KUALA LUMPUR: Khidmat tren penumpang antara bandar menghubungkan Kuala Lumpur-Ipoh menggunakan laluan kereta api berkembar dengan kekerapan 10 perjalanan setiap hari, akan mula beroperasi 1 Disember ini.Perkhidmatan secara shuttle itu dijangka mampu membawa 3,040 penumpang setiap hari dengan masa perjalanan antara kedua-dua bandar raya berkenaan boleh dikurangkan kepada dua jam lima puluh minit.
Bagaimanapun, khidmat itu hanya sementara sebelum digantikan Set Kereta Api Elektrik (ETS) yang dijangka mula digunakan pada 2010.

No comments:
Post a Comment