"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 15, 2008

Pindah Kem ISA: Strategi Bahaya Pakatan Rakyat

Dalam HarakahDaily, Kerajaan Pakatan Rakyat Perak melalui Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin sekali lagi mengulangi gesaan supaya Kem Tahanan Kemunting dipindahkan ke negeri lain memandangkan pusat tahanan itu mendatangkan nostalgia negetif bagi rakyat Perak.

Bagi aku pulak strategi mendesak supaya KERAjaan pusat memindahkan Kem Tahanan tersebut adalah 1 strategi "bahaya" yang bakal memakan diri dan desakan tersebut bakal "dipergunakan" oleh KERAjaan jahat UMNO/BN untuk menakut-nakutkan dan juga mengugut mereka-mereka yang keluarganya menjadi tahanan ISA selama ini.

Dalam hal ini kita terpaksa melihat dengan lebih luas lagi risiko yang bakal dihadapi dikemudian hari sebab ianya akan memprlihatkan "kelemahan" dalam merangka strategi untuk memenangi hati rakyat kebanyakan yang masih kurang faham akan selok-belok politik kotor dan mainan jahat KERAjaan UMNO/BN.

Kenapa aku cakap "bahaya" bila kerajaan membuat desakan tersebut?bukan sebab aku tak sokong, tapi strategi tersebut tidak membawa apa-apa kelebihan kepada kita akhirnya nanti...

Kenapa? cuba kita lihat... apa kelebihan yang kita dapat dengan mendesak KERAjaan pusat supaya memindahkan kem tersebut? mungkin KERAjaan pusat akan akur dengan desakan lalu memindahkan kem tahanan tersebut.kerajaan Perak menang... 1 - 0... pada mata kita.

Tapi yakinkah kita yang KERAjaan pusat yang terkenal dengan kezaliman dan kelicikannya dalam politik kotor akan memindahkan kem tersebut dimana-mana negeri di Semenanjung Malaysia?kalau depa bantai pindah kem tu ke Sabah atau Sarawak macam mana pulak?

Kita masih menang sebab berjaya mendesak supaya dipindah kem zalim tersebut dan hasilnya negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat "BERSIH" dari kezaliman ISA... kita tidak lagi bersubahat tapi natijahnya akan dirasai oleh keluarga para tahanan ISA dan juga semua tahanan ISA akhirnya akan mendapat "tambahan" tekanan kerana faktor jarak...

Selama ni pun tahanan dan keluarga dikira bernasib baik sebab masih berada dalam negeri di Semenanjung Malaysia tapi masih jugak mereka bermasalah lebih-lebih lagi jika dilihat pada faktor kewangan keluarga masing-masing.dalam semenanjung pun masalah kewangan depa dah cukup berat...

Dah la ketua keluarga kena tahan.tanggungjawab dah beralih bahu.mana nak cekau duit nak tanggung keluarga lagi, nak cekau duit bekanje lawatan bulanan lagi dan macam-macam lagi.yang tu kita kena ambik kira sebelum kita buat apa-apa tindakan.

Aku rasa tak guna jadi "hero" yang "kalah"...menang tapi tak de hasil... kalau ada pun hasilnya, hanya hasil yang merugikan.

Lebih 50 tahun kita dibawah KERAjaan zalim, tak kan kita masih tak belajar "permainan politik jahat depa"???...aku yakin kalau KERAjaan setuju untuk pindahkan pusat tahanan tu, negeri yang bakal jadi kem baru ISA bukan negeri di semenanjung...KERAjaan zalim ni akan beri alasan negeri-negeri di semenanjung tak sesuai untuk didirikan kem baru sebab faktor bla bla bla bla bla... (tak kan korang tak tau UMNO/BN???)...

Akhirnya kem akan berpindah ke Sabah atau Sarawak... tahanan makin jauh dengan keluarga...keluarga makin jauh dari tahanan...yang terseksa ialah keluarga tahanan.dalam erti kata lain - lari mulut rimau, masuk mulut buaya... Pakatan Rakyat menang 1 KERAjaan pusat menang banyak...

Agaknya ada yang berfikir bahawa KERAjaan pusat tak kan berani pindahkan kem tahanan sejauh tu atas alasan "takut hilang sokongan" tapi pandangan aku lain.aku tak nampak KERAjaan pusat yang ada sekarang ni pada kehilangan sokongan...yang aku nampak, depa ni takut hilang kuasa.bila takut hilang kuasa, maka matlamat menghalalkan cara.

Macam manapun depa akan carik jugak 1001 alasan untuk salahkan Pakatan Rakyat dalam hal ni...

Jadi aku mintak kerajaan Pakatan Rakyat fikir balik baik buruk desakan ni...ada baiknya Pakatan Rakyat perkukuhkan dulu 5 negeri bawah naungan Pakatan Rakyat teruskan usaha untuk ambik alih pemerintahan pusat.yang tu lebih penting dan nilainya lebih tinggi dari mendesak perkara yang bakal menyusahkan lagi kita.

3 comments:

Hasbullah Pit said...

Apa jadi kalau mereka buat pusat tahanan ISa yg lebih besar boleh memuatkan lebih ramai tahanan ISA.

Anonymous said...

aik..kata PR akn ambil alih pusat..
nak takut apa??nanti mansuhkanla terus...
ke dah x yakin??

Unknown said...

Wa setuju supaya kem tu tak pindah atas alasan munaSabahSerawak yang diberikan..Kan ISA akan dimansuhkan lepas PR ambil kerajaan Persekutuan...Lepas tu kita leh shoping kat Hypermarker yang akan ditubuhkan kat situ oleh kerajaan negeri Perak nanti kan..InsyaAllah