"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, September 28, 2008

Muafakat Tolak UMNO/BN

KEPALA BATAS 27 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa umat Islam supaya sentiasa memilih jalan bermuafakat bagi mempertahankan perpaduan serta mengelakkan sebarang bentuk perpecahan dalam masyarakat.

Perdana Menteri berkata, pendekatan bermuafakat sebagaimana dituntut agama Islam, perlu dijadikan pegangan dalam sebarang urusan bagi mengelakkan umat berpecah-belah sesama sendiri.

‘‘Inilah yang perlu kita fahami untuk memastikan kita tidak bergaduh, bercakaran dan berpecah belah sesama sendiri.

‘‘Dengan muafakat, apa yang dirancang dapat membawa kebaikan dan kemajuan, barulah kita menjadi umat yang kuat,” katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Kampung Selamat, Pinang Tunggal di sini malam ini.

-Utusan Malaysia Online

TP - Muafakat??? allooo Pak Lah... hang nak nasihat sapa muafakat -muafakat nih? hang ni buta ka bangang? rakyat Malaysia lama dah muafakat nak tolak Hang dan jugak UMNO/BN... hang baghu bangun tido ka Dolah???

Hang baca berita yang [ni] la Dolah baghu hang bukak ceghita pasai muafakat...

Aku ingat hang dah bangun... rupa-rupanya hang dok lena lagi... hampeh punya PM... mampuih tak mau, nyusahkan oghang ndak..! Ceh..!

1 comment:

Anonymous said...

Pak Lah masih lagi bermimpi walaupun telah melalui beberapa kali MT UMNO bermesyuarat mahu beliau berundur sehingga menangis-nangis.

Ahli-ahli MT tu berpakat la tu surah Pak Lah undur dengan kadar segera. Kalau tak dengar kemahuan ahli-ahli, maka depa akan berpakat runtun hang sampai jatuh.

Tapi... nasihat pak brahim.. sebelum Pak Lah turun bulan Mac nanti.. baiklah susun baik-baik proses peralihan pemerintahan kepada DS Anwar Ibrahim dan PR demi kebaikan semua pihak. Ini adalah kerana kalau nak serahkan kuasa pemerintahan kepada DS Najib pun tak betul dan tak kena bahkan akan menambahkan lagi kucarkacir negara kita yang kita semua cintai dan sayangi.

Baik lah kita berpakat-pakat lantik Ku Li bagi membetulkan semula UMNO yang dah tersasar tu dan lantik DS Anwar Ibrahim sebagai PM. Pak brahim lihat jika pakatan sedemikian di buat, maka wajarlah kita sebut sebagai PAKATAN RAKYAT SEBENARNYA DEMI KEBAIKAN SEMUA PIHAK.

SELAMAT MENYAMBUT EID-FITR AL-MUBARAK. MAAF DZAHIR BATIN.