"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, October 11, 2008

Mukhriz 29, Khairy 14, Khir 7

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir memperolehi 29 pencalonan sehingga ini untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Beliau meninggalkan seorang lagi calon bagi jawatan tersebut - Khairy Jamaluddin - jauh di belakang. Khairy mendapat 14 pencalonan sehingga ini.

pencalonan terkini mukhriz dan khairyManakala seorang lagi calon, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat tujuh pencalonan.

Sejumlah 53 daripada 191 bahagian Pemuda Umno di seluruh negara telah selesai bermesyuarat hari ini.

Mukhriz mendapat pencalonan daripada Permatang Pauh, Bagan, Pokok Sena, Kota Melaka, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Teluk Intan, Pagoh, Pasir Gudang, Kalabakan, Langkawi, Kuantan, Rasah, Jelebu, Jempol, Ipoh Barat, Lipis, Bentong, Tenggara, Padang Rengas, Subang, Kampar, Kota Belud dan Tuaran,

Ini bermakna Mukhriz memerlukan sembilan pencalonan lagi untuk layak bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Setiap calon diwajibkan memperolehi 20 peratus atau 38 pencalonan dari 191 bahagian. Manakala calon naib ketua pula memerlukan 15 peratus atau 29 pencalonan.

Sementara Khairy pula dicalonkan oleh Bagan Serai, Gelang Patah, Pontian, Kota Kinabalu. Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Silam, Bandar Tun Razak, Bagan Datoh, Beruas, Bachok, Raub dan Rompin,

Khir mendapat sokongan dari Masjid Tanah, Mersing, Shah Alam. Tumpat, Kapar, Cheras dan Taiping,

Bagi jawatan naib ketua Pemuda, ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim mendahului dengan 27 pencalonan.

Ini bermakna, beliau hanya perlu dua lagi pencalonan untuk melayakkan diri bertanding jawatan itu.

Setakat ini, pesaing terdekat beliau ialah Exco Pemuda dan Ketua Pemuda Permatang Pauh Datuk Reezal Merican Naina Merican yang mendapat 18 pencalonan.

Manakala pesaing lainya ialah ketua Pemuda Kota Kinabalu Baharol Raza Chuprap (satu), Exco Pemuda Marzuki Yahaya (satu) dan ketua Pemuda Kapar, Selangor Faizal Abdullah (satu).

Khairy Tambah Pencalonan

8.20 malam
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-12 dari bahagian Bagan Datoh, Perak. Bahagian itu juga mencalonkan Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua.

7.50 malam
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir terus menambah pencalonan yang diterimanya. Kali ini beliau mendapatkan pencalonan ke-19 dari Pemuda bahagian Teluk Intan.

Bahagian Teluk Intan juga mencalon ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim yang juga ketua Pemuda Johor untuk jawatan naib ketua.

7.25 malam
Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan keenam dari bahagian Cheras. Manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalon untuk jawatan naib ketua Pemuda.

7.23 malam
Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Pokok Sena. Beliau kini mendapat 18 pencalonan.

Manakala Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican dicalonkan untuk jawatan naib ketua Pemuda.

7.20 malam
Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-17 dari Pemuda Umno bahagian Kalabakan, Sabah. Reezal dicalonkan untuk jawatan naib ketua.

7.00 malam
Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-16 dari Pemuda Umno bahagian Padang Rengas Perak. Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalonkan untuk jawatan naib ketua.

Mukhriz mendapat 80 undi manakala Khairy Jamaluddin mendapat 32 undi. Razali pula dicalonkan sebuat suara.

6.30 petang
Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapatkan pencalonan kelima dari bahagian Shah Alam untuk bertanding ketua Pemuda Umno Malaysia.

6.20 petang
Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-11 dari bahagian Pontian. Bahagian itu juga mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua Pemuda.

6.15 petang
Pemuda bahagian Pagoh sebulat suara mencalonkan Datuk Mukhriz Mahathir untuk jawatan ketua Pemuda. Beliau kini mendapat 15 pencalonan.

Manakala Razali dicalonkan, juga sebulat suara untuk jawatan naib ketua bahagian.

6.10 petang
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan empat - dari bahagian Mersing.

6.05 petang
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Mersing. Beliau kini mendapat tiga pencalonan.

Manakala Razali dicalonkan oleh Mersing untuk jawatan naib ketua Pemuda.

6.00 petang
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat satu lagi pencalonan - dari bahagian Rompin. Dengan itu, pencalonannya meningkat kepada 10.

Khairy mendapatkan 98 undi manakala Mukhriz mendapat 64 undi. Manakala Dr Mohd Khir mendapat dua undi.

Bagi Naib pula, Rompin mencalonkan Razali Ibrahim sebulat suara.

5.00 petang
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapatkan dua lagi pencalonan, dari bahagian Kuantan dan Bentong, menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 14 pencalonan.

Di Bentong, Mukhriz mendapat 54 undi manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat 15 undi.

Bentong juga mencalonkan sebulat suara exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua.

4.30 petang
Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, semakin merapatkan jurang pencalonan dengan Mukhriz apabila beliau memperolehi lima lagi pencalonan - menjadi 9 pencalonan - untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

4.00 petang
Mukhriz pula mendapat empat lagi pencalonan, iaitu dari bahagian Lipis, Jempol dan Jelebu hari ini

3.30 petang
Khairy mendapatkan lima pencalonan dari bahagian Beruas, Kota Kinabalu, Bagan Serai, Raub dan Bandar Tun Razak - untuk mengumpul sejumlah tujuh pencalonan setakat ini.

Di Beruas, Khairy mendapatkan 63 undi manakala Mukhriz mendapat 21, manakala bahagian Kota Kinabalu sebulat suara mencalonkan Khairy.

Bagi jawatan naib presiden, Beruas mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican. Kota Kinabalu pula mencalonkan ketua Pemudanya, Bahrul Razha Chuprat untuk bertanding naib ketua pusat.

Bahagian Serai memilih Khairy dan Reezal secara sebulat suara.

Di Raub, Khairy mendapat 73 undi manakala Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat 37 undi.

Sebelum itu, Khairy mendapat pencalonan daripada Machang, Pengkalan Chepa, Silam dan Ketereh.

Bagaimanapun, Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun, masih mendahului apabila mendapat empat pencalonan hari ini, termasuk bahagian Lipis dan Pasir Gudang - menjadi jumlahnya sebelas setakat ini.

Di Lipis, Mukhriz mendapat 94 undi, Khairy memperolehi 47 manakala bekas Dr Mohd Khir mendapat 2 undi.

Di Jempol pula, Mukhriz mendapat 168 undi manakala Khairy memperolehi enam undi sahaja.

Di Jelebu, Mukhriz mendapat undi terbanyak, manakala Khairy mendapat empat undi manakala Dr Mohd Khir (8)

Bagi naib presiden pula, Lipis mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. Jempol turut mencalonkan Razali untuk naib ketua. Razali juga mendapat pencalonan dari bahagian Raub dan Jelebu.

Mukhriz sebelum ini mendapat pencalonan dari bahagian Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor dan Bukit Gelugor.

bahagian umno meeting hari ini

Cameron Highlands, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua

Manakala bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat dua pencalonan dari Bahagian Tumpat dan Kapar.



Seorang lagi calon - timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin belum mendapat pencalonan.



Reezal sehingga jam 4.30 petang mendapat enam pencalonan manakala Razali mendapat lima pencalonan untuk jawatan naib ketua.



Pencalonan Muhkriz dan Razali dibuat secara sebulat suara oleh perwakilan Bukit Gelugor.



Bagaimanapun di Tasek Gelugor, selepas pengundian, Mukhriz mendapat 124 undi manakala Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, memperolehi 36 undi.



Di bahagian Kota Melaka pula, Mukhriz memperoleh 98 undi manakala Khairy memperolehi 69 undi.



Sementara itu, kira-kira 23 bahagian Pemuda, Wanita dan Puteri yang bermesyuarat hari ini untuk memilih calon ketua pergerakan masing-masing di peringkat bahagian dan pusat.



Antaranya ialah bahagian Jempol,Jelebu, Beruas, alabakan, Pontian, Silam, Bagan Serai, Semporna, Kota Kinabalu, Kuantan, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Parit Buntar, Taiping, Pasir Gudang dan Pagoh.




Manakala yang lainnya termasuk Pagoh, Kampar, Kota Melaka, Mersing, Cheras, Bandar Tun Razak, Bukit Bintang dan Titiwangsa.



-malaysiakini

No comments: