kemaskini 5:50pm Sewaktu mulai reda isu dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) dibuang asrama, universiti itu kini berdepan satu lagi isu panas yang dibangkitkan oleh pelajarnya.
Seorang pegawainya Fahmi Azar Mistar dituduh menyentuh sensitiviti agama apabila didakwa berkata "tidak guna solat kalau tidak bayar yuran" kepada seorang aktivis pelajar sewaktu dua mahasiswi tersebut diarahkan keluar asrama minggu lepas.
Nor Farhana Farzieana Azmi dan Nur Shafiqa Mohd Ali mulai semalam dibenarkan kembali menginap di Kolej Tun Perak sepanjang minggu peperiksaan yang sedang berlangsung.
Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) membuat aduan tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya hari ini berhubung kenyataan pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) itu yang disifatkan boleh menimbulkan kekeliruan.
"Kami harap pihak Jakim dapat merujuk perkara ini dengan universiti dan beliau (pegawai terbabit) harus minta maaf," kata presidennya Mohd Safwan Ab Ghani, yang membuat aduan tersebut, kepada Malaysiakini.
Mohd Safwan, yang baru sebulan memegang jawatan presiden persatuan berpengaruh itu berkata, dua pelajar termasuk aktivis itu Mohd Lukman Al-Hakim Low Abdullah yang menjadi saksi kejadian turut hadir.
Lima lagi pelajar mengiringi mereka bertiga.
Ketika pindah barang
Mereka turut menamakan Fahmi Azar dalam aduan kepada jabatan Islam itu.
Menurut Mohd Safwan, aduan tersebut diserahkan kepada bahagian perhubungan awam Jakim.
Pada 15 Oktober lepas, Fahmi Azar didakwa pernah berkata kepada Mohd Lukman Al-Hakim sewaktu sekumpulan pelajar hadir untuk melihat Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa memindah keluar barang-barang dari kolej tersebut.
Kedua-dua pelajar wanita itu dibuang dari Kolej Tun Perak atas alasan "tinggal secara tidak sah".
Pegawai HEP berkenaan enggan mengulas sewaktu dihubungi sebentar tadi.
Sementara itu, satu blog Angin Perubahan mendakwa Mohd Lukman Al-Hakim pernah menumbuk Fahmi Azar susulan kenyataan pegawai itu.
Menurut blog itu, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut.
Bagaimanapun aktivis pelajar itu menafikan dan membuat satu lagi laporan polis pagi dengan mendakwa coretan blog itu "palsu" dan "menjatuhkan maruahnya."
-malaysiakini
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam,
ada pembetulan sedikit.
ahli parlimen serdang ialah YB teo nie ching (DAP). YB zuraida rasanya ahli parlimen ampang (PKR).
apa2 pun, kami masyarakat di luar dan juga golongan bekas pelajar uni, sentiasa mengikuti dan menyokong perkembangan politik kampus.
semoga PMIUPM berjaya dalam perjuangan mereka.
Post a Comment