Pemimpin Umno sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan jawatan yang disandangnya daripada jatuh ketangan orang lain termasuk melalui penegdaran surat akuan bersumpah.
Inilah yang terjadi kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tengku, Abdul Rahman Mohamad apabila dituduh sebagai seorang yang suka berpoya-poya dan kaki maksiat oleh seorang pemimpin Umno bahagian lipis, Zulkifli Othman .
Zulkifli dalam akuan bersumpahnya bertarikh 21 Ogos lalu yang dibuat dihadapan Pesuruhjaya Sumpah Abd Razak Said, mendakwa Abdul Rahman sering berulang alik ke ke Thailand untuk berhibur dan berpoya-poya. Perkara itu boleh dibuktikan melalui paspod antarabangsanya.
Bagaimanapun, dakwa Zulkifli, Abdul Rahman bertindak melaporkan kehilangan paspot untuk mendapatkan paspot baru dengan tujuan untuk menghilangkan catatan perjalananya ke Thailand ayng terdapat didalam paspot lama.
Perkara itu dilakukan Abdul Rahman untuk mengelakkan tembelangnya pecah, apabila beliau ingin menyertai rombongan Kerajaan negeri ke Sulawesi, Indonesia bersama anggota Exco, Dato’ Shakar Shamsuddin.
Menurut Zulkifli, tujuan beliau membuat akuan bersumpah ini adalah untuk mengelakkan rakyat terus dikaburi dengan lagak kepura-puraan yang digayakan Abdul Rahman sebagai pemimpin yang baik dan bersih.
Difahamkan Abdul Rahman mencabar Zulkifli sebagai ketua Umno Cawangan Tempoyang, Kuala Lipis dalam pemilihan parti baru-baru ini dan Abdul Rahman berjaya mengalahkan Zulkifli.
-Darigaunghati
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Saturday, September 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Macam-macam depa nii...
aku pun nak buat satu akuan bersumpah tentang,rashid chirit,mat nor poshni,tajul arus...
Post a Comment