"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, September 24, 2008

Kabinet bincang harga minyak hari ini

PUTRAJAYA 23 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, memang menjadi harapannya agar harga minyak dapat diturunkan sebagai 'hadiah' kepada orang ramai yang akan pulang berhari raya ke kampung minggu ini.

Pada Jun lalu, kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Bagaimanapun, dua bulan kemudian iaitu pada 23 Ogos, kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen menjadikannya RM2.55 seliter manakala harga runcit diesel sebanyak lapan sen, kepada RM2.50 seliter.

Pada 4 September lalu, Abdullah berkata, harga runcit minyak petrol dan diesel mungkin diturunkan lagi sebanyak 15 sen daripada harga semasa jika harga minyak mentah dunia stabil di bawah paras AS$109 setong sehingga akhir tahun ini.

Harga minyak mentah dunia kini berada pada paras kira-kira AS$100 setong.

-Utusan Malaysia Online

TP - Hangpa tok sah dok harap sangat la... kelmarin rege pasaran minyak global dah naik balik daripada USD92.92/tong kepada USD120.92/tong. hangpa tak pecaya hangpa klik [sini].

Aku tak berape harap rege minyak akan diturunkan oleh Gomen... raya ni aku jalan kaki je...
bukan tak biase kene belit ngan gomen...

3 comments:

Anak Kuala said...

dah ko sendiri tau pasaran minyak naik harga. lagi mau turun ka? elok lah bukan jalan kaki je tapi elok ke masjid buat taubat nasuha

Anonymous said...

waa..rajin tul la anakkuala ni ngantor komen... sumer entri ada jek komen dia...baik ko jadi editor je la..syabas....balik raya ni tuang air je le..kan dah ada teknologi tu...ada akal, fikir..ada mata, tengok.. buka mata hati sama.. selamat berpuasa...

Anonymous said...

salam sedara Topeng Perak,

usah dilayan anakkuala ni,dia ni org tak reti idup susah..Tu yg ckp seghupe gitu.....

dah jatuh terduduk nanti,dia tau la nasib dia...(harap2nye tidak la)