Mesyuarat lajnah politik dan pilihanraya PAS, yang dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, awal minggu ini juga memutuskan untuk mendapat restu secara rasmi oleh anggota-anggota jawatankuasa pusat bersama ahli-ahli Dewan Rakyat parti itu.

Selain Abdul Hadi, timbalannya Nasharuddin Mat Isa, dua timbalannya Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu terpilih bersama setiausaha agung Datuk Kamaruddin Jaffar untuk mewakili PAS ke mesyuarat Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kumpulan pemimpin berprofil tinggi itu dihantar sebagai persiapan pakatan pembangkang membentuk kerajaan persekutuan seperti usaha yang dirancang oleh Anwar yang dikenali "projek 16 September."
PAS selama ini mengirim pemimpin lebih rendah kerana pada peringkat awal pembentukan Pakatan, yang bermula hanya selepas kemenangan mengejut pembangkang dalam pilihanraya umum Mac lalu, ia bertujuan "menyemak nama-nama ahli parlimen BN" yang bakal menyertai gabungan tersebut.
-malaysiakini
No comments:
Post a Comment