"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 15, 2008

Perak jual pasir kepada Singapura?

Salah satu perkara yang aku selalu merungut tentang kerajaan Perak ialah ketiadaan maklumat. Apa yang kerajaan buat…jenuh tanya kat orang…semua tak tau. tup-tup.nak tau..tanya orang Umno.

Dulu pasai balak. Kalau dengar kata Ngeh..EXCO Kanan..permohonan balak dibekukan. Aku pun seronok. Bila orang kata kerajaan PR sapu balak…aku pegang balik kata Ngeh. Bila orang PKR minta aku jolok permohonan balak…aku kata semua kawasan dibekukan.

Tup-tup..bila aku tengok ada orang Pas kawasan yang dah pakai BMW, baru aku tau 41 kawasan balak telah diluluskan. Itu pun pasai depa merungut..kena tipu pasai kawasan balak yang depa dapat…kayu dah tak dak. Takat cuci mangkuk sebab kayu yang besar-besar dah kena curi.

Hari ini hati aku sakit lagi bila baca blog orang Gopeng.

Dikatakan, kerajaan Perak telah meluluskan penjualan pasir kepada Singapura melalui syarikat yang dipilih oleh kerajaan negeri. Pasai apa ni?

Aku minta pegawai MB tolong terangkan. Betul atau tidak? Dari mana pasir itu dikorek? Syarikat mana yang diberikan permit untuk mengorek dan menjual pasir kepada Singapura. Kalau ambil dari Sungai Perak…esok aku buat demo kat depan pejabat MB. Dulu depa jual pasir pada Singapura…kita kutuk. Kerajaan Indonesia juga mengharamkan penjualan pasir kepada Singapura…tup-tup.. kerajaan Perak pi jual pasir kat Singapura.

Jangan kata fitnah pasai aku tak dak bukti. Kalau tak betul…senang aku lawan.

Tapi kalau betul…naya la.

-PerakExpress

6 comments:

kulaan said...

Biasala duit punya pasal...bukan senang nak dapat durian runtuh sekarang la buat duit cari kekayaan sebelum pilihanraya akan datang kalau tak terpilih pun hidup dah senang tak perlu jadi pengemis.
Dulu mereka kata kerajaan lama seleweng tetapi mereka pun sama juga mengalah bapak syaitan.Inilah manusia yang bermuka-muka.Pengikut - pengikut semua senang nak goreng sebab bukan semuanya pandai dan berduit , tabur saja duit gerenti mereka serbu macam mangsa kebuluran di Dafrur afrika tu.

Hidup zaman sekarang kalau tak tipu orang tak senang

keris_warisan010 said...

Tak tahulah nak jadi ape Negeri Perak ni. Pakatan Rakyat same aje dgn kerajaan lama. 2 X 5. MB Perak hanya sebagai patung aje, semua dasar di tentukan oleh DAP. Kepada semua Pencacai Parti Khianat Rakyat semoga sedarlah dari tidur.

Unknown said...

Bertenang..jangan emosional...bawa berfikir menggunakan akal yang waras....tunggulah jawapan dari MB dulu...baru lah kita boleh kutuk...jangan kita jadi seperti kera dihutan...nampak 'betina' kena BOMM pun masih dok bergayut kat pokok tu jugak....

K.I.T said...

Tunggu jawapan MB???

hahahhahahha

Klu panggil bagi tazkirah cepat2 la dia dtg,..sbb tu jer kebolehan dia,.

Mula2 bagi lot tanah 999 tahun pd cina,

Kemudian,.bagi 200-1000 ekar tanah utk sek swasta cina,.

Minggu lepas,.bagi diskaun 80% suruh org cina tukar taraf lot rumah dari pajakan ke milik tetap,.

Skrg ni, isu jual pasir kpd kerajaan cina singapura,.

bertuah betul jadi cina perak,..

Org melayu dapat apa????

Buka puasa & tazkirah di dataran DBI,..

K.I.T said...

Setuju dgn pendapat keris warisan,.

MB Nizar hyalah boneka yg tiada kuasa langsung dlm urusan pentadbiran ng perak,..hya menjaga hal ehwal agama

Cuba shabat fikirkan,..

Semua yg saya sebut (dlm posting awal) diumumkan oleh "exco kanan" Ngeh,..

Sepatutnya MB yg berkuasa dlm hal ehwal tanah

Putra IJ80 said...

Tup-tup..bila aku tengok ada orang Pas kawasan yang dah pakai BMW, baru aku tau 41 kawasan balak telah diluluskan. Itu pun pasai depa merungut..kena tipu pasai kawasan balak yang depa dapat…kayu dah tak dak. Takat cuci mangkuk sebab kayu yang besar-besar dah kena curi.

OK.Part(PAS) ni kita tak usah bincang lagi ,psl depa pon bukan dapat Balak,cume bersihkan kawasan saja kot.

Bab Pasir ni....,

Mungkin ini salah satu punca hasil dalam negeri Perak,.

Yg.membezakan cuma ,dulu pendapatan dari nya masuk poket UMNO dan kuncu kuncu nya,sekarang ditadbir dgn baik masuk kedalam khazanah Negeri.

Soal siapa yg.dapat projek tu,itu rezki masing masing,.

Dia(kontraktor)yg.dapat mungkin telah melalui proses kelayakan,dan layak.

Bersangka baik ,pada masa yg.sama kita berusaha dapatkan projek yg.lain ,jika kita ada kepakaran dan kemampuan ,mana mana yg.sesuai.