"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 30, 2008

Selepas gesa polis henti siasatan, Anwar hadapi JAWI pagi ini

(Mutakhir) PETALING JAYA: Kira-kira 12 jam selepas meminta polis menghentikan siasatan berhubung dakwaan meliwat, yang dihadapinya buat kali kedua, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan muncul di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di ibu negara bagi memberi keterangan berhubung laporan di bawah peruntukam qazaf (tuduhan palsu) mengenai dakwaan tersebut.

Pagi tadi Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pendedahan laporan doktor Pusrawi, yang disebar meluas menerusi portal berita semalam, membuktikan dakwaan meliwat terbaru terhadapnya hanya bermotifkan politik dan tidak berasas sama sekali.

Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Anwar mengesahkan mengenai perkara itu ketika dihubungi mStar Online malam ini.

“Ya, Datuk Seri Anwar akan ke JAWI esok bagi memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat dulu,” kata beliau yang menganggotai pasukan pembelaan Anwar.

Anwar dijangka memberi keterangan di JAWI pada pukul 10.30 pagi.

Ini kali pertama Anwar membawa isu berkenaan kepada JAWI. Beliau berhadapan dengan dakwaan meliwat 10 tahun yang lalu.

Pada 9 Julai lalu Anwar telah memfailkan laporan tersebut di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan JAWI mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Mengikut seksyen itu, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, dia boleh dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu membuat dakwaan tersebut terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat atas nasihat ulama dan peguam mengikut undang-undang Syariah.

-mSTAR Online

No comments: