"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, August 31, 2008

ADUN Negeri Sembilan ditahan BPR: Gomen Tak Nak Bunyik Ke???

KUALA LUMPUR 31 Ogos — Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin, Seremban, petang ini.



Menurut sumber, ADUN berkenaan ditahan oleh sepasukan pegawai BPR ketika menerima suapan tersebut kira-kira pukul 4.30 petang tadi.



Adalah difahamkan, ketika kejadian itu, ADUN berkenaan cuba melarikan diri tetapi terjatuh sebelum berjaya ditahan oleh anggota BPR yang bertindak pantas mengejarnya.



Ahli politik berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat BPR Negeri di Jalan Dato Kelana Maamor, Seremban, bagi membantu siasatan.



Sehingga pukul 8.30 malam ini, beliau masih lagi disoal siasat di BPR Seremban.



Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.



-Utusan Online

Umat Islam mula berpuasa esok

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini.



Menurut kenyataan itu, bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong dan selepas diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 1hb. September 2008.



Disini jugak aku (Topeng Perak) ambik kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pelayar-pelayar blog Perisik Rakyat yang tak jemu-jemu melayar blog aku yang sempit ni & gelap ni.Terima Kasih daun keladi pada korang semua.



Selamat menjalani ibadah puasa, selamat beramal & selamat, selamat, selamat.



Blog ini akan diupdate seperti biasa sepanjang ramadhan ini.

Gerakan gesa Ketua Umno Bukit Bendera dikenakan tindakan

KUALA LUMPUR: Gerakan, parti komponen Barisan Nasional (BN), hari ini mahu tindakan diambil ke atas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berhubung kenyataannya yang bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.

Semasa satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.

Setiausaha Agung Gerakan Datuk seri Chia Kwang Chye berkata, ramai rakyat Malaysia kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila mengulas mengenai kenyataan Datuk Ahmad Ismail.

"Mereka menjangka satu kecaman yang kuat, terutama pada 31 Ogos, hari di mana semua rakyat Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

"Selepas 51 tahun mencapai kemerdekaan, sebarang kesangsian mengenai kesetiaan mana-mana penduduk etnik Malaysia dan tindakan mempersoal kewarganegaraan adalah melampaui usaha menyemai persefahaman di kalangan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Menjelang hari pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh minggu lepas, Ahmad didakwa membuat kenyataan itu dan semalam, ketika mengulas mengenai perkara itu Abdullah berkata, beliau akan "memberitahu Ahmad jangan mengulangi lagi perkara itu."

"Anda tahu semasa berkempen pelbagai perkara boleh timbul. Saya tidak fikir beliau bermaksud sedemikian. Saya akan pastikan untuk memberitahu dia jangan gunakan perkataan itu lagi," kata Abdullah semalam.

Chia berkata kenyataan Ahmad sudah lapuk dan menimbulkan provokasi perkauman sambil menambah sebarang petanda bahawa BN bertolak ansur dengan mereka yang jelas bersikap perkauman dan mengeluarkan pendapat yang bersifat provokasi akan memberi isyarat yang salah kepada rakyat.

"Ahmad Ismail bukan sahaja patut menarik balik apa yang diucapkannya tetapi perlu meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan juga dikenakan tindakan disiplin bagi mengelak perkara itu daripada berulang," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr Teng Hock Nan dalam satu kenyataannya mendesak pimpinan UMNO dan BN untuk mengkaji semula pendirian terhadap Ahmad.

Beliau meminta polis menyiasat perkara itu memandangkan MCa dan Gerakan telah pun membuat laporan terhadap Ahmad.

-mSTAR Online

Kelantan tetap beri bonus walaupun sumber kewangan negeri tidak kukuh

KOTA BHARU 31 Ogos — Kelantan akan tetap membayar bonus sebulan kepada kakitangan kerajaan negeri tahun ini seperti diterima kakitangan sektor awam di peringkat pusat walaupun hutang kerajaan negeri telah melebihi nilai asetnya.



Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui sumber kewangan kerajaan negeri pimpinan Pas itu lemah tetapi telah mengambil langkah berjimat cermat.



Bagaimanapun, Mursyidul AM Pas itu tetapi mempertahankan bahawa pentadbiran kerajaan negeri tidak pernah membazir kerana ia merupakan satu amalan dosa.

-Utusan Online

MCA aspirants begin canvassing for votes

KUALA LUMPUR, Aug 31 — MCA leaders look all set to make their respective bids for party national positions, kicking-off their campaign rounds and criss-crossing the nation to garner votes for the election slated for Oct 18.



And like the US presidential race, which had now reached a feverish pitch after both Democrats and Republicans picked their respective candidates, aspirants of the second largest Barisan Nasional component party are expected to follow a similar path, announcing the posts they would like to contest.



To date, only three candidates —vice-president and Transport Minister Datuk Ong Tee Keat, Youth secretary-general Wee Ka Siong and deputy Wanita chief Datuk Paduka Chew Mei Fun have announced their bid.



The others have decided to play the waiting game.



For the time being, Ong seems to be the lone candidate for the presidency of the party which has some one million members. Wee wants to be Youth chief and Chew intends to go for the Wanita top post.



The position of Youth chief fell vacant, following a decision by Datuk Liow Tiong Lai, who is also health minister, to go for the parent body position.



The Wanita chief post has also seen a vacancy with incumbent and Women, Family and Community Development Minister Datuk Dr Ng Yen Yen wanting to have a shot at one of MCA's top three posts.



However, this calm setting is about to change in days to come, as indications are that after testing the ground, other leaders are expected to announce their intentions on party positions they would like to go for.



Wanting maximum media coverage, leaders like Home Affairs Deputy Minister Datuk Chor Chee Heung and Federal Territory MCA chief Datuk Tan Chai Ho are expected to announce their candidacy for the MCA vice-presidency tomorrow, knowing very well that newspapers would be hunting for stories to fill their pages during the three-day Merdeka holidays.



"I would announce my decision on Monday (Sept 1) in Alor Star after the state liaison committee meeting," Chor replied when asked if he would go for the vice-presidency.



Other MCA leaders like secretary-general Datuk Ong Ka Chuan and vice-president Datuk Donald Lim Siang Chai, who are likely to square off for the MCA deputy presidency are expected to follow suit in the "very near future".

Ong, the younger brother of outgoing president Datuk Seri Ong Ka Ting, had indirectly hinted that he would go for the party's second post, after three MCA divisions in Perak announced that they supported him for the number two post in his presence two days ago.

While Lim is mum on his intentions, ardent supporters of the former deputy tourism minister reveal that the "boss" would also go for the deputy presidency.

"I will announce my decision after the state MCA Youth and Wanita elections," he said. The state MCA Youth and Wanita polls will be held simultaneously nationwide on Sept 6.

Another heavyweight, Dr Ng, is also expected to announce her bid in the next few days, possibly tomorrow, and talk is that the Iron Lady of MCA would fight for one of the four vice-president’s posts in the MCA. Sources also reveal that the outspoken Wanita leader would join the crowded VP race.

Liow, who is not defending his Youth chief post, on the other hand, is expected to make his announcement on Wednesday. He is likely to be another vice-president candidate.

Other leaders likely to join in the fray are Higher Education Deputy Minister Dr Hou Kok Chung, former Penang exco Datuk Koay Kar Huah, former Perlis exco Loh Yoon Foo, former Negri Sembilan exco Datuk Yeow Chai Tiam and former Sabah MCA chief Datuk Chau Tet Onn.

However, the bulk of party leaders are expected to fight for the 25 MCA Central Committee (CC) positions.

The question frequently asked in this MCA polls, though, remains unanswered. Who will take on Ong (Tee Keat) for the party's number one post?

Party insiders reveal that the contender could be either MCA vice-president Datuk Seri Dr Fong Chan Onn or former MCA vice-president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. But these two leaders could form a pact and trash out on who should fight the top post.

"However, until now, there is still no light at the end of the tunnel. Dr Chua wants the top post," a party insider close to the two leaders said.

Dr Chua seems to be a clear candidate trading barbs with Ong (Tee Keat) in cyberspace via blogs and this is viewed by many educated MCA delegates as a good avenue to get to know the two leaders.

"It is as good as their manifesto. For Dr Chua, it shows that he is preparing to contest," an aide to a MCA minister said.

In his blog, Dr Chua projects himself as choice to revive the MCA which received a massive blow at the March 8 general election, while Ong portrays himself as a consistent leader "without any moral issue".

However, should Dr Chua, the former health minister, opt to go for the party's top post, the issue of morality due to his previous sex scandal will definitely haunt him during the campaign.

While the two leaders seem locked in battle, former health minister and veteran MCA leader Datuk Chua Jui Meng is the dark horse as he. too, is said to be "eyeing" the MCA top post.

The path is clear for Chua after he retained the Bakri (Johor) MCA division head post and "he is likely to announce his decision next week", an aide to Chua said.

The next few weeks seem to be exciting times for the MCA.

If the leaders think that winning party elections is difficult, they are definitely wrong as another bigger battle awaits them.That will be the fight for the hearts and minds of the Malaysian Chinese who deserted the party in droves in Election 2008.

-TMI

Anwar nasihat Fairus turun padang

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin supaya lebih kerap turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat.

anwar ibrahim 290408Beliau berkata, walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu sibuk menguruskan pentadbiran negeri, beliau perlu meluangkan masa untuk menemui penduduk di kawasannya.

Menurutnya, ini berikutan maklumbalas penduduk menunjukkan pemimpin muda PKR itu jarang kelihatan di kawasannya sejak memenangi pilihanraya umum Mac lalu.

"Saya susah hati kerana tidak pernah orang komplen secara terbuka begini dan mereka minta saya nasihatkan Fairus. Memang kita sibuk tetapi kenalah luangkan masa untuk menemui penduduk kerana mereka boleh faham dan terima kalau kita sibuk tetapi mereka tidak boleh terima kalau kita tak turun padang," kata Anwar.

Bernama memetik beliau sebagai berkata mantan timbalan perdana menteri itu menegaskan demikan dalam ucapannya di majlis kesyukuran kemenangan beliau dalam pilihanraya kecil Parlimen Parlimen Permatang Pauh ini.

Hadir sama ialah isternya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengosongkan kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di situ.

mohammad fairus khairuddinFairus yang ditemui pemberita kemudian berkata beliau menerima teguran itu secara positif.

Menurutnya, beliau akan berusaha memperbaiki perkhidmatan kepada penduduk bukan sahaja di Penanti malahan di Pulau Pinang.

Katanya beliau banyak menumpukan masa untuk menyusun pentadbiran kerajaan
negeri bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng sejak lima bulan lalu.

Fairus berkata jika orang ramai mempunyai sebarang masalah, mereka boleh mendapatkan bantuan di Pusat Khidmatnya di Tanah Liat.

-malaysiakini

TP - yang ni mat feroz kene dengar & buat... jangan pejam matam pekak telinga...kami yang berkampung di P-044 hari tu pun banyak dapat komplen orang ramai... dah kami sampaikan pada pimpinan PKR & nampaknya dah disampaikan oleh DSAI sendiri... ingat Amanah yang orang bagi.

Akujanji Ahli Parlimen Sabah: Wayang Kulit Politik

KOTA KINABALU, 31 Ogos (Hrkh) - Tindakan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memaksa ahli parlimen Sabah dan Sarawak menandatangani surat akujanji merupakan suatu tindakan terdesak bagi mengelak Barisan Nasional (BN) tersungkur menyembah bumi.

"PM jelas merasa cemas dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh, ini amat ditakuti oleh Najib dan Abdullah sehingga mereka memaksa ahli parlimen BN Sabah dan Sarawak menandatangani surat akujanji bagi mengelak parti itu tersungkur menyembah bumi,"kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah ketika dihubungi Harakahdaily semalam.

Menurutnya, surat akujanji tidak mempunyai apa-apa kesan kepada undang-undang yang boleh menyekat seseorang Yang Berhormat (YB) untuk terus kekal di dalam parti yang sedia ada.

Tambahnya, surat akujanji sebenarnya hanya meletakkan harga diri seorang YB sama seperti seorang pegawai kerajaan yang selama ini telah menzahirkan kesetiaan mereka kepada pemerintahan BN.

Beliau yang juga YDP Pas Kawasan Batu Sapi berkata, sewaktu kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) meluluskan undang-undang anti lompat di dalam Dewan Undangan Negeri Sabah, BN menolak undang-undang tersebut, jadi mengapa kini PM memaksa ahli parlimen Sabah dan Serawak menandatangani akujanji tersebut.

Sehubungan itu katanya, "saya menasihatkan mana-mana YB BN Sabah yang ingin menyertai Pakatan Rakyat, YB harus bersedia mengadaptasi senario politik yag serba baru yang asas perjuangan untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini."

"Pakatan Rakyat tidak akan menjanjikan politik wang atau kemewahan peribadi seperti yang dijanjikan oleh BN dan ahli parlimen BN mesti bersedia mengisytiharkan aset mereka bagi mengembalikan kepercayaan rakyat di negeri ini agar Pakatan Rakyat yang mereka sertai benar-benar mencerminkan sebuah pakatan yang bersih dari rasuah dan amalan kronisme," katanya.

Beliau juga menyatakan senario politik Sabah banyak diwarnai babak YB yang cenderung melompat parti sehingga sesuatu parti yang memenangani pilihanraya negeri dengan hanya majoriti mudah boleh ditumbangkan dengan melompatnya seseorang YB ke parti lawan.

Ini terbukti dalam pilihan raya DUN negeri Sabah pada 1995 yang menyaksikan parti PBS tumbang apabila dua Adunnya melompat ke Umno.

Kematian dan Ramadan

Ramadan datang lagi. Alhamdulillah kita sempat menyapa dan mendakapinya penuh erat. Ia kurniaan Ilahi maha hebat, cukup sempurna, menyejukkan gelisah, mententeramkan resah.

Awalannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirannya bebas dari api neraka. Masya-Allah.

Namun, ini mungkin Ramadan terakhir buat kita. Penghujung nyawa adalah rahsia. Renungilah.

Berapa ramai anggota keluarga terdekat dan teman rakan, yang bersama kita Ramadan setahun lalu, kini tiada lagi, tidak sempat untuk menikmati ujian dan menjalani tarbiyah dalam madrasah penuh pengorbanan ini.

Justeru jangan terleka. Peluklah dengan penuh kecintaan - setelah rindu yang amat sangat terlerai sudah - Ramadan yang sarat dengan keberkatan ini. Pintu-pintu syurga terbuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan terbelenggu. Hamparan ketakwaan dibentang seluas-luasnya.

Detik nafasmu adalah ibadah. Tidur rehatmu adalah ibadah. Apa lagi dengan bertadarus, menyantuni anak yatim, menyempurnakan silaturrahim, membela golongan tertindas, bersedekah, memuliakan ibu bapa, mengasihi orang tua, membantu golongan tidak berupaya, menyediakan bahan berbuka, selain berdoa dan memanjangkan sujud, serta menghidupkan malam dengan munajat dan taubat selepas bertarawih, sementara menanti malam seribu bulan.

Menghampiri Ramadan kerap mengingatkan saya tentang pemergian secara tiba-tiba buat selama-lamanya, jantung hati kami sekeluarga, Nurul Syafiqah, pada pagi 1 Ramadan, jam 8.15, tiga tahun lalu. Dalam usia 11 tahun, kematian Syafiqah, anak kedua kami, cukup meremukkan hati; mencampakkan saya, isteri dan empat anak yang lain ke penjuru satu dunia berbeza.

Ternyata kasih sayang buat anak kecil darah daging sendiri begitu luar biasa, tertanam jauh di dalam kalbu, menyelinap setiap denyut nadi.

Ya, Ramadan dan kematian menjadi cukup intim, saling mengingatkan, walaupun selalunya peringatan itu mudah dilupakan. Khabar kematian sering mengejutkan. Debarannya keras sekali.

Hentakannya boleh memutuskan angan-angan. Sayang, insan selalu alpa. Kematian anak kecil, apa lagi yang tidak didahului dengan sakit memanjang, lebih "istimewa" berbanding kehilangan ibu atau ayah, atau keluarga terdekat lainnya.

Ia memang menyesakkan nafas, membuntukan fikir, namun secara misteri mudah menyuntik rasa sedar-insaf bahawa panggilan Ilahi bisa datang secara tiba-tiba, tanpa bertanyakan apakah persiapan sudah beres atau masih khayal dengan hal duniawi yang tidak berkesudahan.

Benar sekali sabda nabi. Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat merenggut kelazatan dunia, iaitu mati. Rasulullah pernah ditanya tentang orang Mukmin yang paling mulia, maka jawabnya adalah orang yang paling baik akhlaknya.

Ditanya lagi, orang Mukmin mana yang paling beruntung atau cerdas, maka jawab baginda, mereka yang paling banyak mengingati mati dan mempunyai bekal yang banyak untuk menghadapi kematian.

Ramadan menjanjikan gandaan pahala, menghaluskan jiwa dan mendorong untuk melakukan amalan kebajikan. Manakala mengingati kematian menyebabkan seseorang menyegerakan taubat, rendah hati dan rajin beribadah. Namun Ramadan bukan pula membungkus seseorang dengan aktiviti individualistik semata.

Khidmat buat masyarakat, menarik tangan masyarakat bawahan yang tertekan, terutama dalam kesempitan hidup yang menggigit ini; semuanya perlu ditingkatkan setulusnya, sebagai satu persembahan agung buat Ilahi. Sesungguhnya Allah amat mencintai makhluk yang paling penyayang pada makhluk yang lain, yang paling bersungguh-sungguh dalam memenuhi keperluannya.

Usah terlepas lagi daripada merangkul kenikmatan Ramadan yang sangat istimewa itu. Pesan saya buat diri yang sangat mudah terleka ini, walaupun Syafiqah kerap mengejutkannya.

-HarakahDaily

Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. - mks.

Presiden PAS

Dairi P-044: Haji Pi Yang "Cool"...

Dari kiri : Assistant Haji Pi, Cucu Mat Kilau, Haji Pi, Mat Comot & Malaysiabiz-Aloha
Permatang Pauh, 27hb.Ogos,2008(Judgement Day) - Sehari suntuk kami ronda-ronda keliling P-044.tengok tempat buang undi, sempat pekena nasik kandaq dekat Butterworth, pi balai ulis seberang Prai tengok hantu kene tangkap & macam-macam lagi...

Paling best skali hari tu bila dapat jumpa calon bebas P-044 Haji PI dekat markas AKIM.tak rancang pun nak carik Haji Pi.kebetulan je...cucu mat kilau gatal nak singgah kat markas AKIM konon nak ambik poster ka, apa ka, nak buat souvenir kenang-kenangan.

Sampai depan markas AKIM, malaysiabiz berenti, cucu mat kilau laju ke keluar pi menapak dekat markas AKIM.aku tengok dari jauh.pas tu aku perasan Haji Pi ada kat situ.

Kami pun apa lagi...pakat-pakat turun la...bukan senang nak jumpa calon.

Pakat serbu Haji Pi...Haji Pi pun tekejut karen...mana tak nya...aku pakai baju PAS...kami salam-salam dengan Haji Pi, pas tu sembang-sembang jap...

Tak banyak kami sembang.cuma majlis suai kenal je...yang bagus nya Haji Pi ni, tiap tetamu ke markas dia, dibagi buku log untuk catat kedatangan.aku tulis je la...no telipon pun aku bagi jugak...

Dekat markas tu ada la dalam 8 orang petugas & orang-orang kanan Haji Pi.

Ambik gambar lebih kurang, pas tu gerak...sambung ronda...jam dah lepas kol 5 petang...pusat pengundian dah tutup...HP pulak kalut bebunyi.

Rupa-rupanya puaka-puaka UMNO/BN minta lanjut tempoh mengundi lagi sejam.nasib baik kita lawan balik ikut jadual.kalau nak lanjut boleh...bertumbuk la dulu...amacam???

Lepa tu kami terus gerak pi Yayasan Aman...jalan jem bagai...sejam setengah baru sampai Yayasan Aman.on the way ke Yayasan Aman ada member call bagitau depa terserempak dengan Haji Pi & the geng tengah tanggal poster depa...Haji Pi tanggal sendiri poster???...aku tabik spring dekat Haji Pi.cukup gentleman.

Masa keputusan rasmi P-044 diumumkan dekat Maktab Bainun aku dapat tau, Haji Pi pun datang jugak & stay sana sampai habis result...memang Haji Pi cukup-cukup cool..!

Ariff mana?......depa cakap, Ariff tengah masak telur nak bagi hanjing makan...