UMNgOk korang rasa..?
  1. Sokong Kekalkan ISA.
  2. Sokong Hapuskan ISA.
  3. Tak De Telur.
AMARAN..! Sila pilih 1 dari 3 jawapan diatas... tinggalkan diruangan komen... (sila nyatakan 1, 2 atau 3 SAHAJA..! tidak perlu nyatakan sebarang hujah. sesiapa yang meninggalkan jawapan selain dari 1, 2 atau 3 dianggap BANGANG tak kira anda pro Pakatan Rakyat atau pro BN..!)

N-41 Manek Urai: Projek Kencing Rakyat 1..!

Kah kah kah kah kah kah kah...!!! Aku dah cakap dah..!

Baca dekat sini - N-41 Manek Urai: Projek Kencing Rakyat MU Oleh TPM.

Fasa pertama dah siap... tunggu fasa seterusnya..!

Saturday, July 25, 2009

Demo ISA: GMI & Pemuda PR Tetap Berhimpun 1 Ogos..!

Pemuda Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap dengan pendirian akan mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan aspirasi rakyat supaya kerajaan Barisan Nasional memansuhkan akta zalim ISA.

Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh, meminta orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan 1 Ogos ini berpakaian hitam atau merah dan bukanya putih.

Pakaian putih kata beliau hanya akan digunakan oleh golongan pro ISA yang mengelar diri mereka Pewaris yang turut akan mengadakan perhimpunan pada hari yang sama tetapi bertujuan meminta kerajaan BN mengekalkan akta itu.Menurut Syed Ibrahim, GMI tidak akan meminta permit Polis kerana termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan rakyat berhak berhimpun secara aman.

"Berhubungan dengan perhimpunan kitam kita tegaskan semula berhimpun ditiga tempat iaitu di Sogo, Masjid Jamek dan Masjid negara dan kita akan menyerahkan deklarasi rakyat kepada Istana Negara. Kita serius dalam menyampaikan deklarasi ini dan kita telahpun membuat temujanji dengan Istana Negara dan kita telah menyerahkan surat temu janji baru-baru ini.

Sementara itu pemimpin PAS,Salahuddin Ayub berkata, beliau berharap Perdana Menteri Najib Razak memansuhkan akta zalim berkenaan sebagai menunjukkan beliau komited dengan laungan 1 Malaysia rakyat diutamakan.

"Saya nak sebut pada petang ini ialah Perdana Menteri Najib Razak komited dengan slogan 1 Malaysia dan rakyat diutamakan saya tegaskan bahawa masanya Najib mengambil keputusan memansuhkan terus akta yang zalim ini.

"Apa yang GMI telah rancang ini adalah tindakan mengatasi politik tidak ada kena mengena dengan parti politik, tiada kepentingan mana-mana pihak. Apa yang kita buat pada 1 Ogos ini ialah untuk kepentingan dan masa depan generasi Malaysia," katanya.

Ketua Penerangai PKR Tian Chua berkata, selagi ISA tidak dimansuhkan, apa juga isu yang dibangkitkan rakyat akan ditutup oleh kerajaan dengan cara menggunakan akta berkenaan.

Katanya, Najib perlu mengambil keputusan memansuhkan akta ini kerana banyak parti komponen BN telah menyuarakan hasrat supaya akta berkenaan dimansuhkan.

"Banyak isu-isu yang berlaku kebelakangan ini ada kaitan dengan kuasa yang dipegang oleh kerajaan menggunakan ISa, satu akta yang membenarkan tahanan tanpa bicara terhadap sesiapa. Pa pun isu masyarakat yang kita bangkitkan akan ditutup kerana kerajaan mempunyai kuasa ISA.

"Bekas Perdana Menteri setuju bahawa ISA patut dimansuhkan dan ada banyak lagi parti komponen Barisan Nasional telah menyatakan perkara yang sama termasuk MCA, PPP, Gerakan kita juga mengharap ini bukan perhimpunan yang dihadiri oleh NGO dan rakyat tetapi anggota Barisan Nasional juga dimobilisasikan menyertai perhimpunan aman ini," katanya.

Sementara itu, wakil DAP Ronnie Liu berkata, perhimpunan aman berkenaan merupakan cara rakyat membantu kerajaan untuk membuat keputusan sama ada untuk mengkaji semula atau memansuhkan akta berkenaan.

Perhimpunan berkenaan diadakan bagi menghantar deklarasi kepada Istana Negara untuk memansuhkan ISA, membebaskan tahanan ISA dan menutup Kem Tahanan Kemunting turut disertai oleh Pemuda Gerakan.

Sumber : Anjung Info