"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, July 30, 2008

Al Fatihah: Datuk Mufti meninggal dunia

KL: Bekas Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Mufti Shuib meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, di sini kira-kira pukul 6 petang ini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini pukul 10 pagi esok.

Allahyarham yang merupakan bapa mertua kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azman Wahid, meninggalkan seorang isteri, Datin Norlia Osman serta empat anak lelaki dan dua anak perempuan.

Allahyarham, 68, berasal dari Kampung Baru di sini memegang jawatan Ketua UMNO bahagian berkenaan sejak 1986 hingga 2008.

Bagaimanapun, beliau melepaskan jawatan tersebut seminggu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lalu.

Allahyarham Mufti menjadi wakil rakyat Ampang dari 1986 hingga 2004 serta pernah dilantik anggota Exco kerajaan negeri Selangor ketika Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menjadi Menteri Besar.

Sebelum itu, beliau juga pernah menyandang jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Ahmad Razali dari 1982 hingga 1986.

Semasa hayatnya, Allahyarham sangat terkenal di kalangan ahli serta pemimpin UMNO kerana lantang bersuara dan berhujah malah sering kali mewakili Selangor ketika membahaskan usul pada perhimpunan agung parti itu.

-KLpos

No comments: