"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 15, 2008

Benarkah PAS Terpinggir di Beberapa Negeri?

Nampaknya percubaan memecah Pakatan Rakyat dimulakan dengan tuduhan peminggiran PAS di beberapa Negeri. Tetapi saya tidak berasa terkejut walau sedikit pun. Nampaknya inilah taktik terbaru Fraksi UMNO dalam PAS.

Saya membaca laporan Malaysiakini berkaitan dengan Muktamar Pemuda di Ipoh semalam. Mereka telah memetik Abdullah Karim:

Sebelum saya memulakan komen saya, saya hendak bertanya, kepada negeri-negeri yang komplen kononya mereka dipinggirkan.

Soalan saya adalah:

Jika kita banding PAS sewaktu sebelum Pakatan Rakyat dulu, adakah keadaan PAS lebih baik sekarang atau lebih buruk?

Seperti yang dilaporkan Malaysiakini:

“Abdullah turut menyifatkan perbahasan ucapan dasar ketua Pemuda PAS di sebelah pagi itu panas kerana kelantangan wakil-wakil pro-muqabalah itu berhujah "seolah-olah tiada lagi masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat".

Apakah pemuda-pemuda negeri ini terlupa bahawa UMNO telah melayan mereka 1000x lebih buruk dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat? Lupakah dahulu UMNO telah menghalang, meroboh, menista, memperbodohkan dan banyak lagi PAS di negeri-negeri ini?

Mengapa tiada ada apa-apa perbandingan dengan zaman dahulu? Saya juga sedar di negeri-negeri ini tidak pula diberikan fakta dan statistik berkaitan dengan tuduhan mereka bahawa PAS telah dipinggirkan.

Bukankah sekarang ini PAS di Pulau Pinang dan Selangor bebas bertemu dengan rakyat, bebas berorganisasi, bebas mengimarahkan masjid2 dan surau2? Tiada ganguan langsung. Adakah ini lebih buruk berbanding dengan zaman Barisan Nasional dahulu.

Lupakah PAS Penang dan Selangor bahawa perwakilan PAS di DUN adalah minoriti. Di Selangor, PAS ada hanya 8 kerusi dari 56 (14%), dan di Pulau Pinang 1 dari 39 (2.5%). Dalam keadaan PAS mempunyai kerusi yang sedikit adakah wajar PAS meminta perkara yang terlebih-lebih?

Perwakilan Pulau Pinang telah dilaporkan berkata:

“Persidangan itu juga panas apabila perwakilan Pulau Pinang membangkitkan isu hubungan dalaman Pakatan seperti dakwaan PAS dipinggirkan dalam pelantikan ahli majlis dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di negeri itu – kini diketuai DAP.”

Dalam kes Pulau Pinang saya ada terjumpa satu komen di Tranung Kite di bawah artikel

“Re: PAS Pulau Pinang tidak akan menyertai bersama PR Pilihanraya Kecil Permatang Pauh"(Score: 1)

by kepala_batas on Tuesday, August 05 @ 02:12:41 MYT

(User Info | Send a Message) Di Parlimen Kepala Batas, terdapat 3 DUN iaitu bertam, pinang tunggal dan Penaga. PAS bertanding Parlimen Kepala Batas dan dun Penaga. Saya adalah seorang ketua UPU/Cawangan salah satu di kawasan DUN Penaga. Di dun penaga PAS mendapat semua kerusi JKKK (7 kerusi) tetapi di Bertam dan Pinang Tunggal hanya 1 kerusi JKKK sahaja. Pihak PAS Kawasan Kepala Batas sebenarnya tidak puas hati, tetapi apa boleh buat kerana kesilapan PAS sendiri. Sebenarnya selepas 8 march, setiausaha PAS Kawasan Kepala Batas menjemput semua cawangan dan UPU PAS untuk hadir dalam mesyuarat mengenai perlantikan JKKK, tetapi malangnya hanya UPU dan Cawangan DUN Penaga sahaja yang hadir, UPU dan Caw PAS di DUN Bertam dan Pinang Tunggal tidak hadir dengan alasan mereka telah memberikan senarai nama kepada PKR (dimana PKR bertanding di Bertam dan Pinang Tunggal). Dengan ini PAS kawasan Kepala Batas hanya dapat menghantar senarai nama daripada kawsan Penaga sahaja kepada Perhubungan PAS Negeri untuk dipanjangkan ke Pejabat SUK. INI ADALAH KESALAHAN AHLI PAS SENDIRI KERANA MEMBELAKANGKAN ARAHAN PIMPINAN KAWASAN.

Ertinya, kesalahan terletak di bahu PAS Pulau Pinang sendiri. Saya tak nafi ada masaalah, tetapi kalau PAS Pulau Pinang keluar Pakatan Rakyat, adakah keadaan PAS Pulau Pinang lebih baik?

Penutup

Kadang kadang saya nak rasa tergelak sahaja kepada setengah-setengah PAS Negeri yang begitu dangkal di dalam cara pemikiran mereka. Seolah-olah tiada lagi akhlak islami dalam diri mereka dan yang penting kepada mereka adalah jawatan dan pangkat. Bukankah yang lebih penting adalah kebebasan untuk berdakwah di negeri2 yang terdahulu kita hanya bermimpi untuk duduk dalam kerajaan?

Dimanakah dia idealisma perjuangan PAS di negeri2 ini? Saya ingin bertanya.

Sekiranya PAS di Selangor dan Pulau Pinang mendapat kurang jawatan, maka PAS boleh menggantikan jawatan tersebut di negeri-negeri yang PAS memerintah? Benar atau tidak?

-Tulang Besi

1 comment:

Anonymous said...

Salam JKKK
Apa nak di gaduhkan dengan jawatan dan tugas , jika ada jawatan adakah dapat melaksanakan amanah dengan jujur, jika tidak lebih baik tak ada jawatan, jika nak sangat jawatan ambil jawatan JKKPP- Jawatan Kuasa Keselamatan *ekak *ersekutuan tu, lagi senang.
Banyak Hal kut orang pas mengalah, dan keadilan lebih menonjol, macam di tempat saya JKK dari keadilan dun dimenangi oleh pas, tak gaduh pun, tapi yang lebih-lebih itu orang keadilan yang ada naluri umno.
payah jika naluri umno ada dan ahli pas pula mudah merajuk itu yang payah
Muga pakatan akan terus kekal dan dapat memerintah malaysia.
Drp Wong Jo Wolo