Keputusan sama ada harga petrol dan diesel dapat dikurangkan daripada harga semasa akan ditentukan dalam tempoh dua tiga hari lagi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penentuan harga minyak perlu diputuskan oleh Kabinet yang masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.
''Kita lihat (harga minyak) atau mungkin (diumumkan penurunan harga minyak) pada bila-bila masa," katanya ketika ditanya sama ada keputusan itu bakal diketahui selepas mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Sabtu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bakal diketahui pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.
No comments:
Post a Comment