artikel asal : hamdy hamdy
Assalamu'alaikum...
dalam politik, dua perkara yang amat penting perlu dilakukan, pertama :membina persepsi kedua timing.
Kes liwat yg tiba tiba muncul ini menunjukan bahawa team najib atau najib sendiri atau rosmah & co merupakan mereka yg amat brutal dan matlamat menghalalkan cara. Ini kerana dalam masa seminggu, statutuory declaration SD raja petra di buat, sudah ada tindak balas yg cepat hebat dan brutal untuk mengalih pandangan atau diversion dilakukan.
Dimasa yang sama, dalam keadaan pak lah tertekan kiri kanan atas bawah, perkara se brutal begini tidak dilakukan walau setelah hampir 4 bulan ditekan setelah pru13. Tetapi team najib, dalam masa seminggu, membuat satu counter attack yang cukup hebat. Dan mungkin ada kebenaran bagi mereka yang mengatakan Najib will go all the way to achieve his objective. Sebelum ini najib ditekan oleh mahathir tetapi tekanan itu hanya sekadar meminta najib challenge pak lah. Tetapi SD raja petra boleh menjatuhkan career politik najib.
Ada counter hujah yang mengatakan kes liwat ini adalah perbuatann mencari publisiti anwar sendiri. Kalau anwar yg melakukannya maka tindakan anwar itu adalah tindakan bodoh kerana ianya mencemar imej dan sahsiah beliau. Tetapi tindakan beliau untuk berkhemah satu hari dgn diplomat turki itu adalah satu tindakan bijak untuk menarik perhatian dunia dan mendapat publisiti hebat. Dan bagi saya ada message yang ingin disampaikan oleh kerajaan turki kpd pemimipin BN kerana kedutaan turki tahu bahawa tindakan lanjutan dari kerajaan BN ialah wisma putra akan memanggil duta turki untuk diberi kata dua. Saya percaya dlm pertemuan itu rais yatim akan bersusah payah dan berbelit belit diplomatically untuk memberitahu bahawa tindakan duta turki itu tidak wajar dan sebagainya. Sudah tentu duta turki itu akan meminta maaf dan mengatakan mereka tidak memberi perlindungan tetapi dimasa itu ada message mau disampaikan. Ada satu tulisan yg mengaitkan dgn penglibatan intelligent turki didalam pilihanraya yang lalu bagi pihak anwar. Tapi bagi saya tindakan anwar berkhemah sebentar adalah tindakan yg smart dlm aspek mendapat publisiti meluas dan perhatian dunia.
berbalik kepad isu najib, sekali lagi saya katan team najib adalh brutal dan akan pergi all the way to achieve his objective. komen isteri saya bila melihat najib ditv malam tadi ialah "muka dia selamba aje kann". Yep, dia selamba mungkin kerana bukan dia yg melakukan, tetapi juak juak dia yang menunggu harta rampasan perang bila menang nanti. Setakat level, askar, sarjan, leftenan dan mungkin major sudah cukup untuk mengatur perkara berikut. General boleh berlepas tangan. Terutama kalau general berkata "buat dulu baru tanya".
let us enjoy the show.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment