
"Ini juga masanya untuk kita (PAS) membuktikan kesetiaan terhadap Pakatan Rakyat, apatah lagi dengan pelbagai berita tentang kerjasama PAS dengan Umno yang digembar-gemburkan oleh media sejak kebelakangan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Konvensyen PAS Negeri Sembilan.
Katanya, PAS tidak memandang rendah kemampuan calon BN walaupun yakin kawasan Parlimen Permatang Pauh merupakan kawasan selamat bagi Anwar.
"Keyakinan untuk Anwar menang pada pilihan raya kecil itu memang ada, namun kita tidak boleh memandang rendah kepada calon BN kerana BN berkemampuan mengerah seluruh jenteranya.
"Oleh itu, kita harus berhati-hati dalam menghadapi situasi tersebut," katanya.
-mSTAR Online
No comments:
Post a Comment