Dunia kapitalis dalam krisis. Ini adalah berita yang menggumbirakan. Bank-bank kapitalis jatuh muflis. Ini berita yang menggumbirakan. Tiga syarikat kereta gergasi di Amerika tutup. Ini berita yang menggumbirakan. Semua jualan kereta dalam dunia jatuh ini berita yang menggumbirakan.
Saham-saham di pasaran bursa saham New York, London, Paris, Tokyo, Hong Kong, Shanghai, Bombay, Singapura, Sydney, Seoul, Stockhom, Karachi, Kuala Lumpur jatuh – ini berita yang menggumbirakan.
Nilai dolar jatuh. Ini berita baik. Nilai yen jatuh. Ini berita baik. Nilai sterling jatuh. Ini berita baik.
Saya telah lama menunggu berita-berita ini. Malah telah meramalkan yang ianya pasti akan datang. Tidak adalah berita yang paling baik di hari raya ini melainkan berita yang melaporkan bursa saham New York telah jatuh 777 point.
Apabila kaum pemodal kapitalis dalam krisis maka terbukti jawapannya ialah pengunaan ekonomi sosialis. Sistem ekonomi sosialis mengajukan dasar memilik negarakan punca-punca ekonomi. Ini sedang dilakukan di negara yang paling kapitalis – Amerika Syarikat.
Dalam sistem ekonomi sosialis , daulah memainkan peranan yang penting. Ini sedang dilakukan oleh negara yang paling kapitalis – Amerika Syarikat. Sebanyak 700 bilion dolar dana negara telah di keluarkan untuk membantu bank-bank yang jatuh muflis.
Krisis ekonomi kapitalis hari ini lebih tenat dari zaman meleset 1929. Kalau dahulu ianya hanya melibatkan Amerika Syarikat sahaja tetapi kali ini ianya akan memporak perandakan seluruh dunia. Ekonomi kapitalis global sedang terancam.
Ekonomi kapitalis yang berasaskan keuntungan maksima perlu di kaji semula. Dalam keadaan krisis ini akan lahir suasana kemungkinan- kemungkinan baru. Krisis 1929 menimbulkan Perang Dunia ke Dua. Perang Dunia ke Dua melahirkan negara-negara sosialis di Eropah Timur. Kemungkinan-kemungkinan baru pasti muncul.
Dalam masa enam bulan ke hadapan ini Malaysia akan merasakan kesampaian zaman meleset ini. Permintaan barang-barang buatan Malaysia akan terhenti. Ini bemakna kilang dan gudang akan di tutup. Ini bermakna ramai pekerja akan hilang pekerjaan.
Kemungkinan-kemungkinan baru pasti akan muncul di Malaysia. Tata budaya politik dan ekonomi lama pasti akan di persoalkan. Struktur ekonomi kapitalis yang menjerat leher rakyat Malaysia selama ini wajib di persoalkan.
Ketika saya menulis ini – gerak langkah budaya ekonomi politik Amerika Latin sedang perlahan-lahan meninggalkan sistem ekonomi kapitalis. Negara-negara Amerika Latin telah mula menerima pakai beberapa konsep sistem ekonomi sosialis. Cuba dan Venezuala sedang menjadi pelopor dan contoh ekonomi sosialis di America Selatan
Tukar tiub akan cuba mencanai idea, pandangan dan arah garis budaya politik untuk melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang adil demokratik dan yang tidak semestinya berlandaskan sistem budaya ekonomi kapitalis.
-Tukar Tiub
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment