Peringatan buat rakyat marhaen di Permatang Pauh...kawasan anda bakal digegar oleh sumpah, sesumpah & sumpah-sumpah sebaik hari penamaan calon untuk pilihanraya kecil diumumkan oleh SPR esok...
Bukan calang-calang sumpah,sesumpah & sumpah-sumpah yang bakal bersumpah-sumpah di Permatang Pauh,tapi trio "sumpahan" yang dikepalai oleh pakar sumpah sumpah dengan kekuatan 6 kotak rahsia KERAjaan bakal gegar kawasan korang.
Aku nasihatkan supaya korang-korang di Permatang Pauh bersiap sedia...guruh bakal berdentum,kilat sabung-menyabung,ribut akan melanda tanah tumpah darah korang sedikit masa lagi.

Menurut maklumat tak sahih yang pihak kami terima, kesemua ahli trio tersebut sebelum ini telah bersumpah setia akan bersama-sama bersumpah di Permatang Pauh walaupun ketua mereka Ezam tidak dicalonkan ( aku dengar Ezam bersyukur sangat tak dapat lawan DSAI ) sebagai lawan DSAI...
Antara sumpah-sumpah yang akan disajikan kepada penduduk Permatang Pauh ialah seperti lazim ( macam korang tak tau ) "saya bersumpah AKAN mendedahkan siapa sipolan sipolan SEANDAINYA bla bla bla...( ayat ni familiar sangat la... )
Aku nasihatkan kat korang semua supaya menyediakan payung setiap masa kerana dikhuatiri hujan lebat diselangi dengan ribut petir bakal melanda Permatang Pauh sebaik sumpah keramat@kerabat pertama dilafazkan...
Yang seronoknya aku dengar bekalan bantuan dah on the way dah, tapi tak dapat dipastikan akan sampai dekat korang atau tidak ( kemungkinan besar tengah jalan dah kena songlap@sumpah )...
Korang perasan tak 1 benda..?dari tahun 1998 sampai ke la ni mamat Ezam ni asyik AKAN dedah je...bila nak dedah nye???
No comments:
Post a Comment