CARTAGENA, Sepanyol 8 Okt. - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekali lagi mencipta sejarah hari ini selepas pelancaran kapal selam Scorpene kedua (Scorpene 2) oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah yang dinamakan sebagai Kapal Diraja (KD) Tun Razak.
Pemilihan nama kapal selam tersebut yang berkelas Perdana Menteri sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang banyak berjasa terhadap kemerdekaan, pemodenan dan pembangunan negara.
Dalam upacara penuh istiadat di Limbungan Navantia di sini, Tuanku Nur Zahirah melepaskan botol mengandungi air zamzam ke kapal sebagai simbolik pelancaran kapal selam kedua negara.
-Utusan Malaysia Online
TP - Ingat kapal selam, ingat kemisen RM500,000,000,00 , ingat Najib, ingat Rosmah, ingat Atlantuya, ingat C4... ingat RPK dalam ISA...
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Menarik pos ini.
Tahniah...
manalah bukti komisen,rosmah dan altantuya dengan scorpene ni tolongla jawab skit
Tu la, Masyarakat kita masa kini, tak habis-habis dengan syak wasangka dan fitnah berleluasa. Apalah nak jadi dengan bangsaku.
perisik rakyat penyebar fitnah
fitnah lebih byk dari berita
Kalau ade bukti, pergi jumpa peguam-peguam yang handal dan bawa ke Mahkamah. Jangan sebarkan Fitnah merata ceruk dunia.
Tahniah...
Lepas ni bolehlah Kerajaan selamkan Malaysia ke Laut China Selatan. Negara makin nak karam.Ekonomi dah menjunam.Yang makan gaji, harap makan gaji sajalah...hujung bulan mengeluh panjang....Si Pengampu mengampu untuk dapat habuan,
Kalau takde angin masakan pokok bergoyang. Apa lah nak jadi dengan bangsaku sbbkan sayangkan Parti um-NO segala keburukan n kurap pemimpin yang disanjung buat tak nampak jek. Kalau nak tau sangat pasal komisyen tu tunggu la PR perintah satu-satu kurap um-NO akan diselak. Nak tunggu media rasmi dan BPR selak tunggu kiamat je laaaa..
Anak Melayu Makan Pengat, Sendiri Mau Ingat.
Apa lah nak jadi dengan bangsaku sbbkan sayangkan Parti Keadi-LAN segala keburukan n kurap pemimpinnya yang disanjung buat tak nampak jek. Kalau nak tau sangat pasal kedajalan (opps..keadilan) tu tunggu la PR perintah, satu demi satu amoi dari China akan diselak. Nak tunggu Bloger dan PR selak, tunggu kiamat je laaaa..
Post a Comment