"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, July 01, 2008

Filem: Sodo Mee Part Two

diciplak dari : malaysiatoday

DARI JELEBU
Hishamuddin Rais

Betul-betul filem Melayu. Turun lokasi dulu kemudian baru buat skrip dan cari pelakon extra. Kah kah kah. Filem kita berwajah kita. Hidup PDRM... oops Hidup FINAS.

Alamak gua dengar filem Sodo Me karya Brad Pittail akan di buat lagi. Sodo Mee Part 2 ini akan dibuat dengan lebih gempaq. Gua dengar dengan sahih si pengarah Brad Pittail sudah mulakan penggambaran. Iklan-iklan telah bocor di akhbar-akhbar. Pelakon utama telah ditemui.

Dengar-dengar nya filem Part Two ini amat gah TETAPI lokasinya masih belum di tentukan. Inilah standard filem Melayu. Leceh. Kata nak buat filem gempaq. Lokasi pun belum jumpa. Bila di tanya Brad Pittail di mana lokasi tempat Sodo Mee terjadi, dia berkata: lokasinya berlaku di dalam kondo di Jalan Pantai, di kondo di Jalan Bangsar dan di kondo Damansara dan terus ke kondo Segambut. In best punya Sodo Mee beb. Makan tak habis.

Woit! Ada berapa ribu kondo di sana? Yang mana satu kondo yang betul. Ini nampaknya bukan filem Sodo Mee Part Two. Kalau kondo panjang-panjang dan nama kondo pun tidak jelas ini samalah seperti kempen undilah Shahrizat Gadis Pilihanku. Biar betul. Kalau macam itu baik cakap Sodo Mee ini berlaku di semua kondo-kondo di Kuala Lumpur, di Shah Alam, PJ , Kelang dan Senawang. Baru boleh cover line. Lebih safe. Pukul borong. Pasti lokasi tak salah.

Gua kurang faham kenapa si Mamat yang bernama Brad Pittail ini menjadi pengarah Sodo Mee Part Two? Si Mamat yang mengarah ini pun bukan hebat sangat otaknya. Semasa belajar dahulu dia slow sikit ( ini class mate dia seorang big lawyer yang joging hari-hari di Lake Garden bagi tahu). Dia slow kerana semasa kanak-kanak dia dihinggapi oleh wabak kurang cerdik. Mungkin badi wabak ini telah merosakkan daya fikir si Mamat ini. Itu fasal apabila dia bikin skrip drama, orang tidak percaya jalan ceritanya. Bila dia menjadi pengarah, cerita menjadi tidak lengkap dan berserabut.

Betul-betul filem Melayu. Turun lokasi dulu kemudian baru buat skrip dan cari pelakon extra. Kah kah kah. Filem kita berwajah kita. Hidup PDRM... oops Hidup FINAS.

Gua dengar skrip ini telah di ambil dari skrip lama filem Fitna Al- Sodom Al Drebarli. Skrip ini telah memenangi hadiah ke 3 peraduan skrip anjuran Matt Madey. Brad Pittail dipilih menjadi pengarah, bukan kerana dia bijak tetapi kerana dia bernasib baik. Ketika Matt Madey jadi PM ( production manager) dahulu, Madey cukup prihatin dan telah banyak membantu pelakon-pelakon Orang Kurang Berfikir (OKB) seperti pelakon Nazri, Fidah, Sami, AG dan GIP. Matt Madey cukup suka bergelojak dengan OKB. Matt Madey sebagai PM cukup cerdik mengemut bujet dan amat bijak dalam hal mengumpulkan pelakon-pelakon OKB ini. Kerana kurang berfikirlah maka Brad Pittail dapat menjadi pengarah. Kah kah kah.

Tentang lakonan? Satu habuk pun penonton tidak akan percaya. Yang paling tidak meyakinkan ialah adegan lakonan hero filem ini dalam Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Kenapa pelakon utama filem ini digambari dengan seorang Mamat Hitam Lagi Pendek Lagi Muka Tak Laku. Mukanya Mamat Hitam ini macam muka Aman Belon.

(Siapa Aman Belon? Gua penonton filem Melayu yang setia. Gua tahu siapa Aman Belon. Muka Mat Hitam itu macam muka Aman Belon. Kalau tidak caya sila tanya Bapak Saudara gua Lebai Google.)

Apakah perlunya bergambar di dalam opis TPM? Siapa Mamat Hitam Pendek ini? Apa peranan dia dalam filem ini? Aku rasa Mamat Hitam ini adalah Mamat Bottom. Kalau muka gebu macam dia ini, kalau gua pengarah gua minta dia berlakon jadi hantu. Macam Aman Belon dalam cerita Pontianak. Mesti Rosmah.... oops Maria Menado menjadi takut.

Pelakon utama filem Sodo Mee Part Two ini gua dengar ialah pendatang baru yang bernama Sinful Buka Harihari (tidak ada tali persaudaraan dengan si penyeludup beras di Perlis). Apa yang dia buka hari hari itu gua pun tidak tahu. Buka seluar ke atau buka punggung. Tingginya hampir enam kaki. Bila bergambar dengan Mamat Bottom itu gayanya betul-betul macam Wahid Satay berdiri disebelah Aman Belon. Kah kah kah. Filem kita berwajah Bottom ....oops berwajah kita.

Apa yang tidak masuk akal ialah apabila adegan Sinful hendak di liwat oleh seorang tua berumur 60 tahun , kenapa si Sinful TIDAK menendang atau menerajang si peliwat yang semakin tua ini. Kenapa tidak menggunakan 'method acting' atau 'kung fu Bruce Lee. Adegan ini skripnya tidak di tulis dengan betullaaa. Kalau ada pergaduhan lagi best. Lagi suspens. Lagi erotik. Inilah skrip filem Melayu kantoi all the time.

Penonton berfikir....mustahil hero kita yang baru berumur 23 tahun, tinggi 6 kaki tidak dapat menendang bakal peliwat yang sudah berumur 60 tahun. Kenapa tidak ada struggle dalam adegan ini. Patutnya ada dialog – ' ciss orang tua 60 tahun....jangan liwat bontot aku jika kamu tidak ada Ky Jelly...' Kah kah kah. Filem kita berwajah kita.

Ingat tidak Maria Schneider yang nak di liwat oleh Brando dalam Last Tango In Paris pun ada tendang menendang. Ingat atau tidak adanya butter yang di gunakan oleh Brando. Semasa Bernardo Bertolucci membuat adegan ini berapa kilo butter terbarai. Ini baru skrip yang meyakinkan.

Dalam Sodo Mee Part Two ini tidak ada adegan melawan. Ini amat-amat kurang meyakinkan. Hampir mustahil seorang anak hero yang lubang bontotnya hendak di jolok tidak dapat melawan. Kalau dia tidak jaga bontonya siapa yang akan menjaga. Apakah perlu JJ datang membantu? Lagi bahaya nanti, kena raba-raba sebelum dijolok.

Orang ramai telah mula bercakap tentang skrip filem Sodo Mee Part 2 ini. Kegagalan skrip ini sudah nampak jelas. Kalau skrip ini gagal satu lagi krisis pasti akan timbul. Matt Madey tuan punya skrip original akan bertindak menyaman pengarah filem ini. Saman akan diajukan kerana filem Part Two ini telah memalukan Matt Madey penulis asal skrip ini.

Dari majalah Cine Revue du Fou, saya difahamkan mungkin skrip filem ini dapat di selamatkan dengan prop yang cukup menarik. Kali ini TILAM dan Bantal buruk yang ada dalam skrip asal tidak akan dipanggil untuk berlakon. Saya difahamkan tilam dan bantal akan diganti dengan minyak lintah dan kain gebar. Dan besar kemungkinan ada beberapa prop baru yang sedang direka oleh Brad Pittail. Prop-prop inilah nanti diharapkan akan meyakinkan penonton Malaysia.

Saya juga mendengar beberapa ekor lintah hidup juga akan dibawa sebagai pembantu 'special effect' untuk mengeluarkan darah dalam babak pemeriksaan doktor. Darah perlu menitik keluar dari bontot Sinful Buka Harihari untuk menyeramkan penonton. Satu kamera angle yang unik sedang disusun di mana lintah tidak kelihatan tetapi darah menitis keluar dari bontot. Ini gua rasa akan menjadi satu adegan yang lebih hebat dari Last Tango.

Kalau adegan darah meleleh keluar dari bontot Sinful Buka Harihari ini dapat dikamerkan maka gua yakin filem Sodo Mee Part Two ada peluang untuk di murtabakkan sebagai filem lawak Melayu Internasional untuk kurun ini. Gua rasa kalau scene ini berjaya gua yakin Sodo Mee Part Two boleh bertanding untuk mendapat piala Le Fou du Monde di Cuntt Filem Festival. Kah kah kah. Filem kita berwajah kita.

No comments: