"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 23, 2008

Musa Hitam Dan "Penyakit Tua"

Dalam Sinar Harian hari ni (muka depan, berita mukasurat N6) Musa Hitam minta generasi muda ubati "penyakit tua" UMNO.

Ni lagi sorang "orang lama"(kalau aku panggey "orang tua" sah ramai "pak tua pencacai" mengamuk!) yang tak berapa reti bahasa alam.

Setau aku penyakit tua ni memang tak de ubat dia. hangpa pi la jumpa mana-mana pakar perubatan pastu hangpa tanya dia - penyakit tua ada ubat tak?aku gerenti dia akan jawab dengan satu soklan yang hangpa rasa sakit hati nak jawab iaitu - hang baru hidup ka?

Kot kalau orang tu, buleh la jugak ejas-ejas dengan alat-alat kosmetik.make up lebih kurang bagi nampak muda balik tak pun inject "botox"(yang ni kena refer dekat Khir Toyo).tapi dengan benda-benda tu semua ketuaannya cuma hilang pada rupa tapi tak pulak pada usia.

Sementelah lagi pada aku, generasi baru dah tak minat nak perubat "barang lama" yang dah rosak teruk.kot kereta lama macam VW atau Mini tu mungkin ada la jugak peminatnya tapi tak tau la pulak aku kalau ada yang minat nak "memperbaharui" parti karat UMNO nih.

Kalau kereta lama kos untuk pulihkan mungkin makan duit yang banyak (kalau nak pulihkan, kalau tak nak pulihkan tak habis barang sesen pun) tapi kalau parti karat UMNO ni lain sikit.hangpa nak pulih pun kena banyak perabis duit (jual beli sokongan) tapi kalau tak nak pulih, lagiii la banyak habis duit (barang keperluan reti naik tapi tak reti-reti nak turun).

Mana satu hangpa nak? nak habis banyak duit ka, nak habis lagiii banyak duit???

Kalau aku la kan... aku rela perabis sikit duit untuk "kebumikan hidup-hidup" barang macam ni daripada dok hidup segan mati tak mau tapi cekik darah mauuu manjang...

betoi tak?

*Pembetulan - artikel awal menggunakan tajuk dan nama Rais Yatim.aku tukaq balik sebab kesilapan pada mata aku.sebenarnya Musa Hitam

3 comments:

Anonymous said...

Bukan Rais Yatim la. Tun Musa Hitam. Lain kali baca betul-betul

Anonymous said...

musa hitam ni ingat tak "TRAGEDI MEMALI"..dia ni penjenayah

Anonymous said...

Ramai pemimpin kat atas sana ingat depa hidup sampai bila-bila. Tak mati ! kalau tak pun depa ingat Malaikat maut takut kat depa sebab depa ada Kuasa...ada Duit...ada BodyGuard...ada KJ...kita tunggulah tengok...ada yang ICU berbulan...ada yang tebuk kepala...ada yang Stroke...ada yang lumpuh...ada yang harap bantuan 'nyawa'...kita tunggulah...tak apa! kalau kita orang Islam kita akan ingat semua benda2 tu...lainlah kalau kita tu nama Melayu tapi jalankan upacara Hindu sebab nak kuasa...HAMPEH PUNYA MELAYU!