Kalau beberapa tahun dahulu ummah sangat berasa beruntung, kerana mempunyai sebilangan pendekar bangsa yang sangat hebat, tangguh, perkasa dan terbilang. Justeru bangsa ini merasa tidak miskin dengan pahlawan-pahlawan terbilang untuk masa depan.
Ezam!. Anda adalah sebahagian dari pahlawan terbilang itu. Anda telah membuktikannya dan seluruh rakyat berbangga dengan perjuangan gagah berani seorang Ezam.

Pahlawan yang besar wajar berjiwa besar. Kemana pun anda berada, anda bisa dinobat sebagai pahlawan seandainya anda benar-benar jujur dan ikhlas berjuang menentang musuh anda.
Musuh anda adalah korupsi. Musuh anda adalah barjouis yang tamak. Musuh anda adalah pemimpin yang tirani. Musuh anda adalah pembesar yang salah guna kuasa. Yang lebih besar, musuh anda adalah musuh Allah. Jangan sampai anda melupakan itu. Jangan sampai anda memusuhi ummah dan bangsa ini!.
Anda bisa menjadi Tengku Djohan Pahlawan, suaminya Chut Nyak Dien, pahlawan besar Aceh yang membingongkan sejarah. Tengku Djohan Pahlawan sesekali menyeberangi mendokong Belanda dan sesekali bersama pahlawan rakyat melawan Belanda. Terserah apa yang ingin anda teladani.
Sebagai muslim yang taat, anda harus bijaksana dan mengasihi dengan mendalam semua lawan dan kawan dalam perjuangan yang besar ini.
Percayalah, sesuatu itu akan dinilai di langit dan bukan di bumi ini.
Kalau benar anda menyimpan rahsia besar itu. Simpanlah dan gigitlah dengan geraham anda sekukuhnya, walau pun pahit menyengat rasa.
Bukankah kita beriman dengan Allah yang menjanjikan, akan menutup kesalahan kita nanti, seandainya kita menutup kesalahan orang lain.
Kalau anda berjiwa besar, tidak perlu mengikut jejak dan tunduk pada jejak-jejak ahli politik yang tidak bermoral dan tidak religi.
Teladanilah Sheikh Mujibur Rahman yang menyimpan di dalam laci maklumat skandal musuh politiknya Nehru dengan isteri Konsulat Inggeris di India, yang diserah oleh pihak intelejen kepadanya, sambil ia berkata" Aku sama sekali tidak tergamak untuk menggunakan perkara peribadi ini dalam menentang musuh politk ku ".
Ezam, anda masih mempunyai peluang dan masa untuk menjadi pahlawan bangsa masa depan."
TP - kalau tak jadi pahlawan bangsa, pahlawan "BANGSAT" pun boleh...tapi pahlawan "bangsa" ni nak pejuang "bangsa" apa??? bangsa KUDA ke bangsa LEMBU PAWAH???
No comments:
Post a Comment