"Hak dia (Dr. Wan Azizah) untuk lepaskan jawatan (untuk diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim)... kalau saya nak lepaskan jawatan pun hak saya juga dan saya sendiri tidak ada sebab untuk tidak menyokong Anwar nak bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Tahfiz al-Riyadh di sini.
Menteri Besar Kelantan itu juga yakin isu negatif yang dikaitkan dengan Anwar tidak akan menjejaskan kredibilitinya dan tidak mustahil untuk beliau meraih majoriti undi yang besar pada pilihan raya kecil itu kelak.
"Rakyat kini dah akil baligh (matang). Mereka boleh faham dan nilai sesuatu perkara dan bagi saya isu yang dikaitkan dengan Anwar adalah isu jijik yang sepatutnya tidak terlalu diperbesarkan," katanya.
-mSTAR Online
No comments:
Post a Comment