Tak kisahlah kalau anda rajin sangat bersidai dengan pak-pak menteri Umno. Bersidai dalam terang. Barangkali, apa salahnya. Barangkali.
Persoalannya, adakah anda akan bercerita begitu banyak perkara kepada para pemimpin Umno yang anda temui? Adakah ramah sangat mulut anda berbicara sehingga tak sedar terlalu banyak cerita dan maklumat yang anda tuangkan ke dalam telinga dan peti muslihat mereka?

Mereka hanya mampu tersenyum sumbing...
(Hoi bakaq! Hang pun cerita macam-macam maklumat parti!!! Memang, saya bocorkan kerja dalam gelap. Kalau tak dalam gelap pun, kerja yang belum duduk sudah nak bersila. Belum ada keputusan mesyuarat PAS Pusat, sudah bertindak dahulu. Saya bocorkan perangai melawan keputusan parti. Saya bocorkan apa yang saya lihat membelakangkan parti. Atau pembohong).
~penarik beca
No comments:
Post a Comment