KOTA KINABALU, 4 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu penurunan taraf seorang rakyat Sabah berketurunan Sino-Kadazan kepada status pemastautin tetap selepas beliau kehilangan kad pengenalannya hanya membabitkan masalah pentadbiran yang boleh diperbetulkan.
"Ia bukanlah menyentuh soal dasar, jadi apa juga kesilapan dari segi pentabbiran, boleh dibuat pembetulan. Kita tidak akan biarkan sesiapa jadi mangsa," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri bersama parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah di sini malam ini.
Najib berkata demikian ketika diminta mengulas ketidakpuasan hati beberapa pemimpin BN Sabah berhubung perkara itu termasuk bekas Ketua Menteri Datuk Salleh Said Keruak yang meminta kerajaan Pusat supaya merombak dan melantik anak jati Sabah untuk menerajui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sabah.
Sebelum ini Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) turut mengugut akan mengkaji semula kedudukannya dalam BN sekiranya perkara itu tidak diperbetulkan.
Timbalan Presiden UPKO Datuk Wilfred Bumburing membuat kenyataan itu minggu lepas selepas tidak berpuas hati dengan tindakan Jabatan Pendaftaran Negara yang mengeluarkan kad pengenalan merah sebagai ganti kepada seorang wanita tempatan di Penampang, yang hilang kad pengenalan birunya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment