"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, September 23, 2008

Jeanne Buat Lawak Oi..!

SUNGAI PETANI, 23 Sept (Bernama) -- update 3:27pm Isteri Perdana Menteri Atin Seri Jeanne Abdullah mencadangkan agar kanak-kanak yang cacat akibat bermain mercun dan mat rempit yang cacat kerana nahas jalan raya tetapi berbakat dalam sukan disenaraikan sebagai atlet paralimpik.

Dengan ini, katanya, negara akan mempunyai lebih ramai atlet Orang Kurang Upaya untuk bertanding di peringkat antarabangsa.

"Semasa saya berada di Beijing bagi menyaksikan Sukan Paralimpik baru-baru ini, saya telah melihat banyak perkara yang boleh kita lakukan, dan walaupun atlet kita ada sedikit sahaja tetapi kita mampu masuk sehingga ke pusingan akhir," katanya pada majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri sempena program Semai Bakti Kedah di sini hari ini.

Katanya Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh menguji bakat kanak-kanak yang cacat akibat bermain mercun dan mat rempit yang cacat akibat kemalangan bagi mengenal pasti bidang sukan yang boleh mereka sertai.

"Kanak-kanak OKU merupakan anugerah yang istimewa walaupun mempunyai kekurangan dari segi fizikal namun saya percaya mereka mempunyai bakat tersendiri yang tidak ada pada orang biasa," katanya.

Jeanne juga menggesa orang ramai menjadi sukarelawan bagi membantu program pemulihan OKU di negara ini.

TP - Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah - Lawak betoi..! Kot ye pun... jangan la samakan OKU "anugerah" dengan OKU "cari pasal"... OKU "anugerah lain", OKU "cari pasal" lain... appara... pemulihan OKU? OKU "anugerah" kita tak pulihkan, kita bagi semangat... yang OKU "cari pasal" pun sama jugak... "turrr"... aku pening...

quot from sham "
memperbanyakkan orang kurang upaya agar kita dapat lebih banyak pingat emas……kah kah kah….kalau gagal tanding real olympik kenapa tidak patahkan kaki mereka boleh masuk paralimpik tahun depan….kah kah kah"

quot from commentor "kahkahkah 300x... apo punyo bangang nii. xkan la totibo bilo dah cacat buleh jd atlet.. kuang2 maso sehat tu bakat mesti dah ado.. ini bilo dah xdo kaki buleh main sukan.. kan polik tu"

dan lagi "check balik cadangan nih ada kene mengena ngan family anak beranak tak??..mane la tahu scomi leh supply equipment...or patrick nak tolond buat stadium khas untuk OKU.."

related post - Tukar Tiub

1 comment:

Anonymous said...

Apa masalah nyer mat