Assalamualaikum...
Belum reda isu "kekalahan" UMNO/BN dalam PRU12 tempohari kini timbul pula isu "perpecahan dalaman UMNO".dengan mantan PM menjadi pendahulu barisan paling terhadapan "Pakatan UMNO Murtad"(PakUtad) situasi politik Malaysia kembali bergelora bagaikan dilanda Taufan Mak Andang.habis segala suku-sakat pro UMNO/BN bingung sebingung bingungnya.
Apa yang nak dibingungkan aku pun tak tau.ikut suke depalah...yang penting bagi aku ialah Pakatan Rakyat beroleh satu lagi peluang selepas PRU12 untuk mengukuhkan lagi kedudukannya didalam arena politik Malaysia.satu lagi peluang yang tidak mungkin datang dilain kali.
Inilah masanya untuk Pakatan Rakyat memancing para ahli dan penyokong UMNO/BN yang kecewa dengan parti dokongan mereka.Pakatan Rakyat "wajib" mengambil peluang ini untuk menyatakan dan menerangkan perjuangan Pakatan Rakyat didalam politik Malaysia.disaat para PakUtad tercari-cari madah perjuangan yang lebih relevan bagi mereka rasanya tidak sukar untuk Pakatan Rakyat memenangi hati para PakUtad sementelah lagi perjuangan Pakatan Rakyat telah berjaya memenangi hati sebahagian dari mereka dalam PRU12 yang lalu.
Yakinlah bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk tujuan itu...kita sedia maklum bahawa para PakUtad adalah para pejuang yang lantang berjuang didalam bekas parti dokongan mereka dan mustahil mereka boleh berdiri tanpa platform.mereka perlukan platform untuk meneruskan perjuangan mereka dan mustahil Pakatan Rakyat tidak relevan bagi mereka.Pakatan Rakyat telah menafikan 2/3 majoriti mereka walaupun dalam PRU yang didominasi oleh kekotoran yang dirancang oleh mereka.dengan adanya para PakUtad didalam Pakatan Rakyat,segala kekotoran yang telah dicipta oleh mereka dulu dapat diatasi kerana mereka yang mencipta kekotoran itu dan mustahil mereka tidak tahu untuk membongkarnya demi memastikan kemenangan dan matlamat mereka tercapai.
PKR,PAS & DAP telah membuktikan keupayaannya selepas PRU12 tempohari.kalau dilihat pada tempoh yang tidak sampai 100 hari,terbukti Pakatan Rakyat memang mampu mentadbir.kemampuan Pakatan Rakyat memang terbukti di 5 negeri yang ditaklukinya.
UMNO/BN pula semakin hari semakin tak tentu arah.1 demi 1 masalah dalaman melanda parti yang telah 62 tahun wujud di Malaysia.sebaik tamat PRU12,gendang & beduk lantang dipalu oleh para ahli & penyokong UMNO/BN mendesak presidennya meletak jawatan,kemudian datang pula ribut pemilihan MB Perlis & Terengganu,penderhakaan pada sultan menjadi "iklan" ditengah kekalutan,belum selesai ribut pemilihan MB,datang pula ribut yang mencabar kedudukan presiden parti UMNO,tsunami mongolia,ribut EGM,ribut babi moden,taufan Balkis,ribut lompat diselangi dengan angin Linggam kerosakan terus datang dengan hadirnya puting beliung Che'Det yang kekuatannya dikhabarkan bisa memporak-perandakan UMNO.apalagi selepas ini?
Aku tak nampak sebarang kemungkinan situasi dalaman UMNO akan reda selepas ini.percayalah...UMNO telah sampai ke penghujung nyawanya.rupanya kubur UMNO digali oleh UMNO sendiri...
Biarkan UMNO...biarkan mereka...Pakatan Rakyat melangkah setapak lagi didalam arena politik Malaysia.dengan serangan yang bertubi-tubi dari segenap arah oleh kerajaan Barisan Nasional,Pakatan Rakyat terus kukuh dan lebih mantap lagi.ternyata Pakatan Rakyat amat relevan sebagai madah perjuangan para rakyat marhain dan juga buat PakUtad.siapa lagi yang berjaya menyatukan rakyat pelbagai kaum didalam satu bumbung?
UMNO - Berjuang untuk bangsa Melayu
MIC - Berjuang untuk bangsa India
MCA - Berjuang untuk bangsa Cina
3 parti mewakili bangsa mengepalai BN - Selamat,Aman,Makmur
PKR - KeADILan untuk semua
DAP - Hak kesamarataan
PAS - Islam untuk semua
3 parti bukan perkauman membentuk Pakatan Rakyat - Ketuanan Rakyat
Siapa lebih relevan & siapa pilihan anda?
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Tuesday, May 20, 2008
UMNO Ribut - Pakatan Rakyat Melangkah Setapak Lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment