diciplak dari : malaysiakini
Jun 29, 08 3:04am
Angkatan Muda Keadilan (AMK) sedang mengumpulkan ahli-ahlinya untuk ditugaskan mengawal sekitar Hotel Qualitiy di Shah Alam untuk menghadapi kemungkinan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap dalam tempoh 48 jam ini.
Difahamkan, mereka sedang mengumpulkan kira-kira 1,000 orang ahli AMK dari 22 bahagian PKR, khususnya di Selangor mengawal pintu-pintu masuk utama ke hotel berkenaan.
Anwar berada di hotel tersebut bersama pemimpin-pemimpin utama PKR selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya petang semalam, yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya.
Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar berkata laporan tersebut adalah rekaan semata-mata.
Sebaliknya beliau berkata ia diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku termasuk mereka bukti dalam kes-kes yang dibuat terhadapnya pada 1998-1999.
Manakala PKR pula berkata polis telah menahan kakitangan Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.
Menurut parti itu lagi, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.
Penyokong Anwar juga semakin ramai berkumpul di Hotel Quality Shah Alam.
Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.
Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.
Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.
Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Sunday, June 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment