"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, October 10, 2008

Mukhriz dahului pencalonan ketua Pemuda

Dikemaskini 10:00 pm Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendahului pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda Umno apabila mendapat empat pencalonan, mendahulu Khairy Jamaluddin yang setakat ini mendapat tiga pencalonan.

mukhriz mahathir and mahathir and khairy and umnoBahagian terbaru yang mencalonkan Mukhriz adalah Besut yang baru selesai bermesyuarat petang ini.

Setakat ini, Khairy mendapat pencalonan dari Pemuda Machang, Pengkalan Chepa dan yang terbaru dari bahagian Silam.

Manakala Mukhriz pula mendapat pencalonan dari Pemuda Kimanis semalam dan hari ini beliau turut dicalonkan oleh bahagian Jerlun dan petang ini dari bahagian Cameron Highlands, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.



Menurut bekas ketua pemuda bahagian, Zulfekri Awang, seramai 261 ahli hadir, sebulat suara mencalonkan Mukhriz untuk jawatan ketua Pemuda.



Manakala di Cameron Highlands, Mukriz mendapat 62 undi, Khairy (8) dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (3).



Bagaimanapun, Dr Mohd Khir akhirnya mendapat pencalonan pertamanya dari Pemuda bahagian.



Bahagian itu juga mencalonkan ahli sxco pergerakan itu, Datuk Reezal Merican bagi jawatan presiden.



khairy mukhriz nominationKeputusan sebulat suara itu dicapai dalam persidangan perwakilan bahagian tersebut yang diadakan di Sekolah Kebangsan Seri Neting dekat sini petang ini.



Sementara itu, pergerakan Pemuda Umno Silam yang bermesyuarat hari ini sebulat suara mencalonkan Khairy untuk jawatan tersebut.

Manakala Reezal Merican Naina Merican dicalonkan untuk jawatan naib ketua.



Setakat ini, seorang lagi pemimpin lain yang menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda - timbalan pengerusi Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin - belum mendapat sebarang pencalonan.

Selain Reezal, dua orang lagi dicalonkan untuk jawatan naib ketua, iaitu Ketua Pemuda Umno Bahagian Kapar di Selangor, Faizal Abdullah (Machang), ahli Parlimen Muar Razali Ibrahim (Kimanis dan Pengkalan Chepa).



-malaysiakini

No comments: