KLUANG, 28 Sept (Bernama) -- Puteri Umno meminta anggota-anggota akar umbi parti menghentikan segala bentuk spekulasi tentang keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno menangguhkan pemilihan jawatan tertingginya ke Mac tahun depan.
Ketuanya Datuk Noraini Ahmad berkata, beliau yakin keputusan pada mesyuarat khas MT dua hari lepas itu tidak akan menyebabkan ketidakstabilan dalam parti.
"Saya yakin keputusan itu tidak akan menyebabkan ketidakstabilan di dalam parti kerana ia bertujuan untuk memperkemas dan memperkuatkan institusi Umno dan Barisan Nasional (BN)".
"Keputusan tersebut telah diterima secara menyeluruh oleh anggota-anggota MT dan saya harap segala spekulasi tentangnya di peringkat anggota akar umbi dapat dihentikan," kata Timbalan Menteri Sumber Manusia itu kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup program Kembara Ramadan Puteri Umno Johor di sini, malam tadi.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment