"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, October 11, 2008

Petrol mungkin kembali RM1.92 seliter

JOHOR BAHRU 10 Okt. – Dengan harga minyak dunia kini turun kepada AS$82 (RM287) setong, kerajaan membayangkan harga petrol di negara ini dapat kembali dijual pada harga RM1.92 seliter seperti dua tahun lepas jika harga minyak global jatuh di bawah AS$72 (RM252) setong.



Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, fenomena itu dijangka berlaku jika permintaan minyak mentah di pasaran dunia menurun dan tercetus kemelesetan ekonomi dunia.



“Kalau kita mahu menikmati semula harga petrol RM1.92 seliter, maka harga minyak dunia perlu turun mencecah AS$72 setong.



-Utusan Malaysian Online



TP - boleh percaya ka ini orang?

2 comments:

ISA said...

TP,

Aku tak percaya lansung dengan lidah biawak2 umno ni. Hari cakap kalau harga maintain bawah USD109.00 akan turunkan harga, la ni dah berapa minggu dibawah paras USD109.00 takda apa-apa pun...

La ni pusing cakap bawah USD72.00 pulak, apa lagi yang diorang nak belit ni... memang dasar celaka haram jadah laknat la... bangsat2 umno ni...

Sori aarr... aku betul2 geram dan menyampah dengan kerajaan umno ni.... he..he..he.. (kalau aku ada kuasa Sang Kelembai, dah tentu aku sumpah malaun2 ni jadi batu, buat tukun kat Laut China Selatan)..hampeh punya penyangak.Lanun Somalia pun tak sekejam depa ni...

Anonymous said...

cakap aje...
masa harga naik...cepat2 dia naik harga juga..sekarang harga turun...dia nak "perhatikan" pula...