Wartawan generasi kini diminta supaya melipatgandakan laporan secara siasatan atau "investigating reporting" berhubung sesuatu laporan berita yang ingin disalurkan kepada masyarakat.
Wartawan veteran Tan Sri Mazlan Nordin berkata, wartawan harus memainkan peranan penting sebagai seorang pemberita dengan melakukan siasatan terperinci dan tidak hanya tertumpu kepada laporan atau berita yang didengar atau dibaca sahaja.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut meminta agar semua wartawan membela kepentingan semua kaum. "Bolehkah akhbar-akhbar di Malaysia membela kepentingan semua kaum, jangan hanya membela kepentingan kaum sendiri kepada pembacanya sahaja.
Kalau Melayu, masalah orang Melayu saja, biarlah kita menyuarakan aspirasi dan kepentingan kaum-kaum lain juga," katanya.
Tu petikan dari Bernama. bagi aku teguran tu amat membina dan wajib diambil oleh semua wartawan sesuai dengan etika kewartawanan. tapi apa yang menyedihkan aku ialah, teguran tu tak sepatutnya diberi kepada wartawan sebab sepanjang pengetahuan aku, majoriti wartawan yang aku kenal memang mengamalkan apa yang disarankan dekat atas tu...
Masalahnya ialah...... adakah "editor" sesuatu media baik akhbar harian atau penyiaran "mengamalkan" sikap yang telus dalam mengedit sesuatu berita yang bakal disiarkan dalam mana-mana akhbar atau bahan penyiaran?
Kita ambil contoh TV3... berapa ramai yang percaya berita berkenaan Pakatan Rakyat yang disiarkaan dalam berita TV3? ambik contoh media cetak Berita Harian dan jugak Utusan Malaysia... berapa ramai yang percaya berita berkenaan Pakatan Rakyat yang keluar dalam ke 2-2 media ni?
Setakat hari ni aku tak nampak masalah pada wartawan... majoriti wartawan menjalankan tugas dengan baik (setahu aku la) tapi masalah timbul bila laporan berita dari wartawan sampai kemeja "editor"... "editor" pulak jenis cap "jualan murah" sepanjang masa... bila-bila masa KERAjaan atau "orang atas" boleh beli dengan harga yang cukup menarik... kadang-kadang boleh bayar dengan "projek"...
Bila "editor" dah kena "beli" dekat "pembeli"... maka...
1+1 boleh jadi 11 jawapannya...
"Saya tak makan itik" boleh jadi "Saya makan itik"...
"Saya tak sokong ISA" boleh jadi "Saya sokong ISA"...
"Dulu harga minyak murah" boleh jadi "Harga minyak murah"... dan banyak lagi...
Semua tu kerja sapa? editor atau wartawan? yang kesiannya wartawan... dah la penat berlari sana-sini kejar berita... hasil laporan nak kena sampai ke meja "editor" sebelum dateline...
Balik rumah penat-penat, tengok berita... tau tau yang keluar lain dari yang dihantar kemeja editor... nak tegur editor? silap-silap miss soru beb... keje wartawan bukannya keje tetap... ramai yang contract tak pun part timer... silap bukak mulut - You Can Get Out..!... penyelesaiannya... dok diam-diam wat bodoh... tak caya? hangpa tanya sendiri wartawan...
Mana yang tau mungkin simpati... mana yang tak tau, jenuh la dok kena maki... editor pulak, rileks je... yang kene ISA pun bukannya editor... wartawan jugak... kah kah kah kah kah...
Tapi ramai yang tak tau kan?... ade ke sesape nak tegur tuan "editor"? entah...
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment