"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, October 04, 2008

Kongres lulus pakej ekonomi RM2.4 trilion, Bush terima segera

WASHINGTON: Pelan kecemasan menyelamatkan ekonomi Amerika Syarikat (AS) bernilai RM2.4 trilion diluluskan oleh Dewan Perwakilan awal pagi ini (waktu Malaysia) dan ditandatangani dengan serta-merta oleh Presiden George W. Bush untuk pelaksanaan.



Dewan Perwakilan meluluskan undang-undang pelan berkenaan dengan 263 menyokong dan 171 membantah, sekali gus memberikan nafas baru kepada ekonomi negara berkenaan yang dilihat berhadapan dengan krisis paling buruk sejak Kemelesetan Dunia 1930.



Dalam pengundian kali ini, seramai 91 anggota Republikan bergandingan dengan 172 anggota Demokrat untuk menyokong undang-undang berkenaan manakala 108 wakil Republikan dan 63 wakil Demokrat yang lain mengatakan "tidak" kepada undang-undang itu.



Detik bersejarah ini dimeterai dua hari selepas Dewan Senat memberikan kelulusan. Isnin lalu, Dewan Perwakilan telah menolak buat kali pertama dibahaskan.



"Kita telah bertindak dengan berani untuk mengelakkan krisis Wall Street menjadi krisis bagi keseluruhan masyarakat negara ini," kata Bush dalam reaksi segera - kira-kira 25 minit sebaik sahaja Dewan Perundangan meluluskan pelan berkenaan, pada pukul 1.30 tengah hari (1.30 pagi ini, waktu Malaysia).



Bagaimanapun Bush mengakui "ekonomi kita akan terus berhadapan dengan cabaran-cabaran serius."



Setiausaha Perbendaharaan, Henry Paulson pula menjanjikan tindakan segera untuk program pemulihan dan menguruskan ekonomi yang bermasalah.



Kelmarin Senat menyatakan sokongan mengejutkan selepas perunding daripada kedua-dua parti Demokrat dan Republikan bersetuju dengan syarat-syarat pakej yang telah diteliti semula.



Pelan yang diluluskan Dewan Senat membolehkan had insurans deposit persekutuan dinaikkan sehingga AS$250,000 daripada AS$100,000 sekarang, sebagaimana digesa oleh kedua-dua calon Presiden, Barack Obama dan John McCain sebelum ini.



Matlamat usaha terbaru kali ini ialah memperoleh sekurang-kurangnya 12 undi sokongan berbanding jumlah yang menyokong Isnin lalu, apabila Dewan Perwakilan menolak undang-undang berkaitan pelan asal.

-mSTAR Online

No comments: